Two Tight Match..



Wah.. Tajuk omputeh, tapi isi Malay Version.. hehe..
Ok la.. Macam agak sunyi je kat sini. Jadi kerana ada ruang masa yang cinonet ni, aku cuba posting sedikit info tentang The Gunners. Seperti yang kita tahu, pagi khamis jam 2.45 pagi, Arsenal akan bertemu dengan Olympiakos dalam aksi ke-2 peringkat kumpulan. Setelah seri 1-1 Borussia Dortmund dua mniggu lalu, pastinya Arsenal digesa mencapai 3 mata penuh agar laluan sukar tidak ditempah. Olympiakos bukanlah lawan yang mudah kerana mereka juga memiliki kualiti yang tersendiri.


Menjelang Gameweek 7 untuk EPL, Arsenal akan bertandang ke WHL di mana musuh seteru Arsenal juga dilihat mempamerkan peningkatan sejak kemasukan Money Face, Adebayor. Perlawanan ini akan mungkin mengingatkan kita kembali terhadap insiden di mana Adebayor, ketika itu mewakili Man Shit, dilihat cuba mencederakan RVP, dan akibatnya Adebayor digantung 3 perlawanan.

~ rekod-rekod pertemuan sebelum ini sedikit menggusarkan ~

Jika dilihat, selain Modric, RVD dan Bale, Adebayor mampu menjadi ancaman kerana kebolehan mengawal bola, tandukan dan penyudah yang agak berbisa. Ini dapat dilihat sejak kemunculannya sebagai pemain pinjaman, Adebayor telah membantu Kelab Ayam tersebut menang perlawanan-perlawanan terakhir.

~..adebedebahyor..~

Namun, kita juga mempamerkan peningkatan. Setelah tewas beberapa perlawanan, akhirnya Arsenal menang bergaya ke atas Bolton 3-0, tetapi kemenangan itu sedikit diragui kerana Bolton bermain dengan 10 pemain setelah Wheather dibuang padang selepas mengasari Walcott yang pada ketika itu berpeluang menjaringkan gol. RVP pula telah menjaringkan gol ke 100 sepanjang pembabitannya bersama The Gunners dilihat bakal menjadi taruhan untuk kedua-dua perlawanan ini nanti.

~..tersentuh hati tnegok RVP celebrate golas malam tu..~

Para penyokong terus menanti kehadiran semula Jack Wilshere namun berita yang kurang menggembirakan menjelma apabila Wilshere menjalani pembedahan buku lali. Pembedahan tersebut berjaya namun dikatakan mengambil masa 4-5 bulan sebelum Wilshere benar-benar pulih untuk beraksi. Ini pastinya merupakan penantian yang penuh penyeksaan setelah barisan tengah bergelut menyerasikan diri setelah pemergian Fab dan Cashri.

~..yesss... dapat cuti sakit..~

Selain itu, Walcott juga bakal tidak beraksi untuk CL setelah mengalami kecederaan di penghujung pelawanan menentang Bolton. Namun begitu, Walcott dijangka sempat memulihkan diri sebelum menjelang perlawanan derby nanti.

-aiii... macam mane bleh injured last2 minit.. terlebih speedy r ni-

Antara berita lain yang tidak menyenangkan adalah mengenai Man Shit yang dilihat cuba mengucar-kacirkan lagi Arsenal dengan merwar-warkan mahu membeli RVP jika RVP tidak menyambung kontrak bersama The Gunners. Selain itu, RVP telah ditawarkan kontrak baru namun beliau masih belum membuat sebarang keputusan biarpun diakui kontrak baru tersebut amat menarik dan memuaskan hati.

-syiokk ade banyak pitis.....-

setakat ini dulu.. adios

Comments

  1. semua pemain Arsenal, Mancini nak kaut. Ini suda lebey...

    ReplyDelete
  2. nnti bli skali ngan wenger...
    terlampau kaye

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil