17 August 2011

Latest Transfer Stories #2

Assalamualaikum dan hye kepada fans Arsenal. Rasanya Ben dah lama tak update kat sini sebab sekarang kerap bukak puasa kat luar. Bile dah dapat sentuh laptop ni, pastinya akan terus meng-update psl perpindahan pemain lah kan.


Former Arsenal melaporkan bahawa Arsene wenger sangat berminat untuk mendapatkan pemain France : Marven Martin. Kalau melihat dari segi fizikal dan mental boleh tahan jugak mamat ni. Pemergian Fabregas tak bermaksud Arsenal akan terus down melainkan Wenger membeli pemain yang ade kualitinya.



Scott Dann akan turun mewakili kelabnya Birmingham City untuk bermain di Liga Eropah. Arsenal dikatakan sangat berminat untuk mengambil Scott Dann di atas cara beliau bermain. Harap2 Wenger boleh cepat sikit yeah!



Gary Cahill cume berharga 16juta pound. Tipulah kalau kata Arsenal takde duit. Pembelian tak berbaloi Alex-Oxlade Chamberlain berharga 15juta pound. Kalau Wenger boleh spend untuk Alex-Oxlade, Wenger mesti invest untuk Cahill jugak. Arsenal perlu menguatkan lagi bahagian pertahanan memandangkan pertahanan kadang2 selalu bocor. Cahill ni berguna untuk Arsenal kerana beliau boleh bertahan + menyerang.



Fabregas dah pergi, Andre Ayew cepatlah mariiiii. Pemain berkebangsaan Ghana ni bermain sangat pantas, boleh buktikan kat Fabregas yang tempat dia boleh dibarisi oleh mana2 pemain. Tapi Andre Ayew ni pemain berkulit hitam. Bukan Ben tak suka pemain kulit hitam tetapi selalunya pemain Afrika selalu kene panggil bermain untuk negara dorang.



Rasanya Fans Arsenal dah boleh says Gudbye kat Emmanuel Eboue sebab dah fly to Galatasaray. Gudluck Eboue!



Nampaknya Chris Samba di dalam radar Arsenal dan Tottenham. Kalau Wenger nak beli, baik cepat sebelum Tottenham sapu.



Ben memang suka betul bila tengok Per Mertesacker ni main. Arsenal memang lemah bila time set-peace dan Per ni lah jawapan bagi kelemahan tu. Melihat dari segi fizikal dan cara bermain memang kelas A lah. Beberapa laporan yang tak menyenangkan antaranya ialah AS Roma nak dapatkan Per sebab lamaran Arsenal terhadap Per tidak cukup kuat.



Samir Nasri berasa sangat perit selagi bersama Arsenal setelah fans Arsenal menyumpah-nyumpah dia. Nasri marah dengan saga perpindahan yang dilakukan Wenger. Sebenarnya Wenger sengaja nak lambatkan perpindahan Nasri supaya Man City tak jadi beli. Taktik yang dilakukan Wenger tu sebenarnya tak bagus jugak sebab kalau dapat buat Nasri stay sekalipun, musim depan beliau akan dilepaskan secara Bosman(percuma).

2 comments:

  1. bg naik harga dlu smpi musim transfer January nnt...

    ReplyDelete
  2. haha takut nasri tak comitted je nanti

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan