17 June 2011

Transfer Corner: Gervinho Hampir Ke Arsenal!

Perkembangan terbaru mengenai desas-desus perpindahan pemain baru ke Arsenal bakal terjawab dalam masa terdekat ini. Selepas berjaya membawa masuk pemain muda dari Charlton, Carl Jenkinson..Arsenal bakal memuktamadkan perpindahan pemain dari Lille iaitu Gervinho. Maklumat yang diterima mengatakan yang Arsenal bakal mengeluarkan 10.5M bagi penyerang yang berasal dari Ivory Coast ini. Tapi selagi belum disahkan dalam Arsenal.com aku tak nak sahkan perpindahan terbaru ini lagi.

Sedikit tentang Gervinho, penyerang yang berusia 25 tahun ini merupakan penyerang prolifik skuad Lille musim lepas. Beliau telah menjaringkan 15 gol dan 10 assist kepada kejayaan Lille merangkul kejuaraan berganda musim lepas dalam Liga Perancis. So harap ini merupakan perpindahan berbaloi Arsenal musim ini bagi mempertajamkan lagi serangan Arsenal yang digalas oleh Robin van Persi sebelum ini.

Selain Gervinho, Sebastian Larsson pula bakal kembali ke pangkuan Arsenal selepas berkelana selama 6 tahun. Tetapi nie hanya jangkaan awal pemerhati dan masih tiada tawaran kukuh dari Arsenal selepas Larsson tamat kontrak bersama Birmingham yang telah jatuh division penghujung musim lepas. Larsson merupakan bekas pemain Arsenal yang telah bersama kelab sejak 2001-2006 tetapi selepas gagal mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama, beliau telah dipinjamkan ke Birmingham pada 2006, sebelum perpindahan tetap pada 2007.

Tapi aku tak mengharap Larsson akan kembali ke Arsenal memandangkan bakat-bakat muda lain bakal diketengahkan oleh Wenger musim hadapan. Dengan Lansbury, Jay-Emmanual Thomas bakal di beri peluang selepas Wilshere menjadi inspirasi musim ini.

Ini pula perkembangan terbaru yang aku dapat, Shakhtar Donetsk telah mengesahkan yang mereka telah menolak tawaran Arsenal untuk pemain mereka iaitu Douglas Costa selepas Arsenal membuat tawaran pertukaran pemain dengan Denilson + $$..Tapi Shakhtar menolak kerana mereka tidak berminat dengan Denilson dan hanya mahukan wang bagi perpindahan pemain. Douglas Costa merupakan pemain muda yang berusia 20 tahun tetapi merupakan asset bernilai bagi Shakhtar musim ini. Tetapi perkembangan paling terbaru, Arsenal telah membuat bidaan semula bagi pemain ini. So harap2 ada perkembangan terbaru yang mengembirakan la selepas ini.

So harap2 Wenger kota janji beliau bersama Arsenal yang mahu membawa masuk ramai pemain baru ke Arsenal musim ini. Aku masih berharap Arsenal dapat membawa masuk pemain pertahanan yang kental seperti Chris Samba atau Gary Cahill dan mengekalkan Nasri dan Fabregas bersama Arsenal...Adios!!!!

3 comments:

  1. harap skuad arsenal lagi mantap musim depan, nak tengok bahagian pertahanan dan juga keeper yang lagi bagus

    ReplyDelete
  2. If some one wants to be updated with most recent technologies
    therefore he must be pay a quick visit this site and be up to
    date all the time.
    Here is my site ; transfer news central twitter

    ReplyDelete
  3. I am not sure where you're getting your information, but great topic. I needs to spend some time learning much more or understanding more. Thanks for wonderful information I was looking for this info for my mission.
    My blog post - arsenal football transfer news

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan