Arsenal
: Szczesny, Sagna, Mertesacker, Vermaelen, Gibbs, Ramsey, Wilshere, Cazorla,
Walcott, Podolski, Giroud. (Santos)
Liverpool : Reina, Johnson,
Carragher, Wisdom, Agger, Lucas, Gerrard, Henderson, Downing, Suarez,
Sturridge. (Enrique).
Sudah dijangka, dengan ketiadaan
Arteta, maka tugas sebagai deep-lying
midfielder dijatuhkan di atas bahu Ramsey. Di bahagian pertahanan,
nampaknya tiada apa perubahan yang dilakukan Wenger. Back four yang sama, juga kesalahan yang sama. Opss, itu kita
bicara kemudian. Di bahagian midfielder dan
forward juga tiada apa yang berubah.
Minit ke
5 (Ya, minit ke 5!):
Diulangi, ya, minit ke 5! Kesilapan yang mudah, dan mudah juga bagi Suarez
meledak gol yang ke 17 buat dirinya. 1)
Sagna slip (dia pakai kasut tarian ballet ke?), 2) bola pada Johnson, cross yang
mudah, (crossed low yang begini
serius agak bahaya, kerana peratus kemungkinan untuk bola tersebut bumping amat tinggi. Dan sepatutnya
Vermaelen tenang, bukannya flying leap secara
tiba-tiba) 3) bola bumping sebelum Vermaelen sempat clear, 4) Szczesny hero, Sturridge apahal tak score masa ni aku pun tak
tau, 5) bola sampai pada Ramsey, miss 6) Downing pada Suarez, dan anda tahu kesudahannya. Kalau bab slip2 ni, bagi defender itu perkara yang paling malang. Ok. Tapi kenapa Suarez
dibiarkan keseorangan aku tak tau. Kalau perhatikan betul-betul, saat Sagna slip, di belakangnya hanya ada Wilshere.
Sepatutnya Wilshere sudah bergerak ke box
dan membantu mengisi ruang kosong (sial, macam soalan UPSR) dan menjaga pemain
Liv seperti Suarez yang betul-betul sudah berlari kearah box tanpa ada seorang pun player Arsenal yang mengawalnya. Tak kan
Wilshere tak nampak betul-betul depan dia yang Suarez sudah berdesup masuk
dalam box. Sepatutnya, ah anda tahu
Wilshere patut buat apa. Opss, maaf sebab aku terlalu mengkritik star on the future Arsenal seorang ni.
Minit ke
37: Puaka
masuk ganti Gibbs, ya kita masing-masing tepuk dahi.
Minit ke
59: Dan
tengok, betul-betul puaka! Tapi sebelum tu, 1) Kalau tadi sebab kesalahan Wilshere yang tidak mengawal Suarez
dan kesalahan defender yang lainnya,
maka kali ini juga berpunca pada Wilshere. Kegagalannya untuk contoll ball dengan baik menyebabkan
Sturridge mendapat bola dan sempat buat short
pass pada Henderson 2) Mertesacker
dan Santos kedua-duanya…… LAZY TACKLE! 3)
Job done for Henderson!
Minit ke
64: Kali
ni Wilshere the best. Apalagi yang
boleh dikatakan apabila seorang striker berada pada tahap yang terbaik. Kalau set piece, fan Arsenal kadang kala tidak
akan tahu siapa yang akan mengambil tugas tersebut. Kalau Arteta ada,
kebiasaannya dia yang akan mengambil free
kick ni.
Minit
66: Bermula
dari Sagna, Cazorla, Giroud dan BOOOOM Walcott!. Tight angle, but its not difficult for Walcott. Shot fire!!. Tapi
yang perlu diberi pujian dan ciuman pada pergerakan yang membawa gol ini ialah
Cazorla dan Giroud. Ingat hatrick Cazorla? Cazorla berkesan bila dia run masuk dalam box pihak lawan. Penetrate
defend pihak lawan. Itu tugas Cazorla. Pada awal season kita tengok Arsenal
cukup susah untuk penetrate defend dan
masuk dalam box. Mungkin kerana
sebelum ini tugas ini hanya dilakukan oleh Gervinho. Dan aku rasa Cazorla lagi
selesa dan efektif main kanan walaupun posisinya bebas untuk main kiri atau
kanan. Gol ni simple. Melibatkan 3
player, 3 sentuhan, dan ploppp! Mudah. Typical
Arsenal. Dan bagi Wenger, pergerakan yang membawa gol sebegini amat
disukainya. Masa game lawan West Ham, gol favourite
dia adalah gol Cazorla!
Rating player:
Wojciech Szczesny: 5/10
Bacary Sagna: 5/10
Per Mertesacker: 5/10
Thomas Vermaelen: 5/10
Kieran Gibbs: 6/10
Aaron Ramsey: 7/10
Santi Cazorla: 6/10
Jack Wilshere: 6/10
Lukas Podolski: 7.5/10
Theo Walcott: 8/10
Oliver Giroud: 8/10



No comments:
Post a Comment