Luahan hati dari Bro Azman Hassan

Keadaan di Arsenal sekarang ini makin menguatkan keyakinan saya bahawa bukan Arsene Wenger yang membuat keputusan muktamad untuk menjual pemain2 terbaik yang ada, tapi atas keputusan 'board of directors' Arsenal FC..

Saya tetap percaya setiap kali Wenger berkata dia tidak bertujuan menjual seseorang pemain, sememangnya beliau serius untuk mengekalkan mereka dan bukan kehendak beliau untuk menjual mereka... dan bila penjualan benar2 berlaku, itu adalah keputusan para pentadbir yang lebih berkuasa dan ianya di luar kuasa Wenger sebagai pengurus pasukan...

Sebagai peminat, walaupun keadaan ini seperti tidak dapat diterima akal, amat payah dan begitu pedih untuk diterima, namun saya masih optimis bahawa mereka sebenarnya ingin memulakan sejarah baru, sebuah kelahiran ARSENAL FC BARU.. satu2nya kelab yang ZERO HUTANG...

Ini pastinya akan mengambil masa beberapa tahun lagi untuk benar2 mencapai matlamatnya... Tapi sebagai salah seorang peminat dari berjuta2 peminat Arsenal FC seluruh dunia, saya sudah bersedia sejak beberapa tahun lalu dari segi mental dan fizikal untuk teruskan sokongan sambil menanti saat2 itu...

Saya tetap percaya, mereka ada cara tersendiri yang berbeza berbanding kelab-kelab ternama yang lain dalam usaha membawa kelab ini ke arah kejayaan yang lebih bermakna.. Memenangi piala bukan lagi cabaran utama bagi mereka... Ianya bukan setakat menjulang trofi semata-mata, tapi sebagai sebuah kelab yang memenangi piala TANPA berhutang.. dan semakin hari, Arsenal FC semakin menghampiri tujuan murni tersebut.

Saya yakin mereka sedang berusaha untuk menjana ekonomi sebenar seperti yang sepatutnya dipraktikkan, sehingga satu hari nanti ARSENAL FC akan menjadi model yang terbaik kepada semua kelab2 lain di seluruh dunia...
Hanya masa, kesungguhan dan takdir menentukan segalanya...
InsyaAllah...

~ Azman Hassan ~

Comments

  1. Salam...
    Nice post Pok Me...
    Boards pn tak nk pemain jadi free agent,free2 jer diorg blah... Kalau player tak nk sambung kontrak yg berbaki setahun maknanya, lepas/ jualkan jer sebelum kelab tak dapat satu sen pn seperti kes flamini dulu...

    Lama aku tak masuk AMG... Tengok lah kalau byk masa, aku singgah lah. Lepak AMG bkn boleh kejap2, rasa tak puas...

    Anyway, aku cool jer dgn situasi Arsenal skrg nie. Sebagai true fans, walaupun tak menang piala 20 tahun pn aku still akan follow Arsenal. Peace...

    semutipoh

    ReplyDelete
  2. spoken like a true gooner. salute n thumbs up!

    ReplyDelete
  3. saya tetap bersama arsenal...walau apapun perubahan yang berlaku..pemain boleh datang dan pergi..

    ReplyDelete
  4. mana mungkin arsenal boleh settle utang dalam tempoh terdekat(10-20 tahun akan dtg).
    sebab yg tanggung hutang ni kelab bukannye owner kelab..
    kalo tidak dah lama mancity atau chelsea dah settle utang2 tu semua sbb owner dorang bnyk duet..ini semua kerja pengarah2 atau dlm bahse enggerish nya disebut board of director.
    dorang boleh settle hutang dengan jualan tiket, merchandise, baju or ape2 je kt store shop kelab.
    MU yg selalu jd kelab terkaya pon masih ada hutang..ini kan pulak arsenal...
    mimpi la kalo nk mng cup dlm masa yg sama kelab xde hutang...

    nk buat statement tu biar la paham segala2nya...


    yg laser membuat komen :

    -dolahrongak-

    ReplyDelete
  5. kalaw arsenal x menang piala,, smua pemain utama akan belah dari situ,,mana mungkin akan stay,,
    bila tiada keinginan untuk memenangi piala,, mana mungkin pemain hebat2 nak masuk arsenal,,
    maka akan jatuh lah arsenal kalaw keadaan nie bterusan,,bila dah jatuh,,mana ada lagi peminat2 arsenal yg akan menyokong arsenal,,sapa lagi nak beli barang2 arsenal,, mungkin pminat man city akan beli,,tapi hanya sbg bhan bakar.. tolong lah wenger.. spend ar money tu..

    ~faidzuan fadz~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil