05 July 2011

Transfer Update #3:Man City nyatakan mereka dapat Nasri dan Barcelona runding semula tentang Fabregas



Manchester City percaya yang mereka sudah menyelesaikan perjanjian bersama Samir Nasir sebanyak 19 juta pound dan kini sedang menunggu keputusan Arsenal.

Perjanjian ini telah menunjukkan bahawa Man City menang dalam perebutan mendapatkan khidmat Samir Nasri selain mendapat persaingan dari Man Utd dan Chelsea.

Selepas 24 jam dengan berita pemergian Clichy,berita ini tentu akan menggugat persiapan kem Arsenal dalam menghadapi pre season yang akan datang


Sandro Rosell pula bakal ke London pada hari ini setelah pulang dari Copa America.Presiden Barca itu yang mempunyai hubungan baik dengan Ketua Eksekutif Arsenal,Ivan Gazidis bakal berbincang bersama mengenai yuran perpindahan Fabregas dan pemain muda Barca yang baru berpindah ke Arsenal iaitu Hector Bellerin dan Jan Toral.

Fabregas menyertai latihan bersama pasukan kelmarin dan dijangka akan bersama pasukan sehingga perjanjian muktamad.

1 comment:

  1. giler aa..
    x sangka memang betul Nasri nk kluar..

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan