Posts

Showing posts from July 3, 2011

Salam Sumer..

Dah lame aku tak post ape-ape kat blog ni... Maaf yer tuan blog.. hehe.. Ok la, sejak habis musin 2010/2011, aku dah makin meluat dengan spekulasi-spekulasi yang melanda beberapa pemain Arsenal. "Fab mahu balik kampung", "Nasri mahu gaji mahal", "Diaby kabo dia pakai baju Spurs kat rumah", "Bendi nak keluar jugak" dan macam-macam lagi. Hari ke hari aku mengiukuti berita di Kosmo!, Utusan, tapi hampeh.. benci arr aku bace news kt paper nih... Aku memantau berita dari blog ke blog, laman web rasmi ESPN, berita Channel 818 semata-mata melihat sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.
Alih-alih Gael Clichy yang join Man City dengan jumlah perpindahan 7juta, gaji 90,000 seminggu. Mak aih.. senangnye ko pegi Cilchy.. Jadi tertanya-tanya siapa yang bakal mengisi slot bek kiri. Jika dikatakan si Mael akan diletakkan di situ, alamatnya tiada la sangat overlaping dari sebelah kiri. Mael mane laju nak overlaping. Maka, fikiran tertumpu pada Gibs dan Traore.. …

Pic Terbaru Kem Arsenal~!

Image
Yelah smlm aku tertido..letih sgt..hari ini kena denda lari 100x keliling patung tu.. (Bendtner memulakan latihan)
Aku dah bleh tukar bidang nie...Olimpik nnt aku nak try la Clear n Jack..(Squillaci menjalani latihan gym) Aku org baru..sila jolokkan,eh sila tunjuk ajar..maaf..maaf..maaf..( Carl Jenkinson)
Musim ini aku kembali..Arsenal kompom juara..(Vermaelen)
Wassup bro..nnt kena menang ngan Malaysia 2-0 dh la..(Wenger 1st day at Training Ground)
Ini aku nak kasi tangan aku power lagi...musim lepas dh mantap,musim nie lagi mau mantap...
Wenger ceria bersama pemain Arsenal..Wilshere dan Frimpong bakal menjadi bintang Arsenal!
Baik punya cilok..hopefully Walcott jadi the true Gunners..musim nie kasi gegar!
Comel tak aku mcm nie???haha..(Chamakh posing baik punya)
Apa korang buat tu..salah..aish..APA PUN TAK BOLEH~! (Alex Song kembali)
Huarghhhh..nie baru betul2 Verminator...
Buleh tuju Lagu???
Mak ai..punya la berat menatang nie.. (Walcott bersama Miyaichi)
Haa..mcm nie la main..baru boleh dtg Mal…

Selamat tinggal Gael Clichy

Ini adalah artikel ketiga aku kat blog ni (malas siot nak menaip walaupun idea mencurah-curah kat kepala ni). Dan untuk artikel ni, aku nak cerita sikit pasal pemain arsenal yang dah pun meninggalkan kita yakni Gael Clichy. Clichy dah sah berpindah ke Manchester Shitty dengan nilai yang tak diketahui, tapi dianggarkan 7 juta pound. Secara peribadi, aku sayang gael clichy yang dah 8 tahun bersama Arsenal, tapi mungkin dah tiba masa untuk dia pergi, dan aku nak buat analisis sikit pasal kesan perpindahan Clichy terhadap Arsenal.
Mula-mula kita tengok dulu apa kualiti Clichy:
1.KEAZAMAN yang tinggi. Tak banyak merungut, sentiasa bagi 100% peratus dalam perlawanan (tengok masa arsenal kalah ngan barca 4-1 kat nou camp taun lepas, dia sorang je yang taknak menyerah kalah, pressing abis seluruh padang) 2.LAJU. Antara pemain paling laju kat PL. 3.STAMINA. Boleh berlari dari hujung ke hujung padang dalam 90 minit. Rajin dan selalu offer wide option untuk kita teruskan penguasaan bola. 4.BIJAK. Kal…

Transfer Update #4:Arsenal sedia dapatkan khidmat pemain sensasi Serie A

Image
Dua pemain kelahiran Amerika Selatan yang berpengkalan di Serie A,Ezequiel Lavezzi dan Thiago Motta telah dikaitkan perpindahan ke Arsenal.

Berdasarkan website bola sepak Itali,Arsenal bersedia untuk mendapatkan pemain Inter Milan,Thiago Motta setelah Inter berjaya mendapatkan pemain muda Argentina,Ricky Alvarez.Motta jugak telah menarik minat Zenit.

Arsenal menawarkan 27 juta pound untuk Lavezzi setelah Lavezzi beraksi dengan cemerlang bersama Napoli dan membawa Napoli ke Liga Juara Juara.

Transfer Update #3:Man City nyatakan mereka dapat Nasri dan Barcelona runding semula tentang Fabregas

Image
Manchester City percaya yang mereka sudah menyelesaikan perjanjian bersama Samir Nasir sebanyak 19 juta pound dan kini sedang menunggu keputusan Arsenal.

Perjanjian ini telah menunjukkan bahawa Man City menang dalam perebutan mendapatkan khidmat Samir Nasri selain mendapat persaingan dari Man Utd dan Chelsea.

Selepas 24 jam dengan berita pemergian Clichy,berita ini tentu akan menggugat persiapan kem Arsenal dalam menghadapi pre season yang akan datang


Sandro Rosell pula bakal ke London pada hari ini setelah pulang dari Copa America.Presiden Barca itu yang mempunyai hubungan baik dengan Ketua Eksekutif Arsenal,Ivan Gazidis bakal berbincang bersama mengenai yuran perpindahan Fabregas dan pemain muda Barca yang baru berpindah ke Arsenal iaitu Hector Bellerin dan Jan Toral.

Fabregas menyertai latihan bersama pasukan kelmarin dan dijangka akan bersama pasukan sehingga perjanjian muktamad.

Transfer Update #2:Clichy sah ke Manchester City

Image
Arsenal Football Club kelmarin sudah mengesahkan status pemain bek kiri mereka,Gael Clichy berpindah ke Manchester City.Yuran perpindahan tidak didedahkan tetapi dijangka 7 juta pound.

Clichy,25 menyertai Arsenal dari Cannes pada Ogos 2003 dan telah membuat 264 penyertaan bersama Arsenal dalam semua kejohanan.Dalam musim debutnya,dia telah jadi pemain muda kelab yang berjaya mendapat medal Liga Perdana Inggeris.Sejak itu,dia berjaya menempatkan diri bersama pasukan Arsene Wenger.



We would like to thank Gael for eight years of terrific service to Arsenal, during which time he gave absolutely everything for the Club. He has grown and developed so much since joining us in 2003, and has been a crucial part of the team over recent seasons. Gael leaves with our respect and best wishes. We wish him the very best for his future career.-
Wenger-




Semoga Maju jaya buat Gael Clichy!Terima Kasih atas sumbangan anda!

Gambar Khas Pemain Arsenal kembali berlatih

Image
Skuad Arsenal kembali berlatih pada pagi Selasa.Kempen musim 2011/2012 semakin hampir dan mereka bersiap sedia mengharungi untuk kejohanan Asia Tour dan Piala Emirates yang bakal menjengah tak lama lagi.

Antara pemain Arsenal yang kelihatan adalah pemain baru Arsenal,Carl Jenkinson yang baru mendapat nombor 25 dan ini menggambarkan beliau bakal bersama pasukan utama musim hadapan.Ryo Miyaichi juga turut kelihatan.Selain itu,pemain yang baru pulang dari pinjaman,Armand Traore turut bersama pasukan.