Posts

Showing posts from February 13, 2011

Analisis Gol Kedua Gunners!!

Image

Emirates Masih Kebal Untuk Champion League

Image
Berdebar, mencemaskan, penuh emosi.. Rata-rata inilah yang bermain dalam hati para penyokong Arsenal awal pagi tadi. Mana tidaknya, 20 minit pertama, Arsenal tidak memberi muka kepada Barcelona, terutamanya kepada Messi. Agresif corak permainan yang ditunjukkan. Gol mesti dijaringkan seawal yang mungkin. Namun, minit ke-26, gawang Wojciech Szezesny bolos jua. Gerakan menarik gabungan skill tahap tinggi, Messi berjaya melorongkan bola kepada David Villa lantas disudahkan dengan jayanya. Argghhh... dh kena sebijik.. sebelum tu pun, RVP juga ada peluang untuk menjaringkan gol tapi Victor Valdes cekap menahan serangan RVP.

Bengkek gak ngan reff.. sebab kejap-kejap tiup wisel.. lambat sangat tiup hingga menjejaskan tempo permainan. Kekadang foul kecik je yang bleh diberi advantage pun dia tiup gak.. Resah tengok gaya reff macam ni. Song dilayangkan kad kuning, semenjak itu, bile Song sentuh je pemain Barca, diorang mesti jatuh (tetibe jadi lembik). Kang tak pepasal Song dapat second yellow …

Kebangkitan Arsenal Tewaskan Ego Barcelona!!

Image
Arsenal membuat kebangkitan menakjubkan awal pagi tadi bagi membenam ego Barcelona yang di awal permainan mendahului dengan jaringan David Villa. Perlawanan pagi tadi juga menyaksikan yang tidak mustahil dalam bola sepak, segalanya bertitik tolak dengan semangat untuk menang. So Arsenal berjaya akhirnya menewaskan pasukan terbaik dunia ketika ini di Emirates, menjadikan rekod tanpa kalah kepada pasukan sekitar Eropah terus kekal sejak 2003.
Aksi pagi tadi berkisar kepada kapten pasukan Arsenal, Cesc Fabregas. Beliau dilihat beraksi baik sepanjang permainan dengan beberapa umpanan kepada Robin van Persi cuma Valdes yang menjadi penyelamat Barcelona. Villa mencuri tumpuan dengan gol awal di separuh masa pertama selepas menerima umpanan dari Messi. Bagi aku pertahanan Arsenal sangat cemerlang pagi tadi, hanya 1 kesilapan saja memberi kelebihan kepada Barcelona. Szczesny juga begitu konfiden di gawang Arsenal, memang budak nie berani mati la..berapa kali halang Messi, Pedro dan Alves denga…

Line Up tonight

Image

Preview UEFA CL (Round of 16) : Arsenal v Barcelona at Emirates Stadium - 1st Leg

Image
Salam kawan2..sori dah lama tak berkeudara kat ArsenalMalaysia nie, bz sket sejak dua menjak nie..sib baik tuan tanah tak kick lagi dari list blogger..ya ampun ye tuan tanah..hehe
Dah melalut dh aku nie..ok entry kali nie sudah pasti berkisar pada perlawanan paling penting Arsenal musim nie. Pusingan kedua Champion League, Arsenal kali nie tak dapat lari dari bayangan Barcelona selepas musim lepas berjumpa di suku akhir, kini lebih awal di pusingan 16 pasukan terbaik..so Arsenal nak tak nak kena menang tuk 1st leg dekat Emirates awal pagi nanti.
Sejarah telah tercatat yang Barcelona merupakan pasukan terbaik dunia ketika ini, dengan rekod kejuaraan dan pemain yang Barcelona ada ketika ini sudah cukup untuk mengambarkan bertapa gerunnya pasukan yang akan menghadapi mereka. Tetapi Arsenal, pasukan muda (walaupun tak da la muda mana pun) bukanlah pasukan yang mentah ketika ini, selepas hampir 6 tahun bersama, mereka kini mahu membuktikan yang kali ini Arsenal akan tampil dengan aksi yang …

Line Up Champion League : Arsenal vs Barcelona

Image

Update: Arsenal vs Barcelona

Image
AMG Meeting : http://arsenalfc.com.my/post123647.html#p123647
Hasil daripada kemenangan dengan Wolv tempoh hari bahawa Arsenal mampu mendakap kemenangan dengan syarat mengekalkan barisan yang sedia ada seperti menentang Wolv tempoh hari. Penjaga gol banyak melorong bola secara dekat agak merbahaya sekiranya ada pemain yang pemain yang pantas daripada pertahanan Arsenal. Pertahanan perlu dikekalkan tapi kawalan bola di udara perlu diperkemaskan lagi bagi mengelak daripada melakukan kesalahan yang sama seperti menentang NewsCastle.
Pujian harus diberikan kepada barisan tengah dengan hasil yang kreatif mampu mengawal permainan dengan rentak yang pelbagai. Serangan counter attack jelas memberi kelebihan kepada Arsenal kerana pemain seperti Walcott mampu melakukan larian pantas samaada kiri dan kanan. Kita perlu melihat bahawa pertahanan Barcelona bukanlah calang-calang pemain. Gerakan yang bijak menghasilkan kemenangan.
Robin Van Persie memang best. Superb.