Posts

Showing posts from February 27, 2011

What The Joke..??

Yeah.. Mujur tidak kalah, ini mungkin kata-kata yang mampu menenangkan hati tatkala Arsenal's Fans mengharapkan tiga mata penuh dikutip menentang SundalLand. Tapi, tolak dua mata, tinggal satu mata sahaja. Sekarang, Arsenal hanya tiga mata dibelakang Man U dengan satu perlawanan dalam tangan. Esok, sekali lagi kita perlu menyokong Liverpool agar Man U tumbang selepas Chelsea berjaya memenuhi hajat penyokong Arsenal, di mana Chelsea menundukkan Man U 2-1.

Malam ini, di mana silapnya..?? Rasa-rasanya tiada silap, mungkin tekanan untuk mengejar pendahulu sedikit mengganggu emosi para pemain. Selain itu, pasti Arsenal masih terbayang-bayang igauan seri 1-1 di Stadium Of Light sebelum ini di mana Bent menyamakan kedudukan ketika masa tambahan telah tamat, song di kenakan kad merah dan Rosicky gagal menyempurnakan penalti.

Tetapi, pada perlawanan sebentar tadi, persoalan mengenai pengadil dan penjaga garisan pasti meniti di bibir setiap penyokong arsenal. Beberapa.. Bukan beberapa, tapi…

Pelik menjadi 'Manager of the Month'

Image
Oleh Chris Harris

Arsene Wenger mengakui bahawa dia merasa pelik dinobatkan sebagai 'Barclays Manager of the Month' - kerana dia baru sahaja mengalami kekalahan dalam salah satu peringkat akhir sebuah kejuaraan.

Pengurus dari Perancis ini telah memenangi penghormatan itu untuk kali pertama sejak 4 tahun mengemudi pasukannya kepada 10 mata daripada kemungkinan 12 mata sepanjang Liga Perdana di bukan Februari.

Bulan tersebut merupakan bulan yang mana Arsenal memenangi perlawanan menentang Barcelona di Liga Juara-juara dan dalam masa yang sama mereka juga turut kecewa selepas ditewaskan di Piala Liga 2-1 menentang Birmingham. Oleh kerana itu Wenger agak terkejut dengan penghormatan terbaru yang diterimanya.

"Ia seperti satu keganjilan apabila anda kehilangan sebuah piala dalam peringkat akhir kemdia anda mendapat gelaran 'Manager of the Month'!" akui pengurus dari Perancis itu.

"Ia kelihatan kecil tentang hasil yang telah dibuahkan. Tetapi kini masih masih dalam…

Gunners bangkit, kembali fokus kejuaraan Liga Perdana

Image
LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger boleh kembali memberi perhatian terhadap perebutan kejuaraan Liga Perdana selepas Gunners membelasah Leyton Orient 5-0 dalam perlawanan ulangan pusingan kelima Piala FA dan layak ke suku akhir.

Gunners mendapat faedah besar selepas Chelsea menang ke atas Manchester United Selasa lalu dan mereka kurang satu perlawanan.

Ini bermakna peluang Arsenal terletak di dalam tangan mereka sendiri.

''Bagi kami ia memberi kami lebih banyak peluang dalam mengejar kejuaraan Liga Perdana musim ini.

''Saya berasakan, tidak kira apa yang terjadi (keputusan melibatkan United), sama ada mereka seri atau kalah, ia tetap memberikan kebaikan kepada kami. Kini semuanya bergantung kepada kami sendiri.

''Saya telah katakan perkara ini sejak sekian lama. Ia bergantung kepada tahap konsisten dalam mencapai kemenangan. Ia akan menentukan peluang kejuaraan kami, " kata Wenger.

Skuad bimbingan Wenger akan berdepan Sunderland hujung minggu ini dan Nickl…

Ledakkan meriam akan menentang syaitan

Image
Gunners Ganas: Arsenal tak sabar temu United

LONDON: Arsene Wenger dengan wajah ceria menyaksikan Arsenal mudah mara ke suku akhir Piala FA, awal pagi semalam untuk bertembung kelab gergasi, Manchester United pada 12 Mac ini.

Tambahan, The Gunners juga kini terus menghambat The Red Devils dalam saingan memburu mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan pengendali berbangsa Perancis itu kini ghairah mahu merakamkan kemenangan berganda.



“Kami masih lagi dalam perlumbaan jika menang perlawanan berikut. Segala-galanya bergantung kepada kami,” kata Wenger.

Kemenangan Chelsea ke atas United tempoh hari turut membuka kembali saingan merebut gelaran, musim ini kerana Arsenal boleh memintas anak didik Alex Ferguson jika menang perlawanan berikutnya dan kemudian mengatasi United di Stadium Emi­rates pada 1 Mei ini.

Dalam perlawanan ulangan pusingan kelima, jaringan hatrik Nicklas Bendtner serta masing-masing satu daripada Marouane Chamakh dan pemain gantian, Gael Clichy membantu Arsenal membe…

Bendtner ledak hatrik

Image
Gunners temu musuh tradisi Man Utd pada saingan suku akhir

LONDON: Hatrik Nicklas Bendtner membantu Arsenal membelasah Leyton Orient 5-0 pada perlawanan ulangan pusingan kelima Piala FA dan Manchester City pula menewaskan Aston Villa 3-0 untuk turut mara ke suku akhir, kelmarin.

Marouane Chamakh dan Gael Clichy adalah dua lagi penjaring untuk Arsenal dalam aksi di Stadium Emirates itu yang menyaksikan mereka bangkit daripada kekalahan mengejut 2-1 kepada Birmingham dalam final Piala Liga Sabtu lalu, untuk menempah saingan suku akhir menentang Manchester United pada 12 Mac ini.

City akan menjadi tuan rumah kepada kelab Liga Kejuaraan, Reading sehari kemudian selepas pasukan Liga Perdana Inggeris yang berbelanja besar itu menewaskan kelab lemah, Villa hasil jaringan oleh Yaya Toure, Mario Balotelli dan David Silva.

Perlawanan Stoke-West Ham dan Birmingham-Bolton adalah aksi suku akhir lain untuk kejohanan kalah mati yang popular itu.

"Ia adalah penting untuk kami memberikan reaksi malam…

Jimmy Smith: Saya akan ketawa menentang Arsenal

Image
PEMAIN tengah Leyton Orient, Jimmy Smith ketawa terbahak-bahak apabila Arsenal kalah dalam akhir Piala Carling, terima kasih kepada jaringan minit terakhir itu.

Dan kini bekas pemain Chelsea, Jimmy Smith menjangkakan untuk menambah derita skuad the Gunners pada malam ini dalam pertemuan semula Piala FA pusingan ke-5 - dan membuktikan sesuatu kepada Chelsea.

Orient akan menentang Arsenal yang masih berduka ini di Emirates selepas mengikat mereka seri 1-1 di Brisbane Road.

Dan Smith tahu bahawa mereka masih berasa perit selepas Wojciech Szczesny dan Laurent Koscielny melakukan kesilapan sehingga Obafemi Martins mampu menjaringkan gol untuk pihak Alex McLeish’s bagi ­Birmingham.

Smith, 24, berkata: "Saya ketawa semasa Martin menjaringkan gol. Mungkin sepatutnya saya tidak patut begitu kerana tentu mereka akan marah dan mereka akan bertindak kepada kami - tetapi kami telah bersedia untuk mereka.

"Mereka pun bukanlah berbeza sangat dengan kami. Kami tahu mereka bertahap antarabangsa …

Henry: Saya ingin kembali ke Arsenal suatu hari nanti

Image
Bekas penyerang Arsenal, Thierry Henry berkata bahawa dia tidak boleh membuang Arsenal dari dirinya dan dia mengharapkan agar dapat kembali ke utara London.

Henry kini bermain di Liga Bolasepak Major bersama New York Red Bulls, merupakan penjaring terbanyak Arsenal sepanjang masa dengan 226 gol tetapi meninggalkan kelab untuk Barcelona pada 2007 dan berhijrah ke US selepas 3 musim di Spanyol.

"Saya sayang kelab ini. Malangnya seperti yang kita ketahui saya perlu meninggalkannya kerana beberapa sebab seperti yang telah saya katakan beberapa kali tetapi, walaupun saya meninggalkan Arsenal, tidak sesekali saya melupakannya.

"Setiap kali saya kembali saya rasakan seperti kembali ke kampung halaman, ia sebuah keluarga yang besar dan saya telah menjadi seorang peminat kepada kelab ini.

"Saya tahu bagaimana rasanya dapat menewaskan Manchester United, saya memahami bagaimana bermaknanya ia kepada para penyokong apabila kami bermain menentang Tottenham, saya fahami kesemuanya. Anda …

I love Wilshere

Image

Berita Yang Kurang Menyenangkan.. RVP..??????

