28 August 2011

Wow.. Banyaknye Gol.....

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga blog ni yang beragama Islam.. Pasti persiapan raya agak terencat dengan insiden yang boleh dikatakan amat amat amat memalukan kepada Kipas-Susah-Mati Arsenal. Tatkala hati sedang rancak bergembira membuat persiapan menyambut kedatangan Syawal, kita dikejutkan dengan keputusan yang memalukan. Man U 8- Arsenal. Ini akan menjadi sejarah sampai bila-bila dan akan termasuk, tersimpan rapi dalam statistik EPL Derby Match.

Starting line up memang merapu kerana terimalah kenyataan bahawa itu sahaja pemain yang masih ada dalam skuad. Gervinho, Song, Frimpong digantung perlawanan. Malam ini, selain mencatat sejarah kemenangan terbesar buat setan merah (8-2), pemain Arsenal juga dilihat mempamerkan disiplin yang di luar jangkaan. Jenkinson menjadi pemain ke-3 mendapat kad merah. 3 perlawanan 3 kad merah menunjukkan The Gunners bertransformasi kepada The Ganas.. wow, apa yang telah terjadi..??

Berbalik kepada match, ikut starting line up, memang terasa keberatan sesangat untuk dapat 3 mata pada malam ni. Bukan marah kepada Arsene Wenger, tapi tidakkah dia terfikir untuk kembali menggunakan 2 striker..?? Ketiadaan playmaker amat dirasai sejak Fab Kampung Boy dan Samir Cashri meninggalkan Emirates. Mungkin ada yang tertanya-tanya masih nak menggunakan Marwan Chamakh.. ingat, kita boleh cuba letakkan walcott dengan RVP sebagai striker berkembar. Ini membolehkan Alex Chamberlain beraksi di posisi sayap kanan. Ryo juga boleh diletakkan di posisi sayap kiri manakala tengah boleh diletakkan Acabin, Ramsey, Rosicky berikutan ketiadaan Wilshere.

Posisi pertahanan memang menyedihkan. Mael tiada, gelap masa depan. Sebab itu aku berpendapat Mael lebih sesuai menjadi kapten. Bukan beerti RVP tidak layak namun Mael yang berada di belakang memiliki pandangan yang lebih jelas dalam memberi arahan dan semangat kepada rakan-rakan. Malam ini tempat Mael digantikan oleh Djourou yang kadang-kadang ok, kadang-kadang k.o. Memang terbukti Arsenal memerlukan seorng lagi defender yang kental. Tidak perlu disebut siapa yang layak kerana sejak berakhir musim 2010/2011, boleh dikatakan telah habis tersenarai calon-calonnya.

P/S: Adakah Arsenal mula terkena badi Liverpool..???

*Tuan punya blog, mohon maaf kerana sudah lama tidak menghasilkan entri..

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan