Antara Wenger dan Arsenal

Aku, Ben Carlinson/Heikal mungkin masih baru dalam dunia bola sepak. Namun perhatian yang aku berikan dalam arena bola sepak telah dilakukan sejak kecil lagi. Jadi harini aku ingin berkongsi segala permasalahan yang dihadapi Arsenal dan pemainnya.

Samir Nasri

Beliau pemain yang bagus dan kini mencapai tahap terbaiknya. Rasanya satu kerugian bila Nasri keluar dari Arsenal kerana prestasinya mungkin turun naik di ManCity. Nasri kini berumur 24 tahun mungkin akan menghabiskan sisa hidup yang penuh dengan wang di City.

Alasan Nasri keluar dari Arsenal adalah kerana gaji yang tidak tinggi dan tiada piala sepanjang 3 tahun bersama The Gunners. Nasri seharusnya mencontohi pemain seperti Thierry Henry. Beliau adalah star dan bermain mati-matian kemudian mendapat piala. Setelah mendapat piala baru gajinya dinaikkan. Itupun beliau tidak pernah berhajat agar gajinya dinaikkan. Arsene Wenger sendiri yang menambah gaji Henry. Nasri demand gaji yang tinggi tapi piala masih belum dikutip? Mari kita lihat sejauh mana Samir Nasri menggapai bintang di City. Harapnya tidak sesat jalan seperti Adebayor, Hleb dan Flamini.

p/s : Bermain sampai dapat piala baru mintak gaji tinggi.

* Jangan jadi sampah macam Adebayor.


Robin Van Persie

Pemain yang matang dari segi fizikal dan mental. Di antara pemain yang tertua di dalam skuad Arsenal. Van Persie juga pemain yang masih setia bersama Arsenal kerana terhutang budi dengan Arsene Wenger yang menyelamatkannya dari kelab lama, Feyenoord. Van Persie adalah striker yang bagus dengan kaki kirinya. Suatu masa dulu adalah penggegar jaring di EPL dan sangat digeruni pihak lawan. Faktor umur membataskan pergerakkannya.

Van Persie tidak pernah meminta gaji lebih dan tidak pernah merungut ingin meninggalkan Arsenal walaupun tiada piala sepanjang tahun. Terdapat beberapa kelab ternama ingin membeli Van Persie seperti Inter Milan, Juventus, Real Madrid tetapi ditolak mentah oleh Van Persie. Beliau sedar akan tanggungjawabnya di Arsenal. Van Persie sangat bersyukur bermain di bawah Arsene Wenger kerana Arsene Wenger lah namanya naik. Begitu juga dengan pemain lain seperti Fabregas, Nasri, Hleb, Vermaelen dan lain2.

p/s : Sikap setia Van Persie harus dicontohi setiap pemain Arsenal
untuk membawa pulang piala.

* Kalau setiap tahun star keluar bila kelab nak maju, semua kene staylah. Berkorban untuk setahun dua.


Francesc Fabregas

Kini Fabregas telah mendapat 2 Piala bersama Barca. Apa yang lebih membanggakan, Fabregas sendiri menjaringkan gol kemenangan untuk Barca di Final Piala Super Eropah menentang FC Porto. Fabregas membayangkan di fikirannya bahawa 8 tahun bersama Arsenal tidak berbaloi berbanding 3minggunya di Barcelona. Kalau itu yang Fabregas nyatakan di akhbar media, maka beliau memang tersilap.

Siapa yang mengutipnya dari Barcelona pada tahun 2003? Siapa yang mendidiknya sehingga mampu melorongkan bola supaya gol boleh terus dijaringkan? Sedarkah Fabregas bahawa 8 tahun yang lalu beliau hanya menjadi orang buangan Barca? Tetapi yang bagus tentang Fabregas ialah beliau sentiasa memberikan sokongan pada Arsenal walaupun bermain untuk Barcelona. Beliau tetap komited bermain bersama Arsenal walaupun tiada piala. Jika kapten Arsenal ini bersungguh-sungguh di Arsenal, di Barcelona tempat beliau menjadi semakin bersinar.

p/s : Fabregas tetap akan menyinar

* Harap2 lepas ni kat Champion League Barcelona bertemu Arsenal pastu Barca kalah, teringin nak tengok muka Fabregas time tu.


Arsene Wenger

Pak cik tua bengkeng yang bertanggungjawab membangunkan pemain2 muda. Memang bagus prinsip Wenger iaitu menghidupkan pemain muda tetapi prinsip itu boleh diguna pakai pada 10 tahun yang lalu. Di BPL zaman kini, pembelian pemain itu perkara yang harus dilakukan setiap pengurus demi memberikan konsistensi di dalam permainan.

Seperti Barcelona, mereka membawa masuk Fabregas, Alexis Sanchez. Berapa umur mereka? sememangnya mereka muda! tetapi muda yang ada kualitinya. Wenger sanggup menghabiskan 15 juta pound hanya untuk Alex-Oxlade Chamberlain walhal wang tersebut boleh digunakan untuk Gary Cahill, Juan Mata, Mikel Arteta. Sedarlah wahai Wenger, bayarlah kesetiaan pemainmu. Jangan sampai Van Persie merungut nak keluar sudahlah.

p/s : Ura-ura mengatakan Arsenal akan tersingkir divisyen musim ni.

* Wenger manfaatkan musim perpindahan.


Pemain-pemain Arsenal

Jika pemain bintang seperti Samir Nasri, Francesc Fabregas meninggalkan Arsenal, apa yang akan berlaku pada pemain lain? Semestinya prestasi pemain lain akan terganggu. Arsenal memerlukan beberapa key-player seperti Eden Hazard, Yann M'Villa, Mikel Arteta untuk mengemudi serangan sebagai pengganti Nasri dan Fabregas. Mengerahkan tenaga Gervinho dan Walcott sahaja tak boleh juga.

Agaknya apa yang berlaku kepada pemain seperti Arshavin, Bendtner, Varmaelen? Pemain-pemain seperti mereka ini harus bekerja keras untuk menghidupkan posisi masing-masing. Tidak adillah jika Nasri menikmati wang besar sedangkan sahabatnya di Arsenal bermain sepenuh masa dengan gaji yang sedikit. Jadi, apa lagi yang Arsene Wenger tunggu? Dapatkan segera key-player dan naikkan gaji pemain.

p/s : Arsenal tetap boleh berjaya tanpa Nasri dan Fabregas

* Gudluck pemain Arsenal yang lain !

Comments

  1. hahahah team bdk2 tadika
    van persie tak blah sbb tak de kelab nak kat die
    kalau ade mesti die pun blah gak
    fabregas buat keputusan tepat la pg main dgn barca
    tak sampai sebulan da dpt cup
    arsenal mungkin tak turun disyensen thn depan tp jgn harap ler nak top 4 lagi
    ntah2 europa league pun tak dapat masuk

    ReplyDelete
  2. haha inter milan nak van persie der.

    sebab tu fabregas akan tetap menyinar sebab barcelona memang tempat die.

    ReplyDelete
  3. aku rase anon yg 1st tu fans totenham kot
    wakakakaka
    kamon lar bro

    ReplyDelete
  4. Anon 1st tu xpayah nak banyak bunyi la...kamon la...Arsenal till we die..sape nak blahh silakan...aku sokong Arsenal bukan stakat nak berbangga dgn piala la weyh!Arsenal kelab berprinsip!!!

    ReplyDelete
  5. fabregas menyinar kat barca sebab semua pemain terbaik ada kat situ..kenalah tempiasnya...bagus bermain di barcelona 10 bagus lagi bermain di arsenal kerana di barca kira menumpang star2 lain tapi di arsenal kena menunjukkan komitmen yg tinggi..dr dulu hingga sekarang arsenal mmg menghiburkan corak permainannya....

    ReplyDelete
  6. HAHA.noob mana yg komen no 1 tuh?van persie merata kelab mau la.dia yg setia.tak macam fabregas ngan nasri.zzz

    ReplyDelete
  7. haha tu la psl, noob la syial. sah2 tak power bola pastu kecoh.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil