Arsene Wenger tetap optimis

Memandangkan musim perpindahan bakal berakhir dan hanya mengambil masa beberapa hari sahaja lagi, Ben nak ingatkan fans Arsenal bahawa Arsene Wenger tetap akan membawa masuk pemain baru memandangkan hasil penjualan Fabregas dan Nasri membawa kepada keuntungan.



Arsenal dikatakan sangat berminat dan terdesak untuk mendapatkan pemain tengah Perancis, Yann M'Villa. Arsene Wenger sanggup menaikkan tawarannya dari 15 juta hingga ke 20 juta.

Arsene Wenger juga akan berusaha sedaya upaya untuk menguatkan pasukannya dan mudah-mudahan berjaya hingga sampai ke puncak. Sokongan fans amatlah diperlukan.


Terdapat beberapa berita buruk yang Ben terima dari pemain Birmingham City, Scott Dann. Beliau pemain yang berprofesional serta versatile. Disebabkan bakatnyalah KING KENNY atau Kenny Dalglish sangat berminat untuk menandatanganinya.
Pemergian Sotirios Kyrgiakos ke Wolfsburg menyebabkan Kenny terdesak untuk mendapatkan khidmat beliau. Harga yang ditawarkan Liverpool sama dengan tawaran Arsenal iaitu 8 juta.



Arsenal sangat berminat untuk mengambil pemain Borussia Dortmund, Mario Götze yang berasal dari negara Germany. Tempat Samir Nasri sangat cantik kalau digantikan dengan Eden Hazard atau mamat ni.
Pemain yang bermain di posisi attacking midfielder memang susah nak cari. Masalah Arsenal untuk mendapatkan Mario adalah duit. Harga Mario terlalu mahal sekaligus Manchester United turut teragak-agak untuk mendapatkan beliau.



Nampak tak sape belakang Eden Hazard tu?
Itulah Gervinho! Kini bermain untuk Arsenal.

Eden Hazard hanya akan menyertai Arsenal jika Arsenal menang ke atas Udinese pada 2.30 pagi ini serta bidaan yang diberi atas 26 juta. Masalah lain yang Arsenal hadapi untuk mendapatkan Eden Hazard ialah boss beliau Frederic Paquet. Beliau tidak ingin melepaskan Hazard sebab cuak nanti takde sape nak main untuk Lille kat Champion League nanti.



Per Mertesacker tidak akan menyertai Arsenal musim ni, jadi fans Arsenal tidak perlu menunggu-nunggu beliau lagi. Bye2 Per Mertesacker.



Ben akui bahawa Arsenal bukan sahaja lemah di bahagian pertahanan malah di barisan serangan juga. Pembelian Joel Campbell, Gervinho, Alex-Oxlade Chamberlain serta pengekalan Van Persie di Arsenal tidak cukup. Ura-ura mengatakan Arsenal ingin mendapatkan striker Lazio berwarganegara Argentina, Mauro Zarate. Tidak salah Arsenal ingin mengambil beliau memandangkan beliau sendiri ingin keluar dari Lazio.



Berita perpindahan terakhir, Gudluck Samir Nasri di kelab baru anda, Manchester City.
Semoga dapat bermain dengan baik dan membolot wang yang banyak dari Boss ManCity!!

Comments

  1. Pergh, Arsenal sangat steady kalo dapat sign Hazard...come on Mr.Wenger..just splash the cash!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil