Arsenal vs Liverpool ( Preview )



Arsenal 1988-89(George Graham) : Lukic, Dixon, Winterburn, Thomas, O’leary, Adams, Rocastle, Richardson, Smith, Bould, Merson.
Arsenal 2012-2013 (Arsene Wenger) : Szczesny, Sagna, Vermaelen, Koscielny, Gibbs, Wilshere, Arteta, Cazorla, Walcott, Podolski, Giroud. (kesebelasan utama yang mungkin)

Kenapa season 1988-1989? Apa yang ‘legend’ nya team ini?

Memandangkan Arsenal akan bertemu Liverpool midweek ni, maka memori ini perlu diungkit dan disebarluaskan. Dan juga perlu ditebar jalakan supaya fan Liverpool turut sama merasakan denyut dan nadi bersejarah perlawanan epic ini. Perlawanan akhir liga antara Arsenal dan Liverpool yang dramatik (walaupun masa tu aku belum dilahirkan, huhu) yang mana Arsenal hanya memerlukan dua gol untuk menyaingi Liverpool dan seterusnya memegang tampuk kejuaraan liga.  Gol daripada ‘legend’ Arsenal Alan Smith dan Michael Thomas mengesahkan kejuaraan liga buat Arsenal buat kali ke-9. Ingat season lepas bagaimana dramatiknya perebutan kejuaraan takhta liga antara M.U dan Manchester City yang hanya dipisahkan melalui kelebihan jaringan gol yang dimiliki City?. Begitulah juga dramatiknya perlawanan antara Arsenal dengan Liverpool. Lebih manis bergula kejayaan memenangi liga pada season tersebut diraih di Anfield!!. Eh sebelum tu, mana M.U dengan Chelsea pada season 88-89 ni?. Hehe
Barisan George Graham ini yang mengubah corak dan gaya permainan Arsenal yang sebelum ini sering diperlekehkan sebagai ‘Boring, Boring Arsenal’ kepada gabungan antara ‘tight defensive discipline’ yang diketuai oleh Adams, Dixon, Winterburn dan Bould (assistant Wenger sekarang) dengan pemain tengah yang dinamik seperti Rocastle, Thomas, Merson dan forward Arsenal Alan Amith (setiap season bermain dengan Arsenal, purata golnya melebihi 20,dan pada season 1988-89 ini, Alan Smith top scorer liga dengan 23 gol) akhirnya menjadikan Arsenal pasukan yang digeruni dan menjadikan George Graham sebagai manager Arsenal yang tak kalah kejuaraan yang diraihnya. Dan di bawah kendalian George Grahamlah lahir ‘legend’ Arsenal seperti Adam, Winterburn, Ian Wright. Ahh, kalau nak story sejarah Arsenal yang gilang-gemilang, kena tulis entri lain. Hehe.
Namun, yang lebih penting lagi ialah sebelum perlawanan dramatic tersebut bermula, pemain Arsenal dengan pesona romantik dan kerendahan hati yang tiada tara memasuki stadium Anfield dengan masing-masingnya memegang sejambak bunga untuk diberikan kepada fan Liverpool. Ini kerana season tersebut Liverpool mengalami peristiwa yang dipanggil sebagai ‘Hillsborough disaster’ yang menyebabkan 96 penyokong Liverpool meninggal dunia dan beratus-ratus lainnya cedera. Pemberian sejambak bunga tersebut membuktikan kemuliaan hati dan budi pemain Arsenal. Lihatlah dunia, betapa bola sepak memberikan kita tautan kasih seumpana pasangan kekasih yang berada di sebuah taman bercanda dan bercumbu-cumbuan sambil diperhati kumbang dan kuntuman-kuntuman bunga. (Ah, sial ayat gua).




Gambar: Ehsan dari Arsenal Collective

Memandangkan Liverpool sudah out FA Cup, dengan bertandangnya The Reds ke Emirates mungkin dengan sedikit aggressive. Tetapi tidak mengapa, Gunners akan menerima kunjungan tersebut dengan hormat dan terbuka.
Wenger mungkin akan menggunakan kesebelasan yang hampir sama ketika menentang West Ham. Formation seperti biasa mungkin 4-2-3-1. Dengan kemungkinan Arteta kembali, dan posisi kebiasaan beliau sebagai ‘holding midfielder’ mungkin diperlukan untuk menentang Liverpool yang selalu bermain secara ‘commit full-back forward’ dan ini memerlukan Gibbs dan Sagna terpaksa bekerja keras di pertahanan sambil sekali-sekala atau dua kali dua kala melakukan ‘over lappng run’ (sagna, mana crossing awak yang cun meletup dulu?). Ramsey? Permainannya sejak akhir-akhir ini sangat memberahikan aku! Posisinya sebagai ‘deep-role midfielder’ patut dipuji dan diberikan cumbuan. Lihat bagaimana permainan beliau ketika menentang The Hammers dan Brighton baru-baru ni. Atas bawah cover sampai Vermaelen pun ditacklenya  Dan ingat dua season lepas ketika M.U kalah dengan Arsenal 1-0. Hanya Ramsey dan Wilshere diperlukan untuk menggodam dan memperkotak-katikkan serta mempermainkan midfielder M.U. Cuma kadang-kadang lagak beliau untuk menjadi seorang  Pirlo mungkin perlu dikritik.  Bagi aku, kelemahan Ramsey hanya dua.
Pertama, beliau selalu melambatkan tempo permainan di saat-saat Walcott dan Podolski berdesup nak masuk in box pihak lawan. Ya, mungkin untuk menenangkan tempo game, tapi kebiasaannya melakukan hal yang sedemikian rupa boleh merugikan peluang keemasan yang ada. Kedua, hantaran dan lagak long pass nya yang bersifat kepirloan kadang-kala entah ketentuan hala dan selalu tidak menjadi. Kadang-kadang beliau hanya perlu buat through yang mudah pada situasi yang mudah. Bukannya long pass pada situasi yang sukar. Jadi untuk game Liv ni, peranan Arteta sangat diperlukan. Posisi Arteta sebenarnya bukanlah sebagai pure defensive midfielder, namun disebabkan Wenger sampai sekarang mencari-cari truly defensive midfielder sejak kepergian Song (entah berapa game dia main kat Barcelona tu?), maka Arteta lah yang terpaksa mengambil alih peranan tersebut. Diaby? Pass over beliau ketika menentang Brighton memang meletup tarak ingat. Cun Gilerrrr. Tapi, aku masih merasakan beliau masih tidak lagi konsisten. Untuk game besar macam ni, aku masih percayakan gabungan Arteta dengan Wilshere. Tengok masa game menentang City, Diaby seolah-olah tak tahu posisi apa dia main. Dan Diaby punya keep ball memang teruk. Itu memang tidak dinafikan lagi. Dia punya personal fitness cakap, kaki Diaby ni sebelah je untuk main bola, sebelah lagi tak. Kira 70-30 r. Haha.
Defender? Aku mengharapkan gabungan Vermaelen dengan Koscielny. Bukannya tak percaya Mertesacker, tapi sejak game Chelsea dan Brighton baru-baru ni, mutu game dan kegagalan zonal marking  Mertesacker sangat teruk. Dengan Suarez dan Sturridge yang nampaknya menjadi, maka keringat Vermaelen dan Koscielny sangat diperlukan. Lain la kalau Wenger nak masukkan Mertesacker untuk menyiku sekali dua Suarez.
Wilshere, Cazorla, Podolski, Walcott macam biasa. Gabungan yang semakin mantap. Walcott setakat ni aku rasa ko main je la dulu sayap kanan sambil-sambil menyusup ke tengah. Sementelahan pula Giroud setakat ni makin mengancam. Aku tau ko sangat berahi untuk jadi centre forward. Bukan apa, kalau asyik ko nak bergerak centre, kesian Sagna aku tengok. Tak balance team. Itu sebab Sagna kebelakangan ni performance tak menjadi. Cazorla dan Podolski macam biasa. Shot fire kedua-duanya sangat diperlukan. Wilshere? Ah, what can u say about this man? Tackle, passing, keep possession, perghhh, can’t doubt about it.
Giroud? Gol-gol beliau sejak akhir-akhir ini mengingatkan aku kepada Van PerSHIT. Gol pertama beliau ketika menentang  West Ham dan dua gol ketika bertemu dengan Brighton baru-baru ni, sial pure Van Pershit!. Ya, walaupun beliau hanyalah sebagai target man!. Cara beliau flick dan hanya memerlukan dua sentuhan sebelum score, perghh! 20 gol untuk season ini tidak mustahil bro. Menurut statistik, ketika di Montpellier, beliau memerlukan 160 shot, baru dapat 21 gol. Bermakna purata 7 kali shot, 1 gol. Van PerSHIT pulak season lepas, walaupun 30 gol, 174 shot, purata 6 kali shot, 1 gol. Dan Giroud sekarang baru 13 gol dengan 94 shot. Jadi, menurut statistik, kalau dapat lagi 50 atau 60 shot lagi, 20 gol season ni tak mustahil! Untuk seorang striker first time main untuk EPL, 20 gol sangat membanggakan dan memberahikan liang-liang roma. Tak de hal la dengan Michu!
Kita kembali kepada team George Graham 88-89. Kenapa aku mengaitkan team ini dengan team sekarang? Menurut Wenger, gaya, pergerakan dan fizikal Giroud mengingatkan beliau kepada Alan Smith! Ya, Alan Smith yang score gol pertama lawan Liverpool pada perlawanan dramatic season 88-89!Mungkin game kali ni, tuah Alan Smith beralih kepada Giroud!. Come on Gunners!





Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil