Selamat tinggal Gael Clichy

Ini adalah artikel ketiga aku kat blog ni (malas siot nak menaip walaupun idea mencurah-curah kat kepala ni). Dan untuk artikel ni, aku nak cerita sikit pasal pemain arsenal yang dah pun meninggalkan kita yakni Gael Clichy. Clichy dah sah berpindah ke Manchester Shitty dengan nilai yang tak diketahui, tapi dianggarkan 7 juta pound. Secara peribadi, aku sayang gael clichy yang dah 8 tahun bersama Arsenal, tapi mungkin dah tiba masa untuk dia pergi, dan aku nak buat analisis sikit pasal kesan perpindahan Clichy terhadap Arsenal.

Mula-mula kita tengok dulu apa kualiti Clichy:

1.       KEAZAMAN yang tinggi. Tak banyak merungut, sentiasa bagi 100% peratus dalam perlawanan (tengok masa arsenal kalah ngan barca 4-1 kat nou camp taun lepas, dia sorang je yang taknak menyerah kalah, pressing abis seluruh padang)
2.       LAJU. Antara pemain paling laju kat PL.
3.       STAMINA. Boleh berlari dari hujung ke hujung padang dalam 90 minit. Rajin dan selalu offer wide option untuk kita teruskan penguasaan bola.
4.       BIJAK. Kalau korang selalu tengok dia main, memang best tengok clichy bergerak 10 ela dari defensive line dan pintas hantaran lawan, pastu menyediakan platform untuk kita counter-attack.

Yang hampeh pasal clichy nih:


1.       DEFEND memang dia lemah. Kalau defend 1v1 selalu dia kalah. Selalu kena makan dengan drogba dan nani.
2.       AERIAL ABILITY. Selalu tewas kalau main bola tinggi.
3.       POSITIONiNG. Banyak perangkap ofsaid kita tak jadi sebab positioning clichy yang hampeh.
4.       MENYERANG. Dia memang banyak membantu dalam menyerang, tapi takde final ball. Crossing hampeh, seingat aku, assist dia tak sampai 10 pun sepanjang main ngan arsenal.
5.       KONSENTRASI. Kalau tengok musim ni, Clichy memang banyak buat kesilapan yang banyak bagi kesan kat kita. Silap dalam kotak penalty, dan tempat2 bahaya. Banyak bagi penalty dan free-kick kat lawan. Kalau dalam set-piece lak, near-post marking dia agak lemah.



Jadi, disebabkan clichy dah blah, kenalah pak wenger carikan pengganti. Ni pulak aku senaraikan calon2 yang boleh ganti clichy dan sering dikaitkan dengan Arsenal.

1.       LEIGHTON BAINES. Antara bek kiri terbaik PL. crossing cantik, boleh ambik corner, free-kick. Tapi kalau defend taklah bagus sangat. Yang pasti harga dia memang mahal. Kurang-kurang 20 juta pound.
2.       JOSE ENRIQUE. Aku jarang tengok dia ni main, tapi yang aku Nampak masa lawan arsenal, dia ni agak solid kalau defend, agak laju, dan crossing dia boleh tahan. Harga paling kurang 10j pound.
3.       KIERAN GIBBS. Pemain muda arsenal yang comel. Laju, boleh menyerang, tapi aku rasa dia tak sedia lagi untuk main tiap-tiap minggu di bawah tekanan. Tambahan rekod kecedaraan dia agak buruk.
4.       THOMAS VERMAELEN. Defensive memang tak syak lagi mamat ni bagus, dia selalu main bek kiri untuk Belgium, dan teknikal dia pun agak bagus. Tapi kalau dia main bek kiri, kita mesti cari bek tengah baru. Dan aku rasa yang paling sesuai adalah rakan senegara vermaelen, JAN VERTONGHEN. Mamat ni memang versatail. Dia dah main macam2 posisi kat ajax, bek tengah, kiri, ngan defensive midfield. Teknikal bagus, dan tinngi 1.89m. harga tak tau la.





Jadi apa-apa pun, kita tunggu jelah apa yang pak wenger nak buat, ada lapan minggu lagi untuk kuatkan skuad kita. Ucapkan selamat tinggal untuk GAEL CLICHY…… (sedih aku tak dapat tengok dia kat bukit jalil 13hb nih.)

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil