CitCat Gunners: Gossip Pemain Yang Bakal Berhijrah Dari Arsenal!!

Salam Gooners semua, sori sebab aku dah menghilang lama..bukan sebab prestasi Gunners sejak kalah Carling Cup ritu...but aku banyak komitment, Keja+Belajar+Kawen= mmg Busyyyy...hehe...Okey aku lepas nie akan cuba memberi info2 terbaik kat korang yang setia bersama ArsenalMalaysia walaupun hampir sebulan tidak diupdate..mungkin ada yang kecewa dengan prestasi Gunners,tapi kita sebagai penyokong yang setia..patut memberi sokongan sepenuhnya...betul??? So entry kali nie aku nak highlight beberapa pemain yang bakal meninggalkan Arsenal musim ini.

Bermula dengan kapten pasukan kita, Cesc Fabregas..Baru ini Barcalona yang kembali mengganas di pentas Eropah selepas menang 3-1 keatas Manchester United (sian penyokong depa) telah membuat tawaran baru untuk membawa Cesc pulang ke Nou Camp. Tapi Wenger menegaskan yang akan menahan Cesc dari meninggalkan Arsenal. Aku setuju Wenger tak kasi dia pegi, tapi kalau prestasi yang ditunjukan sepanjang musim lepas, aku rasa baik la Wenger lepas ja dia dengan harga 50 Juta...pastu beli pemain lain yang mampu memberi kekuatan kepada Arsenal. Wilshere pun dah semakin mantap dibahagian tengah..So aku rasa Arsenal dah bersedia untuk memberi laluan kepada Cesc untuk pergi ke Nou Camp.

Samir Nasri pula ketika ini masih belum menandatangani kontrak baru bersama Arsenal. Kontrak beliau bakal berakhir penghujung musim depan. So kalau tak ikat kontrak baru, Arsenal bakal kehilangan Nasri dengan begitu saja tanpa hasil apa2 pun. Kontrak terbaru yang aku dapat info, Nasri tak setuju dengan nilai gaji kontrak..beliau mau gaji sama dengan gaji Cesc Fabregas..Uish demand juga mamat nie. Tapi kalau Nasri gagal ikat kontrak baru, kebarangakalian beliau akan dijual sangat tinggi sebab harga beliau ketika ini mungkin bernilai 30 Juta..Tapi aku harap Nasri akan bersetuju dengan kontrak baru ini.

Sebastian Squillaci mungkin akan dilepaskan penghujung musim ini, prestasi turun naik yang di pamerkan tidak menepati cita rasa pemain Arsenal yang bagus. So tempat beliau mungkin akan digandikan dengan pemain baru ataupun pemain muda yang bakal bersama Arsenal musm depan. Jangkaan awal aku sejak beliau sampai ke Arsenal awal musim lepas ialah beliau mampu memberi ancaman sama seperti Vermaelen buat dengan gerakkan set-piece yang menarik, tetapi beliau gagal. So elok sangat la Wenger lepaskan saja pemain ini.

Ini pula mengenai hero Arsenal ketika aksi pertama menentang Barcelona..Andrey Arshavin dikatakan bakal dilamar kembali oleh bekas kelab lama beliau iaitu Zenit...tapi Wenger menyatakan yang khidmat beliau masih diperlukan. Dengan Henri Lansbury dan Ryo Miyaichi yang bakal kembali ke kem Arsenal musim hadapan, tepat Arshavin mungkin akan tergugat. Lansbury bakal memberi cabaran kepada pemain Arsenal yang lain selepas menunjukkan aksi terbaik bersama Norwich City sehingga berjaya naik ke EPL musim hadapan. Prestasi Miyaichi pula begitu baik, so Arsenal mempunyai pemain yang kukuh di sebelah kiri bagi mengantikan Arshavin. Tetapi pengalaman Arshavin masih diperlukan sekiranya Arsenal mahu menamatkan kemarau piala musim hadapan.

Pemain yang semakin dipinggirkan selepas prestasi tidak menentu ketika beraksi, Manu Almunia..pemain ini bakal dilepaskan selepas tempat beliau bersama kesebelasan utama Arsenal telah hilang dengan Fabianski dan Szczney telah diberi kepercayaan untuk mengawal benteng terakhir Arsenal ini. Aku pun sangat setuju dengan Wenger untuk melepaskan kuda tua ini. Prestasi dia memang Zero musim nie..Selepas Lehman meninggalkan Arsenal, tidak ada lagi penjaga gol yang mantap.

Denilson pula dikatakan menerima lamaran dari Spain dan Italy selepas kecewa dengan musim ini bersama Arsenal. Nilai beliau sekitar 8 Juta Pound dijangka akan meninggalkan Arsenal selepas tempat dalam kesebelasan utama beliau jatuh kepada Wilshere. Prestasi Denilson menurun musim lepas membuatkan Wenger jarang mengunakan khidmat beliau. Denilson juga berharap akan mengecapi lebih kejayaan selepas hampir 6 musim gagal meraih sebarang piala bersama Arsenal. Memang keputusan Denilson ini tepat pada dirinya, cuma bagi Arsenal pula Denilson tidak mencapai tahap terbaik ketika beraksi membuatkan beliau tidak menjadi pilihan Wenger musim ini.

Nicklas Bendtner pula dikatakan bakal berhijrah ke Bayern Munich, selepas musim lepas Bayern membuat tawaran tetapi ditolak Arsenal dari memberi peluang kepada Bendtner. Musim ini, kelibat Bendtner terhad skali selepas kehadiran Chamark dan kembalinya Robin van Persi ketahap prestasi terbaik menutup peluang Bendtner beraksi dengan lebih kerap. Formasi yang Wenger guna juga tidak memberi kelebihan kepada beliau, hanya Center Forward digunakan Wenger musim ini. Kebanyakkan Bendtner beraksi di bahagian sayap yang mana bukan posisi beliau. So aku menjangkkan yang Bendtner akhirnya akan berpisah dengan Arsenal setelah sekian lama diberi harapan menjadi penyerang terbaik dunia, tetapi ternyata gagal.

So aku rasa cukup dulu info setakat ini, jumpa lagi di entry yang lain..so kepada Gooners ArsenalMalaysia...teruskan sokongan kepada Blog nie, dan terus menyokong Gunners..!!!

Go Arsenal Go!!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil