31 August 2011

Borong Sakan Pak Wenger..........

Tranfers Windows dh ditutup..

Pintu Perpindahan telah tertutup menyaksikan kelab-kelab bola sepak shopping habis-habisan. Tidak kurang juga Arsenal yang seperti terjaga dari mimpi. Hasil menjadi lauk di Old Trafford, Wenger dilihat cuba melakukan perubahan drastik. Malam memperlihatkan ketekunan Wenger dan para pembantunya dalam membawa masuk beberapa pemain berkualiti.

Dalam masa 6-7 jam, wenger dapat membawa masuk 4 pemain; 2 di posisi pertahanan dan 2 lagi di posisi tengah. Ramai yang mengharapkan Eden Hazard dibawa masuk namun ia agak sukar setelah penyerang yang menjadi sasaran Lille disambar oleh Arsenal. Park Chu Young kini Sah menjadi milik Arsenal dan bakal menggunakan jersi no 9.

penyerang baru The Gunners...

Andre Santos juga diumumkan oleh website rasmi Arsenal sebagai warga baru The Gunners. Ketika ramai yang gelisah memikirkan pengganti Clichy, Arsenal menjual Traore kepada QPR. Ini seolah-olah memberi isyarat ada pemain baru yang akan dimasukkan kerana Gibs masih lagi cedera. Ternyata usaha Wenger berhasil apabila pemain kelahiran Brazil berjaya dibawa masuk.

bek kiri dari Brazil.. saing Denilson nih.. kot nye r..

Tidak lama kemudian, seorang lagi pemain pertahanan yang telah lama dikaitkan dengan Arsenal berjaya dibawa masuk. Bukan Jagielka, bukan Cahil, bukan Samba, tetapi Per Mertesacker. Wah... macam tak percaya kerana sebelum ini media menyatakan Per tidak akan menyertai Arsenal. Mungkin Wenger sudah naik bosan dengan kerenah Bolton yang terlalu demand terhadap harga Cahil, maka Wenger mengalih usaha terhadap Per. Ini bermakna Mael akan bergandingan dengan Per, manakala Kos akan  menjadi backup.. Kesian Djourou dan Si Laci. Tu la.. Korang men lbeh kurang sangat. Selain itu, pertahanan Chelsea, Alex yang dikatakan akan berpindah ke Emirates juga tidak menjadi kenyataan.

tinggi macam galoh...

Tempoh perpindahan tinggal lagi 4 jam. Namun tiada lagi berita mengenai pemain tengah yang akan dibawa masuk. Ketika itu, rumors mengatakan Yossi Benayoun, Malouda, Hazard, Mikel Arteta antara pemain yang mungkin dibawa masuk oleh Arsene Wenger. Hazard ketika itu sudah boleh dilupakan kerana Lille tidak mahu melepaskan pemain bintangnya. Malouda juga dikatakan mahu kekal bersama Chelsea. Maka tumpuan terarah kepada Yossi Benayoun dan Mikel Arteta.sejak bebrapa musim yang lepas, Mikel Arteta sememangnya telah berada dalam perhatian Wenger kerana pemain Sepanyol ini mampu menjadi playmaker dan memiliki teknik mengambil sepakan percuma yang menarik.

akhirnya.. join Arsenal jgak.. abang fabregas.. hehehe

Arsenal menawarkan 10M kepada Everton dalam usaha mendapatkan Arteta.. Setelah mata tidak lagi dapat bertahan, aku hanya mampu berdoa, tidak kira siapa yang dibawa masuk, asalkan dapat menggerakkan bahgian tengah dan menjadi playmaker baru kepada Arsenal. Pagi tadi, di ESPN news, Arsenal telah berjaya mendapatkan Mikel Arteta dengan kontrak 4 tahun dan Yossi Benayoun untuk pinjaman satu musim. Ini sudah cukup melegakan hati kerana jika dilihat, pemain-pemain yang dibawa masuk boleh memberi nafas baru kepada Arsenal.

sekali yahudi daaa......

Selain itu, beberapa pemain Arsenal turut keluar sebagai pemain pinjaman antaranya Nicklas Bendtner ke Sunderland, Henry Lansbury ke West Ham. Joel Campbell dan Gilles Sunu ke FC Lorient.

Wenger: "In Arsene, U must trust...".. tajam skill lagi deh..
Bendi: "ye la boss.. saye percaye kt boss..."

Diharap, persembahan Arsenal akan berubah ketika menentang Swansea nanti selepas International Break. Pada gameweek 5, berkemungkinan dapat dilihat kemantapan Arsenal dengan kembalinya Gervinho dan Song daripada penggantungan perlawanan. Thanks to Wenger, kerana melakukan beberapa perubahan yang agak drastik.

3 comments:

  1. arteta terbaik mampu menyaingi fabregas

    ReplyDelete
  2. harap2 mcm tu la.. moga2 bleh tngok mase lwan swansea.. masih teruja dengan kemasukan beberapa player baru..

    ReplyDelete
  3. hu...hu...hu...haru biru, terharu tengok kegigihan pak wenger kita...apapun aku percaya arsenal pasti pasti lebih mantap...korang tengok ler kelayakan piala dunia awal pagi tadi. Palayer baru kita scores hatrick untuk pasukan korea...cayalah pada Park ju...In Arsene we trust...

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan