21 August 2011

Fabregas need fight his position at Barca

First game Fab with Barcelona after transfered to Barcelona.
BARCELONA - Cesc Fabregas mendedahkan dia meninggalkan Arsenal kerana tidak mahu membiarkan dirinya berkarat di kelab itu.
Bintang Sepanyol itu menyertai Barcelona dalam perjanjian bernilai 40 juta pound (RM197 juta) minggu lalu.
"Saya sedikit berkarat, saya perlukan perubahan. Perkara paling mudah ialah terus menetap di Arsenal, bermain setiap perlawanan.
"Kami juga sentiasa beraksi dalam Liga Juara-Juara, sentiasa mencabar kejuaraan.
"Namun saya perlukan satu motivasi untuk menyerlahkan kebolehan sebenar yang terpendam dalam diri saya," katanya.
Fabregas, 24, akan bersaing dengan Xavi, Andres Iniesta dan Thiago Alcantara bagi mengisi posisi barisan tengah di Nou Camp.
Tambahnya: "Mungkin ini waktu yang tidak sesuai untuk kembali ke Barca berikutan persaingan merebut tempat dalam kesebelasan utama begitu sengit.
"Namun saya perlukan cabaran baru dalam hidup."
Penampilan Fabregas dalam La Liga tertangguh ekoran mogok yang dilancarkan kesatuan pemain liga tersebut berhubung isu jaminan pembayaran gaji pemain.
Kesemua aksi pembukaan minggu ini ditangguhkan. - Agensi

From Utusan Online

p/s: Fabregas admit to fight his position at Barcelona.

1 comment:

  1. ayat-ayat sang pen'cemburu' kejayaan cesc yg telah mula merasai nikmat piala yg lama x dirasainya 6 tahun lepas...haha

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan