Posts

Showing posts from January 23, 2011

Wenger: Szczesny kini penjaga gol utama Arsenal

Image
Oleh Andrew Kennedy

Arsene Wenger telah memutuskan bahawa Wojciech Szczesny adalah penjaga gol terbaik Arsenal mendahului Almunia dan Lukasz Fabianksi.

Penjaga gol berusia 20 tahun dari Poland itu telah menjadi kegemaran Arsene Wenger sejak minggu-minggu akhir ini termasuk kejayaan pertemuan kedua kelab utara London itu menentang Ipswich Town pada selasa lepas di Emirates.

Bercakap di sidang akhbar Jumaat lepas, Wenger berkata: "Pada waktu ini Wojciech adalah penjaga gol terbaik, tiada apa-apa yang dia lakukan untuk saya singkirkannya."

Walau bagaimana pun, penjaga gol yang berasal dari Polland yang telah menandatangani kontrak bersama skuad The Gunners selama 5 tahun ini mungkin tidak akan diturunkan pada pusingan ke-4 Piala FA menentang Huddersfield.

"Saya boleh gilirkan penjaga gol - dalam perlawanan piala kadang kala saya tukarkan mereka, tetapi Almunia telah tidak bermain untuk begitu lama", kata pengurus Arsenal itu.

"Saya berbangga dia bersama kami, saya juga…

Jack peneraju England kata Fabio

Image
Tahniah kepada bintang muda Arsenal yang bakal menjadi tulang belakang untuk menerajui skuad England pada Euro 2012.

Pengurus skuad 3 Singa ini telah bersedia untuk meletakkan kepercayaan kepada Jack Wilshere, pemain remaja yang semakin meningkat naik ini untuk melengkapkan pemain di bahagian tengahnya.

Capello akan menggunakan khidmatnya di bahagian tengah untuk perlawanan persahabatan pada bulan hadapan menentang Denmark di Copenhagen.

Seandainya eksperimen ini berjaya, Wilshere akan kekal di situ sehingga pusingan kelayakkan dan ke peringkat akhir Euro 2012 - sekiranya England berjaya mengharunginya.

Jika Capello mengekalkan sistem 4-4-2, ini bermakna tempat untuk pemain Manchester City, Gareth Barry telah ditempah.

Pengurus dari Italy itu sangat teruja dengan kehadiran Wilshere, 19, yang melakukan kemunculan seniornya menentang Hungary pada Ogos lepas sebelum dikejutkan dengan dikumpulkan bersama Bulgaria dan Switzerland diperingkat kelayakkan.

Wilshere setelah itu dipanggil dalam skuad…

Fabregas played PS3

Image

Arshavin: Kata Wenger pada separuh masa pertama menentang Ipswich.

Image
Ini merupakan detik paling berharga pada musim ini bagi Arsenal selepas mereka berjaya mencapai objektif mereka untuk berada di peringkat akhir Piala Carling selepas melakukan persembahan hebat menentang Ipswich, selasa lepas.
Bercakap mealui laman web peribadinya selepas perlawanan tersebut, pemain tengah Arsenal, Andrey Arshavin mengakui yang kesemua pemain amat serius dengan mencuba sebaik mungkin sejak dari minit-minit awal perlawanan. Setelah gagal mendapatkan gol awal, pemain berusia 29 tahun ini menerangkan bagaimana pengurus Arsene Wenger meminta para pemain agar terus bersabar dan cuba bermain dengan cara yang sama sehingga keempat-empat pemain pertahanan akhir Ipswich kepenatan kelak.
Pemain dari Russia ini memuji Nicklas Bendtner dan Jack Wilshere yang telah menciptakan gol perbukaan untuk skuad The Gunners dan secara jujur menghuraikan bagaimana permainannya bukan pada tahap terbaik walaupun telah membantu menghasilkan dua gol Arsenal pada gol ke-2 dan ke-3.
Di tanya berkenaa…

Selangkah lagi untuk 1 Trofi (Piala Carling)

Image
Arsenal berjuang untuk menundukkan kubu Ipswich Town dengan 3-0 pada malam tadi sebelum menempah tempat ke peringkat akhir Piala Liga, di mana skuad bimbingan Arsene Wenger ini mengharapkan untuk mengakhiri penantian selama enam tahun tanpa trofi.

Ipswich telah memberi isyarat kesungguhan mereka seawal perlawanan bermula dengan satu rembatan terus Grant Leadbitter dari garisan tengah sepak mula yang hanya sedikit menuju ke atas palang gol.

Namun dua gol pada separuh masa ke-2 dalam selang masa hanya 3 minit dari Nicklas Bendner dan Laurent Koscielny akhirnya memecahkan kubu kelab dari liga Championship itu pada pertembungan ke-2 separuh akhir tersebut.



Cesc Fabregas menambah gol ke-3 selepas 77 minit - dengan larian pantas sejauh 40 meter dan bermain 'one-two' bersama Arshavin - melayakkan Arsenal mara ke peringkat akhir pada bulan hadapan di Stadium Wembley dengan kemenangan agregat 3-1.


"Ia mungkin merupakan peringkat akhir yang amat sukar tetapi kami akan melakukan sedaya…

Sakho ke Arsenal

Image
Sakho telah dikaitkan ke Arsenal. Pemain berumur 20 tahun . Buat masa sekarang pemain ini di dalam pemantauan Arsenal untuk membawa pemain ini menyarung Jersi Arsenal.
ArsenalFootballClubsangatsenangmengumumkanbahawa pertahanan mudaMartinAnghatelahmenandatanganikontrakprofesional pertamanyadengan Arsenal.

Piala Carling Hampir Pasti Masuk Almari Di Emirates

Image
Jaringan Nicklas Bendtner (61), Laurent Koscienly (64) dan Cesc Fabregas (77) akhirnya mengesahkan slot final untuk musim 2010/2011. Seriau jugak bila lihat kepada line up. Awal pagi tadi, Wenger merehatkan Song, Nasri dan Walcott. Barisan pertahanan masih lagi diisi oleh Sagna, Djourou, Koscienly, Clichy, manakala Van Persie diletakkan sebagai penyerang tunggal.

Bermula separuh masa pertama, seawal saat ke-6, Ipswich telah mula menguji Wojciech Szczesny namun percubaan tersebut melewati palang gol. Beberapa peluang terhidang kepada Si Kapten Fabregas, Van Persie namun gagal menerjah jaring. Tandukan van Persie sekadar singgah di palang, manakala percubaan Fabregas pula hanya melintasi pintu gol Ipswich. Sagna terpaksa dikeluarkan pada awal babak pertama setelah berlaku pelanggaran dengan Wojciech Szczesny. Eboue dimasukkan bagi mengisi kekosongan bek kanan.

Bendtner menjadikan kedudukan 1-0 setelah menyambut baik hantaran Wilshere ke sebelah kiri. Dengan dummy yang menarik, budak denma…

MU rancang rampas Alex Oxlade-Chamberlain

Image
Manchester United ingin berbincang secara bersemuka dengan Southamton sebelum pertembungan keduanya pada Piala FA pusingan ke-3 sabtu ini dalam usaha mereka untuk merampas calon perpindahan milik Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain.

Sir Alex Ferguson, pengurus Manchester United, telah memerhatikan Oxlade-Chamberlain dan pegawai tertinggi mereka kini berharap untuk bertemu Nicola Cortese, pengerusi Southamton di St Mary's untuk berbincang berkenaan tawaran tersebut.

Oxlade-Chamberlain telah menyatakan secara jelas mengenai pilihannya untuk ke Arsenal dan Arsene Wenger yang merupakan pengurus kelab tersebut juga telah mengaku secara umum akan harapannya untuk menyempurnakan tawaran mereka sebelum penutupan musim perpindahan Januari pada Isnin ini.

Bagaimana pun, pihak Southampton kesal dengan cara pengumuman Wenger berkenaan pemain tersebut sebelum sebarang perbincangan dilakukan. Arsenal telah menjemput Southamton ke meja rundingan, tetapi Cortese berpendapat mereka mesti meletakkan pen…

Arsenal rancang gol awal dalam separuh akhir Piala Liga menentang Ipswich.

Image
Penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny memberi amaran kepada pasukan Ipswich Town bahawa mereka boleh meletakkan bas, atau berapa banyak jentera berat yang mereka mahu di hadapan gol di stadium Emirates malam ini, tetapi Arsenal akan memecahkan halangan tersebut untuk menjejak peringkat akhir piala liga.

Ipswich akan mempertahankan keputusan 1-0 dari perlawanan pertama di Portman Road selepas Arsenal ditewaskan oleh jaringan Tamas Priskin's di separuh masa kedua. Damien Delaney, pemain pertahanan kelab dari liga Championship telah mengatakan bahawa mereka akan bertandang seperti meletakkan bas di hadapan gol mereka di Emirates nanti (untuk bertahan).
Kata Szczesny lagi: "Kami akan dilawati oleh sebuah pasukan dari liga Championship ke Emirates dan mereka tidak berharap sangat (untuk menjaringkan gol) tapi kami menginginkannya dan yakin mampu terus mara. Kami adalah Arsenal dan percaya kami mampu menewaskan sesiapa pun. Mereka ada kelebihan 1 jaringan yang mana mereka akan cuba …

Lagi Pemain Muda Ke Arsenal - Alex Oxlade-Chamberlain!

Image
Morning sumer Gooners Semalaysia, aku baru dapat berita yang pemain muda yang Wenger follow sebelum nie berkemungkinan besar akan join Arsenal selepas beliau datang ke pusat latihan Arsenal untuk jenguk2 kemudahan kat situ. Beliau yang aku maksudkan adalah anak bekas sayap England Mark Chamberlain iaitu Alex Oxlade-Chamberlain.
Aku dengar yang Arsenal bersedia tawarkan 7Juta Pounds untuk bawa pemain muda paling berbakat kat England ketika nie, dengan klaus akan meningkat ke 10Juta Pounds selepas beraksi bersama pasukan utama. Wenger telah lama memerhati perkembangan Alex yang bermain bersama Southampton ini yang berusia 17 tahun merupakan pemain muda kedua yang beraksi bersama pasukan utama Southampton selepas Walcott yang juga telah menyertai Arsenal pada 2005.
Alex Chamberlain juga mendapat perhatian kelab lain terutama dari Manchester City, Manchester United, Newcastle, Liverpool dan juga Chelsea. Tetapi pihak pengurusan merasakan yang Arsenal merupakan kelab paling menyerlah mencung…

Misi Balas Balik Tercapai..!!

Image
Salam kepada semua warga Arsenal Malaysia dan juga para pelawat yang singgah di blog ini. Saya yakin, masing-masing tersenyum riang apabila The Gunners membedil Wigan 3-0 di Emirates. Dengan line up yang hampir sama sejak akhir-akhir ini, Arsenal sekali lagi menampilkan corak permainan yang meyakinkan. Hatrik (hampir-hampir 4 gol) oleh RVP meletakkan Arsenal masih lagi di landasan memburu kejuaraan liga, dengan 1 game yang belum dilalui. Sedikit kekecewaan apabila Setan Merah menga muk sakan 5-0 kepada Birmingham (bajet seri je, hehe..) dan kelegaan bila MC tewas kepada Aston Villa, confirm trauma MC kat Bent. Ok, berbalik kepada perlawanan. Dalam predict premier league pun diorang ramal Arsenal menang 2-0. Jika dilihat pada persembahan semasa, seolah-olah gawang Arsenal yang dulunya bermasalah kini tiba-tiba berubah. Goal keeper muda mempamerkan peningkatan yang boleh la dikatakan mendadak. Mesti Lehman ketawa sinis kat almunia sebab situasi almunia same la dengan Lehman dulu.


Separuh m…