Tentang Nacho Monreal.
1) Apabila
Pak Wenger kita sign seseorang player
baru, sementelahan pula player tu entah dari kayangan mana Pak Wenger dapat,
maka fan Arsenal akan tertanya-tanya
akan, skill, teknik, speed, dan berbagai-bagai lagi kelebihan
yang player ini ada.
2) Nacho
Monreal, 10M dari Malaga. Ini harga standard.
Harga yang tak tinggi, tak rendah. Sedang-sedang kata orang tua. Hehe. Ok. Mari
kita tengok dulu penampilan Nancho Monreal. Penampilan beliau yang pertama
ialah ketika berada dalam kelab Osasuna B, 36 penampilan, 3 gol. Selepas itu,
diserapkan masuk dalam Osasuna yang senior, 127 penampilan, 3 gol, Malaga 45
penampilan, 1 gol. Dan untuk Spain pula, 9 penampilan, 0 gol. Untuk seorang player yang dapat main Spain, kira
gempak la tu. Sementelahan pula second
choice left back lepas Alba.
3) Seterusnya,
mari kita lihat kelebihan dan kekurangan new
gunner seorang ini. Dan sudah tentu berdasarkan statistik dan perbandingan
diantara left back kelab yang
lainnya. Perbandingan dengan Gibbs, Baines (yang dikatakan the best left back EPL sekarang), Alba (Barcelona), dan Oczipka
(Entraicht Frankfurt, dikatakan left back
terbaik Liga German.)
4) Dapat
lihat antara full back di atas,
Baines terbaik dengan 5 gol. Untuk seorang full
back, gol yang banyak merupakan bonus. Tetapi perlu diperhatikan kerana
Baines dekat Everton bukan sahaja bertindak sebagai full back semata-mata, tetapi juga bertindak sebagai sebahagian
daripada jentera serangan Everton. Dia bertindak dalam banyak pergerakan forward Everton. Hampir keseluruhan free kick Everton dia ambil. Jadi tak
hairan key passes dia paling tinggi.
Tetapi untuk Nacho Man kita, lihat assists
dia. 2 daripada 6 key passes setakat
ini dan bandingkan dengan Baines. Jadi secara logik, Nacho Man kita memang
sangat efficient sebagai seorang full back. Kekurangan key passes Nacho Man ialah kerana dalam
Malaga, dia hanya bertindak sebagai full
back tanpa terlibat dalam kegiatan jentera serangan Malaga. Mungkin Wenger
Nampak kelebihan dia dan seterusnya mungkin Nacho Man akan bertindak sebagai full back yang lebih banyak memainkan
peranan sebagai wing-back role dalam
membantu jentera serangan Arsenal.
5) Ok.
Kita lihat daripada aspek pertahanan pula. Nampaknya, Gibbs lebih bagus
daripada Nacho Man. 7 blocks bagi
seorang full back, itu dikira sangat impressive. Dan, Nacho Man nampaknya dribble dilihat kurang berbanding left back yang lainnya. Tapi tidak
mengapa, pulun dribble macam Santos
sampai tak sempat nak turnover cover
tempat sendiri pun tak guna juga kan. Hehe. Tapi dari segi clearances, dan aerials won,
Nacho mempunyai kelasnya yang tersendiri.
6) Dan,
ini yang paling memberahikan. Tengok pass,
crosses, dispossessed dan turnovers
Nacho Man kita. Yang penting dispossessed. Kita semua tau akibatnya jika
Arsenal kena counter. Jadi, menurut ukuran statitistik ni, Nacho Man kita
sangat hebat. Tengok Baines, pulun berlagak untuk menjadi sebahagian daripada
jentera serangan Everton, tapi meninggalkan posisinya yang sebenar, dan nah, dispossessednya kelihatan sangat teruk.
7) Jadi
keseluruhannya, menurut statistik, Nacho Man kita kelihatan selalu berada dalam
posisinya, dan tidak selalu dribble
yang kebiasaannya akan membawa padah kepada team sendiri (contoh Santos). Conservative full back! Nampaknya Gibbs
akan ada saingannya nanti.




No comments:
Post a Comment