05 March 2011

What The Joke..??

Yeah.. Mujur tidak kalah, ini mungkin kata-kata yang mampu menenangkan hati tatkala Arsenal's Fans mengharapkan tiga mata penuh dikutip menentang SundalLand. Tapi, tolak dua mata, tinggal satu mata sahaja. Sekarang, Arsenal hanya tiga mata dibelakang Man U dengan satu perlawanan dalam tangan. Esok, sekali lagi kita perlu menyokong Liverpool agar Man U tumbang selepas Chelsea berjaya memenuhi hajat penyokong Arsenal, di mana Chelsea menundukkan Man U 2-1.

Malam ini, di mana silapnya..?? Rasa-rasanya tiada silap, mungkin tekanan untuk mengejar pendahulu sedikit mengganggu emosi para pemain. Selain itu, pasti Arsenal masih terbayang-bayang igauan seri 1-1 di Stadium Of Light sebelum ini di mana Bent menyamakan kedudukan ketika masa tambahan telah tamat, song di kenakan kad merah dan Rosicky gagal menyempurnakan penalti.

Tetapi, pada perlawanan sebentar tadi, persoalan mengenai pengadil dan penjaga garisan pasti meniti di bibir setiap penyokong arsenal. Beberapa.. Bukan beberapa, tapi banyak keputusan pengadil yang seolah-olah telah menerima bayaran dari pihak lain agar memastikan Arsenal mendapat tiga mata penuh.

Mana tidaknya, Arshavin yang ketika itu begitu yakin kedudukannya bukan offsaid lalu menjaringkan gol, namun dengan selamba badak, penjaga garisan dengan senang hati mengangkat bendera, mengatakan offsaid. Agaknya, penjaga garisan tersebut ketagihan mengangkat bendera. Kemudian, insiden Bramble menarik tangan dan menolak Arshavin tatkala peluang keemasan menjaringkan gol, namun sekali lagi pengadil dengan tidak rasa apa-apa memberikan sepakan gol kepada SundalLand. Apa kejadahnya semua ini, pengadil seolah-olah kunci kepada kemenangan, seri atau kalah untuk satu-satu perlawanan.

Insiden Nasri mendapat kad kuning, "wak de hel" is going on there..?????... Tak faham betol aku. Ikutkan hati, nak je aku adobekan gambar pengadil, tukar jadi badut sarkis, si penjaga garisan pula, tambah kacamata saiz super duper punye...

Tahniah untuk penjaga gol, menyelamatkan Arsenal daripada kekalahan.. Selepas ini, Champion League di Nou Camp.. Get Ready guys...

p/s: tak dapat nak ulas dah, tak faham btoi aku..

2 comments:

  1. sah-sah Arshavin tak offside...argh!!...sakit hati!

    ReplyDelete
  2. aku plak sakit tangan nk tlong bg teleskop kt linesman tu...

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan