05 September 2011

Pendapat mengenai pembelian saat akhir Arsenal

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Agak lama tak menulis di blog ini. Almaklumlah agak sibuk dengan kerja harian dan blog sendiri. Mungkin agak lewat menulis tentang pembelian pemain 'The Gunners' tapi aku nak beri sedikit ulasan dan pendapat.

Aku banyak membaca di beberapa website dan blog berkenaan pembelian pemain untuk pasukan Arsenal dan memang bermacam pendapat yang diperkatakan. Ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju dengan pemain yang dibeli. Secara keseluruhannya, aku berpendapat pemain yang dibeli tidaklah memungkinkan untuk Arsenal menjadi pasukan hebat tapi pembelian ini memadai untuk mengembalikan keyakinan kepada pemain Arsenal. Walaupun mereka tidaklah bertaraf 'bintang' namun masing-masing ada kekuatan sendiri.

Itu adalah pendapat secara keseluruhan. Berikut merupakan ulasan aku tentang pemain yang dibeli :-
1.Mikel Arteta
Rasanya Arteta yang paling popular sekali. Ada pro dan kontra dalam pembelian ni. Dari segi 'fitness' rasanya Arteta tidak mampu menjadi sebaik 2 tahun sebelumnya dimana prestasi beliau amat baik sekali. Tapi dari segi pengaruh, mungkin beliau mampu membantu pemain-pemain seperti Ramsey, Wilshere, Frimpong untuk maju lagi...
Jika beliau mampu mengelakkan dari kecederaan musim lepas, Arsenal mempunyai senjata baru iaitu dari 'bola mati'. Arteta adalah pemain yang cukup baik dari segi 'bola mati' samada dari segi mengambil tendangan sudut atau sepakan percuma. Malahan secara peribadai aku rasa kemampuan bola matinya lebih baik dari Fabregas dan Nasri. Dan yang paling best, adalah rembatan dari luar kotak penalti beliau yang tepat..
2. Yossi benayoun
Antara pemain yang telah biasa dengan corak permainan di Liga Perdana. Cuma yang menyusahkan adalah dari segi kecederaan beliau yang berulang-ulang. Dari segi skill, beliau agak baik untuk mengucarkacirkan pasukan lawan (ala-ala Alexander Hleb). Kawalan bola pun agak baik..
Secara peribadi aku tak berapa gemar pembelian ni kerana masih tak yakin tentang kecergasan dia..
3. Park Chu Young
Tak banyak diketahui tentang bekas pemain Monaco ni. Cuma tengok kat Youtube je.. Kalau tengok kat situ nampak cam ada 'instinct' yang baik bagi seorang penyerang. Tapi Liga Perancis dan Liga Perdana Inggeris adalah satu liga yang berbeza tarafnya. Harap beliau boleh menjadi penyokong di belakang RVP. Almaklumlah RVP tu pun selalu gak cedera... Kena bersedia jadi penyerang utama. Nak harap Chamakh tak tentu lagi.. Cam yoyo je prestasi mamat tu...
4. Per Mertesacker
Ramai juga yang mempertikaikan pembelian ni. Ada yang kata dia tak mampu untuk bersaing dengan Liga Perdana Inggeris yang laju. Pendapat itu mungkin benar tapi aku rasa Wenger dah bersedia dengan strategi. Mertesacker yang tingginya 6'6' berguna untuk bola tinggi. Walaupun mungkin beliau tidak mungkin mampu bersaing dengan Luis Suarez dari segi kepantasan (ada ke pertahanan yang laju tahap tu) tapi dia mungkin lebih bijak mengambil posisi. Dari segi kepantasan, ianya adalah tugas pemain pertahanan kanan atau kiri. Malahan mungkin Vermaelean yang akan melakukan kerja-kerja potong sebelum diselesaikan oleh Mertesacker.
5.Andre Santos
Pemain ni pun aku tak tau prestasinya. Kalau tengok kat youtube, skill dan kelajuan beliau dari segi serangan memang hebat. Tapi tang defend takde plak... Ada yang mengatakan skill defend beliau tidak bagus. Harap-harap janganlah begitu sebab kita takde lagi Left Back. Kieran Gibbs tu selalu cedera manakala Armand Traore telah dijual.



Secara peribadi aku merasakan sepatutnya kita mampu membawa Eden Hazard, M'Villa, Cahill, Adam Johnson kalau mereka-mereka di dalam sana berani melabur. Tapi nak buat camne.. Yang ini je yang kita mampu. Tengok je la prestasi mereka musim ni..


Okay cukuplah tu. Ada lagi beberapa pemain seperti Chamberlain, Joel Campbell tapi aku tak pasti samada mereka ada dalam perancangan musim ni..

p/s : INi pendapat peribadi ZOol Ligakampung je.. Beliau bukan expert dan jangan marah kalau ada yang tak setuju ye..

Sekian

2 comments:

  1. Hi! I realize this is kind of off-topic but I needed to ask.
    Does operating a well-established blog like yours require a massive amount
    work? I am brand new to blogging however I do write in my journal every
    day. I'd like to start a blog so I can share my experience and thoughts online. Please let me know if you have any suggestions or tips for brand new aspiring bloggers. Appreciate it!
    Here is my web-site ; arsenal transfer news transfer rumours

    ReplyDelete
  2. After I originally commented I seem to have clicked on the -Notify me when new comments are added- checkbox and now
    whenever a comment is added I recieve 4 emails with the same comment.

    Perhaps there is a way you can remove me from that service?
    Kudos!
    Review my web site epl transfer news

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan