Posts

Showing posts from January 16, 2011

Superb Hatrik van Persi!

Image
Arsenal melangkah gagah dari Emirates dengan kemenangan selepas menewaskan Wigan hasil dari hatrik terbaik dari Robin van Persi. Vice kapten Arsenal nie mampu menjaringkan 4 gol, tetapi penalti yang di ambil beliau tersasar ke bulan.
Arsenal menurunkan barisan terbaik seperti berikut;
Arsenal Best Team XI
Szczesny Sagna---Djourou---Koscielny---Clichy Fabregas---Song---Wilshere Walcott---RvPersi---Nasri
Bagi aku ini memang barisan terbaik Arsenal bagi musim nie, ketiadaan Fabianski terus memberi peluang kepada Szczesny untuk membuktikan kewibawaan beliau di gawang Arsenal yang setiap musim begitu goyah. Tetapi musim ini Wenger bijak dengan memberi peluang kepada beliau. Fabianski juga telah banyak peningkatan dari musim lepas. Pertahanan walaupun tanpa kelibat Verminator yang rehat agak panjang, tidak menghadapi banyak masalah dengan Djourou sememangnya telah bersedia bagi musim ini. Kemunculan Wilshere musim ini memberi kelainan dibahagian tengah Arsenal, yang dalam perlawanan tadi menunjukk…

CitCat Gunners: JET dan Ramsey ke Cardiff City!

Image
Salam semua, korang mesti tak sabar nak tunggu game Arsenal v Wigan jap g kan..so sebelum tuh meh baca dulu berita pasal perpindahan dan pinjaman nie. Nie berita aku baru terima la, pemain muda kita iaitu Jay Emmanual Thomas telah kompom berpindah ke Cardiff City. Arsenal dan Cardiff berjaya mendapat kata sepakat bagi memberi JET peluang bermain lebih banyak di Liga Championship dalam perjanjian pinjaman sehingga hujung musim nie.
Wah, penyerang muda Arsenal nie yang boleh bermain dalam semua posisi kecuali penjaga gol nie akan dapat menimba pengalaman berguna kali nie. Ye la Cardiff bukan la pasukan calang2, diorg sekarang tengah fight untuk tiket automatik ke Liga Perdana. So hope JET akan sukses kat Cardiff bersama rakan baru.
Tetapi JET tidak kesorangan, Aaron Ramsey juga telah diberi peluang kembali ke kelab asal beliau di Cardiff City selepas Wenger merasakan yang Ramsey semakin hampir ke tahap terbaik beliau untuk kembali beraksi bersama Arsenal untuk baki musim ini. So Wenger te…

Barisan Kemungkinan: Arsenal vs Wigan

Image

Denilson Salah.Fabregas adalah kapten inspirasi Arsenal

Image
Sememangnya kenyataan Denilson yang mengatakan bahawa Fabregas adalah kapten yang tiada sifat kepimpinan yang tinggi ialah salah.Sila rujuk sini http://bit.ly/gY3Zof

Fabregas merupakan pemain inspirasi tak kira kepada pemain first team atau pemain simpanan.Sejak beliau mengambil lilitan kapten daripada bekas pemain Arsenal iaitu William Gallas,beliau telah membawa Arsenal ke tahap yang amat berbeza.Arsenal telah buat banyak peningkatan tetapi Arsenal cuma belum tiada nasib untuk mendapat piala.Pada usia 21 tahun,dia dilantik sebagai kapten paling muda.Masih ingat perlawanan Arsenal vs Aston Villa pada musim lepas?Perlawanan itu membuktikan betapa besarnya pengorbanan Fabregas kepada pasukan.Dia tercedera pada minit ke 57 tetapi tetap meneruskan perlawanan,menjaringkan dua gol cantik sekaligus membenam Aston Villa.

Fabregas ada kelemahan tetapi beliau cuba untuk mengatasi.Dia bukan sahaja memimpin Arsenal untuk memberikan kemenangan,tetapi dia juga memimpin Arsenal di atas padang dari se…

Replay FA Cup Round 3: Leeds v Arsenal at Ellan Road Stadium

Image
Fuh pagi nie Arsenal bakal berkunjung ke stadium keramat Leeds kat Ellan Road dengan harapan dapat menang menentang Leeds dalam perlawanan ulangan FA Cup pusingan ke-3 nanti. Arsenal sebenarnya mampu menang sekiranya percaturan Arsene Wenger menjadi kali nie. Minggu lepas kita seri dengan Leeds selepas pemain Arsenal gagal menyudahkan peluang terhidang yang mampu memberi kemenangan mudah kepada kita.
Laluan kita sedikit berliku ketika saingan Liga menuju kemuncak dengan perlawanan kembali genting, Arsenal terpaksa menghadapi perlawanan tambahan kali nie dengan berhati-hati. Mungkin Wenger akan menggunakan pemain simpanan bagi memberi ruang mereka beraksi seperti Bendtner, Rosicky, Arshavin dan Denilson. Apa pemain sekali pun yang bermain awal pagi nanti, aku harap diorang dapat memberi komitmen sepenuhnya. Jangan main mcm pondan ja, nie pemainan orang laki nie.
Aku rasa malam barisan pemain Arsenal macm nie;
ArsenalMalaysia's Predicted XI
Szczesny Eboue---Djourou---Koscielny---Gibbs Wa…

Denilson Buat Hal!

Image
Mamat Brazil nie dh mula tunjuk kekecewaan dia kat fan selepas jarang diturunkan sejak Wilshere dapat tempat kesebelasan utama. Menjelang perlawanan timbal balik menentang Leeds awal pagi nanti, Denilson membuat pendedahan mengejutkan dengan mengatakan yang Fabregas tidak ada nilai kepimpinan dalam diri dia..maksud dia, Fabregas nie tak cukup bagus la nak pimpim pasukan Arsenal.
Mungkin ada benar juga, sebab kapten pasukan seharusnya seorang pemain yang sangat penting diatas padang. Tapi mungkin faktor kecederaan dan gossip perpindahan dia ke Barcelona membuatkan rakan pasukan perasan yang Fabregas nie hanya lah kapten Arsenal semata-mata, tetapi tiada leadership. So per komen korang berkenaan penjelasan Denilson nie??patut ke dia je yang Wenger jual tak pun, kena hantar Fabregas masuk kursus biro tatanegara bagi power sket leadership dia. Pa pun aku yakin yang setiap pemain Arsenal bertanggungjawab keatas persembahan Arsenal. Adios!