Image
Robin Van Persie
Assalam semua. Harap-harap kedukaan kegagalan pada Final Piala Carling sudah berkurangan. Namun begitu, kini terdapat satu berita yang kurang menyenangkan, iaitu berkenaan dengan RVP. Menurut laporan ESPN Star Sport, RVP berkemungkinan tidak dapat diturunkan menjelang perlawanan menentang Barca di Nou Camp nanti.
RVP yang menjaringkan gol penyamaan ketika Arsenal ketinggalan 1 gol kepada jaringan Zigic kini mengalami kecederaan pada lututnya. Jelas kelihatan RVP menanggung kesakitan selepas menjaringkan gol berkenaan. Namun begitu, tempoh masa untuk RVP pulih masih belum dipastikan lagi.
Ini sekaligus menyaksikan RVP menyertai Walcott dan Fabregas dalam senarai kecederaan pemain. Hal ini menimbulkan persoalan "mampukah Arsenal mengekalkan kelebihan 1 gol ketika pusingan pertama di Emirates tempoh hari?..". Musim lalu Arsenal dibelasah teruk ketika di Nou Camp di mana Messi menjaringkan 4 gol.
Dengan moral pemain yang pastinya terganggu dek kegagalan final Carlin…

Hatiku Hampa....

"Pernahkah kau merasa, hatimu hampa.. Pernahkah kau merasa, hatimu kosong.."
Inilah lirik yang sesuai buat masa sekarang jika anda menyaksikan kekalahan Arsenal lewat malam tadi. Apa sudah jadi.. apa.. apa.. apa....!!!!!!!! Kali ni nak salahkan siapa...?? Wenger..?? Pat rice..?? Pengadil..?? Bola..?? Pemain..?? Birmingham..?? dan lain-lain lagi...??

Jika dilihat kepada pemain yang diturunkan, ia adalah satu team yang cukup kuat walaupun ketiadaan fabregas dan walcott. Jika dilihat, bukan lah silap wenger, namun mengeluarkan Arshavin mungkin akan menjadi sebab. Kenapa bukan Rosicky yang dikeluarkan...?? Hanya wenger yang mampu menjawab persoalan tu.

Secara keseluruhan, memang pelik tengok Arsenal main malam tadi. Hantaran banyak mengarut, tak macam biasa. Seolah-olah mereka memandang mudah ke atas keupayaan Birmingham. Aii.. tak kan tak serik0serik lagi dengan kisah lalu, di mana Philip yang di bawa masuk penghujung perlawanan akhirnya dapat menghasilkan gol penyamaan dalam s…

Pemain Arsenal 'menderita' selepas kalah, kata Wenger

Image
LONDON: Arsene Wenger berkata bahawa kekalahan mengejutkan oleh Birmingham City dalam akhir Piala Liga Inggeris pada Ahad mungkin memberi pukulan kepada desakkan kelab untuk tiga trofi lain pada musim ini.

"Kesemuanya kecewa di bilik persalinan, mereka (para pemain) kehilangan semangat, saya tidak mahu menambahnya," pengurus Arsenal memberitahu wartawan selepas Birmingham telah mengalahkan pihaknya 2-1 di Wembley.



"Saya juga turut kecewa seperti keseluruhan pasukan. Kami mengalami sedikit masalah ketika bermula, bilangan permainan yang telah kami lalui juga mempengaruhi prestasi kami."

Pasukan Utara London, yang berjaya merangkul kejuaraan terakhir di Piala FA 2005, sekali lagi mengundang kritikan yang mana mengatakan bahawa mereka kekurangan kekuatan mental dan kekuatan fizikal untuk membuktikan bakat mereka melalui trofi.

Kemenangan Birmingham tiba pada minit ke-89 selepas kesilapan bertahan oleh penjaga gol Wojciech Szczesny and pemain pertahanan Laurent Koscielny, …

Arsenal Terus Kempunan Piala !

Image
Salam, aku tak mau mengulas panjang perlawanan Final Carling Cup malam tadi, yang mana kita bleh lihat aksi terbaik dari Ben Forster dan kesilapan budak sekolah dari pertahanan dan penjaga gol kita telah menghancurkan hati seluruh peminat setia Arsenal.
Aku malam tadi berada di Rampai Coffee House, Kelab Shah Alam Selangor bersama2 memeriahkan suasana bersama rakan2 dari Kelab Peyokong Arsenal Malaysia. Suasana bagai berada di Wembley pada awal permainan begitu meriah dengan laungan dan nyayian lagu Arsenal yang hebat dari seluruh penyokong..Korang nak tau aku dengan sapa??sapa lagi klu bukan dengan tuan tanah blog nie, saudara Afham n sahabat karib beliau Adham. Memang gathering terbaik dari pihak penganjur.
Aksi Arsenal malam tadi boleh dikatakan tidak sefahama pada separuh masa pertama, banyak hilang bola, Passing tak tepat, dan gagal memecah kubu kuat Birmingham. Birmingham mendahului melalui set-piece sepakan penjuru, Zigic mudah menanduk masuk bola sebelum Robin v Persi menyamakan…

Sejarah Carling Cup sejak 1961 - 2010

Image
Sila klik imej untuk gambaran yg lebih jelas.
2011: Mungkinkah Arsenal?