Posts

Showing posts from October 2, 2011

Denilson terima kad merah ke-3

Image
Denilson telah menerima 3 kad merah pada musim ini. Khabar angin byk mengatakan yg Denilson akan keluar dari Sao Paulo dan akan kembali ke Arsenal. Dan Denilson jg melalui twitternya menggelar penyokong Sao Paulo "very. very annoying", sekaligus meningkatkan kebencian penyokong kepadanya.
Ini semasa menentang Ceara,

Kalah lagi - Arsenal 1 Tottenham 2

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Aku rasa semenjak dua menjak blog ni agak suram dan kurang update. Mungkin sesuram keputusan yang melanda Arsenal. Sememangnya aku pun terasa kecewa dengan keputusan yang semakin tidak memihak kepada Arsenal pada ketika ini.
Untuk perlawanan berjiran menentang Spurs aku hanya menyaksikan melalui live streaming di futegoal.com . Almaklumlah ASTRO kat rumah takde channel Sport (mahal sangat) jadi terpaksa guna line yang tersekat-sekat. Tapi layan lah juga.

Satu kejutan dalam kesebelasan utama apabila Francis Coquelin dimasukkan berbanding Frimpong. Manakala Alex Song meneruskan tugas di pertahanan tengah dengan ketiadaan pertahanan tengah yang asyik cedera je..
Pada separuh masa pertama penguasaan Arsenal memang baik. Tetapi masalah lama masih berlaku iaitu tiada penyudah. Malahan bukan dikatakan tiada penyudah, serangan berbahaya pun tak berapa bahaya kecuali tandukan Ramsey yang diselamatkan oleh Benoit Assou-Ekotto. Ketika seronok memegang bo…