13 April 2011

Peluang Masih Terbuka..

Salam dan salam sejahtera kepada rakan-rakan serta die-hard-fans Arsenal. Hampir sebulan tidak meluangkan masa di sini berikutan terlalu kecewa dengan persembahan empat game yang terdahulu di mana Arsenal 0-0 dengan Sunderland, 2-2 dengan West Brom, 0-0 dengan Blackburn, dan akhirnya kembali mengutip 3 mata penuh hasil kemenangan 1-3 ke atas Blackpool.

Perlawanan menentang Blackpool dijangka mudah kerana Blackpool telah dibenam 6-0 ketika di Emirates, namun kali ini sedikit berbeza. Ketika melihat kepada senarai pemain, kelibat Diaby memberi rasa tidak senang duduk. Tetapi, beliau telah memberi sedikit kelegaan apabila mampu bergerak pantas untuk menghasilkan gol pertama. Eboue turut menyumbangkan gol dengan gerakan berani (harap-harap Walcott dapat belajar dengan cara Eboue menghasilkan jarongan, kalau setakat laju tapi malu-malu nak shoot tidak berguna juga).

Taylor-fletcher memberi suprise kepada pemain Arsebal yang ketika itu mula kembali dengan permainan sambil lewa. Mujur kemasukan Walcott sedikit memberi impak kepada RVP apabila RVP bijak memanfaatkan hantaran cantik daripada Walcott.

Sejujurnya pada malam itu, paling kurang Arsenal mampu menamatkan perlawanan dengan 5 gol tapi sikap pemain yang ingin bawa bola masuk ke dalam kotak penalti kemudian shoot menyebabkan hanya 3 gol sahaja diperoleh. Bukan tidak bersyukur tetapi ini adalah berkenaan jaringan gol.

Minggu berikutnya, Arsenal akan melalui dua perlawanan, dua pasukan yang liat dikalahkan iaitu Liverpool dan Spurs. Wajib bagi Arsenal untuk menang kedua-dua perlawan bagi merapatkan lagi jurang dengan Man U sekiranya mahu memeriahkan lagi perebutan Kejuaraan Liga. Selepas itu, Arsenal akan bertemu dengan Bolton sebelum menerima kedatangan Man U di Emirates. Bolton juga merupakan pasukan yang hebat di mana Sturridge begitu superb di samping Davies dan Elmander.

Mengenai spekulasi perpindahan, Arsenal baru sahaja menandatangi pemain pertahanan Charlton Athletic, Carl Jenkinson. Dikhabarkan ia sebagai persediaan awal berikutan Clichy masih belum menandatangani kontrak baru bersama Arsenal. Begitu juga dengan desas-desus terhadap star in the making, Jack Wilshere yang dikatakan akan dipancing Man City. Namu Wilshere dengan tegas menyatakan dia tidak mahu meninggalkan Arsenal, kariernya masih di Arsenal.

Wojiech pula bakal diturunkan menentang Liverpool setelah hampir pulih sepenuhnya daripada kecederaan jari. Ini sekaligus membayangkan Lehmann mungkin tidak lagi diturunkan, tetapi bagi saya, biarlah Lehmann dijadikan back-up berbanding Almunia.

Setakat ini dulu coretan yang serba kekurangan.. Arsene, i still believe in you..

2 comments:

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan