1) Sejujurnya, aku mengharapkan Arsenal akan beli sriker. Aku membayangkan kalau Giroud injured, Walcott switch jadi centre forward,
Chamberlain atau Ramsey main kanan, dan…………anda semua tahu prestasi Chamberlain
untuk pertengahan season ni macam mana. Kita memerlukan seorang Sang Pentas
Panggung! Ops, sebelum itu, apa itu Sang Pentas Panggung? Sang Pentas Panggung
merupakan sebuah istilah dalam wayang kulit atau dalam sebuah persembahan
teater yang boleh diibaratkan sebagai seseorang yang boleh mempesonakan
penonton saat persembahan ditayangkan. Untuk bola sepak, aku mengibaratkan Sang
Pentas Panggung sebagai seorang striker!
Ya, M.U ada van perShit sebagai Sang Pentas Panggung. Swansea ada Michu.
Liverpool ada Suarez. Barcelona ada Messi. Real Madrid ada Ronaldo. Semua Sang
Pentas Panggung ini merupakan player yang boleh menghidupkan team saat team
kelihatan akan bungkus, dan boleh juga mematikan team pihak lawan saat team
sendiri bertungkus lumus mencari gol. Sang Pentas Panggung tersebut mempamerkan
kualiti dan skill yang tersendiri. Contohnya macam van perShit. Angle mana pun boleh score. Messi, dribble berapa orang player pun boleh
lepas. Inilah Sang Panggung Pentas yang akan mempesonakan penonton. Dan
Arsenal? Sudah pasti Giroud lah kita punya Sang Pentas Panggung kita saat ini.
Tapi, kembali kepada persoalan diatas. Kalau Giroud injured, siapa Sang Panggung Pentas kita???
2) Dan
anda juga pasti tahu akibatnya jika Ramsey dipaksa menjadi seorang winger. Ingatlah kata-kata Ramsey, ‘ I think I’ve played well in the last two
games. That’s pleasing for me and hopefully I can keep myself in the team and
carry on.’ Prestasi Ramsey yang paling cool
ialah deep-lying midfielder.
Bukan attacking midfielder, bukan winger
dan pastinya juga bukan false nine!. Ramsey,
anda akan jadi seorang Pirlo. Relax bro, Pirlo pun umur 25 dekat A.C Milan baru
meletup. Anda baru 22. Dua season depan kalau Ramsey selalu dapat first eleven, fan Arsenal akan mendapat
seorang Pirlo. Bak kata Wenger, semasa game dengan Liverpool, Arsenal kelihatan
‘attacking outlook’, bermakna terlalu
berahi untuk menyerang. Dan memang betul!. Wilshere terlalu berahi untuk bergerak
dalam ruang dan bahagian serangan sampai melupakan tugas sampingannya untuk melindungi
back four. Lihat bagaimana Song
ketika season terakhir bersama
Arsenal? Seorang holding sudah
menjadi seorang attacker! Dan
akibatnya, back four Arsenal tiada
pelindung! Dan mungkin Wenger menyedari akibatnya ini, maka beliau mengeluarkan
kenyataan berikut, ‘It’s
a bit of a price of our philosophy [that we are open at the back] but I feel we
are too nervous,” he said. “[That’s] down to the fact that recently we conceded
goals in big games at home’. Back four Arsenal kelihatan sangat terbuka dan
seolah-olah menjemput dan mengalu-alukan kedatangan serangan pihak lawan! Ya,
memang defender Arsenal sentiasa diragui kemampuannya, tetapi kalau kita ada
holding yang bagus yang melindungi back four, maka kelemahan di bahagian
pertahanan akan tidak kelihatan ketara. Contoh M.U, gila dia punya defender.
Teruk tahap gaban. Bolos lagi banyak daripada Arsenal. Tapi diorang ada Carrick
yang bertindak sebagai holding dan mengimbangkan pergerakan antara bahagian
pertahanan dan serangan. Dan sebab itu, Ramsey perlu selalu diberikan peluang
untuk meningkatkan mutu permainannya supaya mencapai tahap kepirloan. (P/s:
Wenger kena asah Ramsey supaya selalu ambil free kick. Untuk menjadi seorang
Pirlo, kemahiran untuk mengambil set piece amatlah menjadi kriteria utama.
Hehe)
3) Sejujurnya
juga aku tak kenal siapa Nacho Monreal ini. Adakah dia boleh suit untuk main dalam EPL, adakah dia
boleh over lap seperti Evra, adakah
dia seorang yang tough tackle macam
Ashley Cole, adakah dia boleh bergandingan dengan Podolski? Itu semua kita akan
tengok nanti. Dan dengarnya Nacho Monreal ni tak boleh main untuk jumpa Bayern
nanti. Dan untuk itu, kita akan tertanya-tanya siapa nak mengawal pergerakan
Robben? Santos? Oh, no man! Mungkin Vermaelen akan main kanan, Mertesacker dan
Koscielny centre back, atau
sebaliknya. Kita tengok je la nanti apa strategi Pak Wenger. Tapi sebelum tu,
kenapa aku guna istilah ‘Godot’ di atas?
4) Istilah
Godot diambil daripada sebuah teater abstrak Perancis yang dicipta oleh Samuel
Beckett yang bertajuk ‘Waiting for Godot’. Ok senang cerita, teater tersebut
menceritakan tentang dua orang watak yang bernama Estragon dan Vladimir.
Kedua-duanya menunggu kedatangan seorang lagi watak iaitu Godot untuk
menyelesaikan masalah yang mereka hadapi (masalahnya, mereka sendiri tidak tahu
apa masalah mereka). Tetapi, mereka tidak pernah berjumpa atau mengenali Sang
Godot ini. Mereka hanya menunggu dan menunggu kedatangan Sang Godot yang mereka
sendiri tidak kenal bagaimana rupa dan wajah Sang Godot ini. Dan mereka sendiri
tidak tahu apakah Sang Godot ini akan mampu menyelesaikan masalah mereka. Dan
penungguan mereka berterusan sampailah akhir cerita. Dan Sang Godot tak pernah
muncul!. Dan apa kaitannya dengan Arsenal. Aku umpamakan fan Arsenal sebagai
Estragon dan Vladimir yang menunggu-nunggu kedatangan Sang Godot yang akan
menyelamatkan Arsenal. Dan apakah Nanco Monreal merupakan Sang Godot Arsenal?
Itu kita saksikan nanti. Prestasi Sang Godot? Bacalah entri sebelum ini. Hehe



No comments:
Post a Comment