24 April 2011

Akhir Sudah

LONDON - Impian Arsenal untuk merangkul gela- ran Liga Perdana England musim ini berakhir selepas tewas 1-2 kepada Bolton Wanderers semalam .

Skuad bimbingan Arsene Wenger itu perlu menang di Stadium Reebok bagi membolehkan mereka mengekori rapat pendahulu liga, Manchester United.

Begitupun, Daniel Sturridge meletakkan Bolton di depan pada minit ke-38 sebelum pemain tengah Israel, Tamir Cohen menanduk masuk gol kemenangan tuan rumah pada minit-minit akhir permainan.

Cohen meraikan jaringan itu dengan menanggalkan jersi pasukan untuk mendedahkan baju-T yang terpapar wajah mendiang bapanya, Avi Cohen yang juga bekas pemain Liverpool.

Gol sagu hati skuad The Gunners diperoleh menerusi penyerang Belanda, Robin van Persie pada minit ke-47.

Kekalahan pertama Arsenal daripada 17 perlawanan liga itu telah meletakkan mereka kekal di tangga ketiga, sembilan mata di belakang United dengan baki empat perlawanan.

Keputusan itu sekali gus memusnahkan impian Arsenal untuk merangkul gelaran liga buat kali pertama sejak 2005.

Pada aksi semalam, kecuaian benteng pertahanan Arsenal sekali lagi dihukum apabila Sturridge menanduk gol pembukaan hasil sepakan penjuru.

Gol itu adalah yang ketujuh buat Sturridge bersama Bolton sejak dipinjamkan dari Chelsea.

Bolton hampir menambah gol kedua pada awal babak kedua selepas Stur- ridge dikasari Johan Djourou tetapi sepakan penalti Kevin Davies berjaya ditampan penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny.

Bagaimanapun, van Persie berjaya melakar rekod baru dalam Liga Perdana England sebagai pemain Belanda yang berjaya menjaringkan tujuh gol berturut-turut di gelanggang lawan. - AFP

Copied from Kosmo

1 comment:

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan