04 February 2013

Arsenal vs Stoke city ( Preview)


1)         Arsenal 1- Rugby 0. Seperti biasa, formation 4-2-3-1 untuk season ni. Kalau season lepas tak habis-habis dengan 4-3-3, season ni 4-2-3-1. Ini formation standard Pak Wenger. Untuk game yang fizikal dan intense macam lawan Stoke ni, dua holding yang tough sangatlah diperlukan. Jadi, dengan kemunculan Diaby, tidak ada apa-apa yang menghairankan. Posisi sama, tetapi seorang drive forward iaitu Diaby, dan seorang lagi lebih kepada defensive duties. Cuma di bahagian kiri aku rasa rata-rata fan akan tertanya-tanya akan Chamberlain. Ya, dia ni macam atau ala-ala Cazorla. Kiri kanan boleh main. Tapi untuk game tough yang sebegini, kita bukan sahaja memerlukan seorang player yang direct driving dribbling skill macam Chamberlain dan Walcott, tapi kita juga memerlukan seorang player yang sangat combinative, open well game played macam Cazorla. Come on, lawan Stoke ni. Nak pulun dribble memang menjemput diri untuk ditackle la jawabnya. Ya, Cazorla bench, tapi masih ada Rosicky. Punggung Rosicky panas nanti duduk lama-lama kat bench. Ok. Jom kita jenguk Nacho Man kita. Malas aku nak tengok defender Arsenal yang lain, kerana fan Arsenal pun masing-masing tahu akan kemantapan dan kejituan akan bahagian pertahanan kita semalam. Kenapa defender kita nampak cool, setelah game sebelum ni ditibai bagai nak rak? Persoalan itu akan cuba aku jawab dalam no 3. Sekarang kita pergi No 2 dulu.

2)         Nacho Man kita, Nacho Monreal.  Sentuhan pertama throw-in, selepas tu lepas 10 minit baru la merasa pegang bola. Mungkin player Arsenal nak Nacho Man kita tahu, ‘This EPL, not La Liga!’. Hehe. Dan sebab itu, kita lihat bahagian serangan Stoke tertumpu kepada Nacho Man. Tapi, kita tahu Nacho Man bukan seorang player yang dispossessed. Lihat ini.



Serangan Stoke tertumpu kepada left side Arsenal. Gandingan Walcott dan Sagna di bahagian kanan, dibantu dengan Diaby tidak memungkinkan untuk Stoke menyerang di bahagian kanan Arsenal. Justeru, kita melihat di atas bagaimana akhirnya Stoke terpaksa menumpukan serangan pada bahagian kiri Arsenal dan sudah tentu melibatkan Nacho Man.

3)         Mikel Arteta!. Apa yang kita boleh katakana lagi. Arteta memang contoh kepada taktikal Wenger. Seorang midfielder yang mampu pass the ball, tackle, dan memang menjadi eye pitch untuk bahagian pertahanan dan serangan Arsenal. Dengan kembalinya Arteta, mungkin bakal Pirlo kita terpaksa duduk lama di bangku simpanan. Dan Diaby, ya memang gaya permainannya membuatkan movement Arsenal kelihatan slow, tetapi kita lihat Diaby menguasai seluruh bahagian tengah Arsenal. Jadi secara mudahnya, kalau Stoke nak attack, kena lepas Diaby dengan Arteta dulu. Ini formula Wenger untuk jentera tengah Arsenal. Tiap-tiap game mesti ada dua holding. Yang membuatkan tidak menjadi adalah buka kerana taktikal, tetapi adalah kerana siapa yang patut diganding dengan siapa untuk game yang tertentu. Arteta-Diaby, Arteta-Ramsey, Arteta-Coquelin, atau Diaby-Coquelin???



No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan