1) Aku
menulis artikel ringkas ini dengan perasaan yang bercampur baur. Sedih, kecewa,
geram, simpati, marah dan meluat (hanya pada Gervinho) selepas kekalahan pada
Blacburn. Tapi di sebalik segala perasaan negatif ini, masih tersisa harapan
yang bernyala pada hujung cahaya lilin. Apa tidaknya, fan Arsenal mesti
kebanyakannya mengharapkan pertemuan menentang Bayern Munich di Emirates
Stadium pada pagi Rabu nanti ibarat semacam pertemuan ketika menentang
Barcelona pada tahun 2011 yang menyaksikan buntuan jaringan Messi menyebabkan
Arsenal menang dengan bergaya 2-1. Opss sebelum terlupa, wira masa tu Van
Pershit dan Arshavin. Sekarang, seorang jadi traitor, seorang lagi prestasi macam nak kena shoot. Nampaknya, Arsenal memerlukan wira yang lain ketika bertemu
Bayern nanti. Mungkin Giroud, Podolski, atau Walcott?. Sama-samalah kita
saksikan nanti. Turun sebagai underdog,
tekanan mungkin tidak dirasai sangat. Tapi masalahnya, lepas kalah dengan
Blackburn, tekanan makin memuncak!.
2) Tulisan
ini tidaklah mahu membicarakan sejauh mana Arsenal akan berada pada landasan
dan tapak UCL nanti. Kalau menang lawan Bayern pun, masih lagi umpama meniti di
atas titian gantung. Aku hanya ingin membicarakan sejauh mana Arsenal akan
dapat top four. Kalau ditakdirkan menang
UCL pun, tapi tidak dapat top four,
ibarat perasaan indah mendapat ciuman daripada kekasih, tetapi seminit selepas
mendapat ciuman tersebut, kekasih tersebut mengatakan bahawa ciuman tersebut
merupakan ciuman perpisahan yang boleh mengakibatkan derita berpanjangan. Siul!
3) Aku
merasakan bahawa saingan top four ini
akan hanya berlaku antara Arsenal dengan Sp**rs sahaja. Lupakan Liverpool dan
Everton. Ok, aku akan menghidangkan pembaca blog ini dengan sebuah table yang akan membandingkan
perlawanan-perlawanan yang akan dihadapi oleh Arsenal dan Sp**rs.
4) Untuk
memudahkan pembaca, difficulty
merupakan purata bagi kesukaran apabila berhadapan dengan pihak lawan, manakala
previous merupakan mata yang didapati
daripada first game dahulu, manakala predicted merupakan mata yang dijangka
akan diperolehi.
5) Nampaknya
laluan liga untuk Arsenal dijangka lebih mudah berbanding Sp**rs. Arsenal
mungkin akan menghadapi kesukaran antara game bertemu dengan Norwich
sehinggalah Newcastle. Manakala kesukaran Sp**rs adalah antara game bertemu
Liverpool hinggalah Stoke.
6) Selain
daripada statistik yang terdapat dalam table ni, perlu difikirkan bahawa 12
game sebelum ini dimana lawan kedua-duanya adalah sama, Arsenal mendapat 21
points manakala Sp**rs hanya 19 points. Namun perlu diingat bahawa jumlah mata
tersebut tidak akan sama lagi bagi kedua-dua pasukan. Hal ini kerana kekuatan
pihak lawan sudah tidak sama ketika first
game. Contoh baru-baru ni ketika Arsenal menentang Sunderland, Arsenal
menang 1-0. Tapi first game dahulu,
Arsenal kalah 1-0. Dan lagi, kita tidak mungkin akan membayangkan Arsenal akan
kalah lagi apabila berjumpa dengan Norwich nanti. Tambahan lagi, team seperti
QPR dan Newcastle yang banyak membeli belah masa January transfer mungkin akan bertambah garang dan berahi untuk
mendapat mata. Dan Pak Wenger pernah mengingatkan bahawa mana-mana team yang
akan menentang QPR dan Newcastle seolah-olah akan menentang team yang ‘baru’.
Jadi, statistik yang terdapat dalam table di atas menunjukkan Arsenal kemungkinan
akan seri sahaja apabila berjumpa dengan kedua-dua pasukan tersebut. Jadi, apa pin point Arsenal untuk dapat top four?
7) Pin pointnya
ialah apabila bertemu dengan Sp**rs!. Perlawanan derby ni lagi menarik daripada perlawanan bertemu dengan M.U. Hatta
mungkin lagi menarik daripada perlawanan berjumpa dengan Bayern! Jangan
hiraukan prestasi Si Bale tu. Kita ada Walcott. Ya, kedua-duanya daripada
akademi Southampton, tapi prestasi Theo lagi memberahikan. Tengok game England
dengan Brazil? Pada game derby ini
lah, kunci pada pintu top four akan
jatuh di tangan Arsenal. Go Gunners!!



Mahu tanya sikit,pmilik blog ni org Malaysia ke Indonesia?
ReplyDelete