05 June 2011

Nasri Buka Peluang Sertai Man Utd!!!?

Seperti yang aku jangka, Samir Nasri masih lagi samar2 mahu menandatangani kontrak baru selepas masih tidak bersetuju dengan nilai kontrak yang ditawarkan. Ini membuka peluang kepada musuh ketat kita iaitu Manchester United untuk merampas Nasri dari Arsenal. Wohhh Nasri, kenapa ini bakal terjadi...?? Mungkin pasal Arsenal dah lama tak menang piala sejak pemain berusia 23 tahun nie berhijrah ke Arsenal 3 musim lepas.

Kenyataan terbaru Nasri kepada media France, Nasri menyatakan kesamaran untuk menandatangani kontrak baru tetapi tidak menolak kemungkinan menyertai Manchester United sekiranya ada tawaran yang kukuh dari Red Devil. Ini susulan kenyataan Evra yang beberapa hari lepas menghasut Nasri agar menyertai Red Devil sekiranya mahu menjadi juara. Perghhh kalau Nasri blah, lagi bala Arsenal musim depan nie. Hope Wenger cepat2 ikat kontrak baru dengan Nasri, kasi je la gaji yang di demand tu..!!!

1 comment:

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan