02 October 2011

Kalah lagi - Arsenal 1 Tottenham 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Aku rasa semenjak dua menjak blog ni agak suram dan kurang update. Mungkin sesuram keputusan yang melanda Arsenal. Sememangnya aku pun terasa kecewa dengan keputusan yang semakin tidak memihak kepada Arsenal pada ketika ini.
Untuk perlawanan berjiran menentang Spurs aku hanya menyaksikan melalui live streaming di futegoal.com . Almaklumlah ASTRO kat rumah takde channel Sport (mahal sangat) jadi terpaksa guna line yang tersekat-sekat. Tapi layan lah juga.

Satu kejutan dalam kesebelasan utama apabila Francis Coquelin dimasukkan berbanding Frimpong. Manakala Alex Song meneruskan tugas di pertahanan tengah dengan ketiadaan pertahanan tengah yang asyik cedera je..
Pada separuh masa pertama penguasaan Arsenal memang baik. Tetapi masalah lama masih berlaku iaitu tiada penyudah. Malahan bukan dikatakan tiada penyudah, serangan berbahaya pun tak berapa bahaya kecuali tandukan Ramsey yang diselamatkan oleh Benoit Assou-Ekotto. Ketika seronok memegang bola tiba-tiba kelalaian barisan pertahanan berlaku. Bola dapat kepada Adebayor yang tidak dikawal. Beliau melakukan hantaran lintang yang disambung oleh Van Der Vaat dan ketika itu Sagna lambat bertindak manakala Martesacker terlalu ke depan. Walaupun dikatakan bola tersebut ditahan dengan tangan namun keputusannya, gol tetap gol.

Masuk separuh masa kedua, Arsenal menggandakan asakan dan berjaya menjaringkan gol menerusi Aaron Ramsey. Ingatkan gol tersebut mampu membakar semangat tapi sebaliknya terjadi. Tiba-tiba Spurs mendapat peluang ketika kelam kabut di dalam kotak penalti. Tanpa disangka-sangka pemain pertahanan, Walker menjaringkan gol dari 30 kaki. Memang gempak sekali tapi rasanya gol sebegini banyak berlaku oleh mana-mana pasukan menentang Arsenal dimana tiada pemain yang follow up di luar kotak penalti.

Dan walaupun mencuba, namun keputusan tidak mampu diubah. Sememangnya kecewa dengan keputusan ini. Ini sedikit ulasan dari aku :-

1. Pertahanan masih lemah. Bila berlaku set piece, memang ianya menjadi bahaya. Begitu juga bila berlakunya 'counter attack', masalah untuk kembali ke tempat asal berlaku. Cuma yang mungkin agak baik bila terdapat perangkap offside yang menjadi. Aku harap Koscielny kembali secepat mungkin. Sambil tu Wenger perlu mendapatkan pertahanan tengah terbaharu bulan Januari ni.
2. Kecederaan pemain yang silih berganti. Tak tau kenapa ianya sering berlaku sedangkan pemain-pemain Arsenal kebanyakan masih di peringkat muda. Macammana pemain seperti Jack Wilshere, Vermaelaen, Djourou, Rosicky dan lain-lain sering mendapat kecederaan yang teruk. Kecederaan ini memang menjejas prestasi mereka. Cuba lihat Djourou pada musim lepas (sebelum kalah Carling Cup), gandingan beliau dengan Koscielny ketika itu cukup ampuh. Berbeza dengan sekarang selepas kembali dari kecederaan. Ini juga memberi kesan terutama kepada barisan pertahanan.
3. Penjaring gol. Terlalu berharap kepada Van Persie menyebabkan kesukaran menjaringkan gol bila beliau tidak mampu berada di tahap terbaik. Tengoklah team lain.. Mereka tidak berharap kepada seorang pemain sahaja untuk menjaringkan gol.
4. Kekurangan pemain gantian berkaliber. Tengok di barisan pertahan. Kalau musim lepas, Clichy dibackup oleh Gibbs, Sagna di backup Eboue tapi musim ini backupnya agak kureng. Santos masih tercari rentak begitu juga Jeckinson.
5. Tengah tidak cukup kreatif. Walaupun Ramsey menjaringkan gol tapi secara keseluruhannya beliau tidak cukup mantap. Selalu terlepas bola dan jarang menghantar bola bahaya kepada Persie atau Gervinho. Walcott pula agak tidak menjadi. Mungkin Wenger patut memberikan beliau peluang sebagai 'top striker' memandangkan beliau tidak menjadi ketika di posisi sayap.
6. Formasi yang sama. Secara amnya, aku ingin lihat Santos bermain sebagai sayap kiri dan Chamberlain/Ryo di sayap kanan. Mungkin corak ini memberi kelainan kerana pemain-pemain ini mempunyai kelajuan dan kawalan yang lebih baik berbanding Walcot dan Gervinho.



Apapun kuasa di tangan Wenger. Aku sekadar memberi ulasan peribadi yang mungkin pada pandangan aku baik tapi tidak pada Wenger dan kawan-kawan. Jangan marah kalau ulasan ni tak disukai oleh anda semua...

Walaubagaimanapun aku tetap sokong Arsenal dan tidak berpaling tadah



p/s : Secara realistiknya, aku tak terkejut kalau tahun ini merupakan tahun terakhir bagi Arsene Wenger melatih Arsenal. Dan mungkin tahun ni Champion League terakhir. Target realisitik adalah Europa Cup je tahun depan...










Dari :-

ZOolligakampung

3 comments:

  1. pasni lagi teruk, sagna dah injured. harap pas cuti seminggu ni dorg dapat aura baru.

    ReplyDelete
  2. Abis la dah kalah 4 musim ni..,Awal2 dah kalah 4 kali baru berape game siot..,top 4 pon dah memang susah la arsenal..,,aku pon tak tahu ngan player2 muda dia..,Arsenal seolah-olah mcm budak sekolah nk pupuk2 dah lambat.,,Buang masa nk didik player muda nk jadikan semakin matang..,,Memang susah klu tak ade Feb dan Nasri mereka pon dah pergi..,diorg patut pergi disbbkan kepercayaan kat wenger dah tak ade lagi.

    ReplyDelete
  3. aku terasa bodoh pula menyokong arsenal sejak kebelakangan ini...aku heran dengan si wenger ni, marah pun ada...kenapa main beli je player ikut suka dia....lepas tu peram buat pekasam...kalau dulu RVP digilirkan dengan adebayor, kenapa pula tak digilirkan dengan striker korea yang baru dibeli...langsung tak diujinya bermain dalam EPL..apa? nak tunggu RVP patah kaki ke???? satu lagi, skuad yang diturunkan Pat Rice dalam Champion League hari tu nampak menjadi, kenapa tak kekalkan utk beraksi dalam RVP...Geram aku, wenger memang bodoh!!!sekarang ni aku dah dingin dgn strategi wenger ni...tp aku tetap berdiri teguh di belakang Arsenal, sebab Arsenal adalah jiwa aku...

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan