Posts

Showing posts from February 20, 2011

Akhir Piala Carling 2011: Likuan Arsenal menuju akhir

Image
Pusingan ke-3 (a) v Tottenham 21/09/10 - menang 4-1 (Selepas masa tambahan)
Pemain muda Henri Lansbury memberikan mata pendahuluan, tetapi ia memerlukan 2 sepakkan penalti dari Samir Nasri pada tambahan masa untuk skuad the Gunners mengeluarkan musuh utama, Tottenham dengan kemenangan 4-1 di White Hart Lane - dimana melalui tanda-tanda kesungguhan mereka, pengurus Arsene Wenger telah menamakan pemain-pemain terkuat dalam skuadnya.

Pusingan ke-4 (a) v Newcastle 27/10/10 - menang 4-0
Theo Walcott mengukuhkan tempat Arsenal di suku akhir dengan 2 jaringan di St James' Park - dan tidak seperti pertemuan dramatik di Liga Perdana Barclays selepas itu, tiada kebangkitan mengejutkan dari Tentera Toon.

Suku akhir (h) v Wigan 30/11/10 - menang 2-0
The Gunners mendominasi tentangan dari the Latic, meneruskan cabaran melalui gol sendiri Antolin Alcaraz sebelum Nicklas Bendtner mengukuhkan kemenangan selesa di Stadium Emirates.

Separuh akhir pertama (a) v Ipswich 12/1/11 - kalah 0-1
Tamas Priskin mem…

Pinta Bendtner kepada Wenger: Masukkan aku dan Arshavin

Image
Nicklas Bendtner berharap agar dia dan Arshavin akan diperturunkan pada peringkat akhir Piala Carling menentang Birmingham City.

Jika dia dan Arshavin diturunkan untuk beraksi bersama, Bendtner yakin mereka mampu menghasilkan sesuatu yang diharapkan.

"Kami mempunyai penglibatan yang baik bersama sebelum ini," beritahu Bendtner dalam program rasmi Arsenal Matchday.

"Kami mengharunginya dengan baik sekali dan kami juga merupakan teman rapat, dan sejak kedatangannya ke mari kami sering bermain dengan baik dan bekerjasama.

"Jika anda lihat semula, kami banyak membuat susunan langkah jaringan bersama-sama sepanjang masa. Seperti menentang Orient, saya bermain bersamanya dalam masa singkat dan kami berkolaborasi dengan sangat baik.

"Andrey adalah seorang yang mudah untuk didekati kerana dia mempunyai kemampuan hantaran yang baik dan mempunyai visi.

(Sumber http://www.tribalfootball.com/)

Trio Arsenal sedia untuk akhir Piala Liga

Image
Oleh Omar Shahid



Robin van Persie, Laurent Koscielny dan Abou Diaby akan disenaraikan untuk perlawanan peringkat akhir Piala Liga menentang Birmingham Ahad nanti.

Ketiga-tiga mereka tidak diturunkan semasa kemenangan 1-0 Arsenal kepada Stoke Rabu lepas kerana Van Persie mengalami masalah kecederaan hamstring, manakala pertahanan tengah, Koscielny mengalami masalah belakang.

Diaby pula baru sembuh selepas mengalami masalah betis, tetapi Wenger memaklumkan bahawa dia akan mendapatkan khidmat ketiga-tiga mereka dalam skuad untuk perjalanan singkat ke Stadium Wembley.

"Ketiga-tiga mereka akan disenaraikan," beritahu Wenger kepada laman web rasmi kelab. "Ia merupakan berita baik. Dan yang lain-lain juga tidak bermasalah selepas perlawanan bersama Stoke."

Berita ini mungkin menjadi perkhabaran yang baik buat peminat Arsenal selepas Wenger tidak menyenaraikan Cesc Fabregas dalam pertembungan bersama Birmingham kerana kecederaan ringan.

Theo Walcott mungkin juga akan terlepas pe…

Menang dengan bijak, guna akal dan sabar

Image
Pengurus Arsenal Arsene Wenger memuji persembahan 'professional' menentang Stoke

Oleh Oliver Yew di The Emirates

Arsene Wenger telah memuji pemain Arsenalnya untuk sikap yang professional dan kesabaran bermain selepas mencapai kemenangan menentang Stoke City, yang membawa the Gunners hanya satu mata di belakang pendahulu liga, Manchester United.

Arsenal melakukan ancaman ke gawang gol dalam ketika-ketika tertentu seawal minit permainan bermula dan mendapat peluang terbaik melalui Sebastian Squillaci, yang menjadikan ia satu-satunya gol dalam perlawanan tersebut.

Stoke kembali untuk separuh masa ke dua dengan pasukan yang berlainan dan mula memecahkan rentak permainan Arsenal, tetapi pasukan dari Utara London itu mempertahankan mata dan mendapat 3 mata, cukup untuk menggembirakan pengurus mereka.

Kata Wenger: "Kami melakukan kerja ini selepas masa-masa kecederaan dalam cara yang amat professional menentang pasukan Stoke yang dikenali mempunyai pertahanan yang cukup kental. Mere…

Ramsey gets ready to roll!

Image
Aaron kembali untuk Arsenal untuk 4 kejuaraan.

Oleh Sami Mokbel
Arsene Wenger akan melepaskan ikatan pinjaman Aaron Ramsey di dalam pemburuan untuk merangkul 4 kejuaraan bersejarah kini.

Pemain tengah Wales ini telah tidak menyertai kelab sejak mengalami kecederaan kaki pada February tahun lepas menentang pasukan yang sama akan ditentang pada Rabu ini, Stoke - tetapi pemain pinjaman Cardiff ini hanya mungkin kembali menyarung jersi Arsenal semula pada Rabu akan datang.

'Dia mungkin boleh diturunkan untuk pertembungan semula Piala FA menentang Leyton Orient,' kata pengurus Arsenal itu.

'Saya mendapat laporan yang baik dari Cardiff. Dia tidak akan diturunkan pada Sabtu nanti kerana dia mengalami masalah pangkal paha dan kami juga mahukan dia mendapat rehat.'

Pemain berusia 20 tahun ini berkeadaan cergas semasa mewakili Cardiff pada perlawanan hari Selasa dan telah menjaringkan gol dalam Liga Championship menentang Leicester. Dia dijadualkan akan kembali ke Arsenal selepas per…

Sebab kenapa Arsenal masih gagal.

Image
Oleh CHARLIE WYETT
Mereka tewaskan Barcelona - dan mereka dalam perjalanan untuk 4 kejuaraan sekaligus - tetapi menurut salah seorang penasihat terdekat Arsene Wenger, Arsenal terlalu jauh dari sempurna!

Jacques Crevoisier khuatir jika skuad the Gunners tidak bersedia untuk menanggung cita-cita oleh psikologi dan jurulatih dari Perancis itu yang dikenalinya lebih dari 40 tahun, menurut the Londoners yang tidak cukup kuat dari segi mental setelah gagal menang pada perlawanan yang lebih lasak.

Crevoisier mengatakan bahawa pasukan ini tidak mempunyai 'Plan B' untuk perlawanan yang kasar dan pertahanan mereka masih belum cukup mantap.

Skuad the Gunners, yang telah bolos pada gol 1-1 di saat akhir perlawanan Piala FA menentang Leyton Orient pada hujung minggu lepas akan dikunjungi Stoke dalam Liga Perdana malam ini.

Selepas itu pemain-pemain Wenger akan meneruskan cabaran dalam pencarian piala pertama mereka selepas 6 tahun apabila bakal menentang Birmingham dalam akhir piala Carling A…

FA Cup draw - Sixth round

Sixth Round ties to be played on 12 and 13 March 2011 :

Stoke City vs West Ham United or Burnley

Manchester City or Aston Villa vs Everton or Reading

Birmingham City vs Fulham or Bolton Wanderers

Manchester United vs Leyton Orient or Arsenal