Suasana Di Bilik Persalinan Menjelmakan Misteri

Salam dan selamat sejahtera semua. Kali ini, artikel bukan mengenai perlawanan yang lalu, namun lebih kepada pemerhatian dan berfikir sejenak. Kerap kali rehat separuh masa pertama akan menjadi tumpuan para penganalisis untuk berbincang mengenai overall perlawanan pada separuh masa pertama. Namun, pernahkan kita semua terfikir apa sebenarnya yang berlaku di dalam bilik persalinan ketika itu..??

~Bilik Persalinan Para Pemain Arsenal~

Bagi saya sendiri, waktu rehat 15 minit selepas tamat separuh masa pertama merupakan suatu ketika yang mampu membawa kesan; sama ada kesan positif atau kesan negatif. Mengapa saya berkata sedemikian..? Ini kerana 15 minit sudah cukup untuk menaikkan semangat para pemain dalam mengharungi separuh masa kedua. Pengaruh psikologi terutama oleh pengurus dan kapten boleh menjadi tonik yang mujarab kepada pasukan lebih-lebih lagi jika pasukan tersebut memerlukan kemenangan.

Masih ingatkah lagi jika tidak silap, dua musim yang lalu ketika Arsenal menentang Chelsea. Arsenal ketinggalan 1 gol selepas bola tampanan Djourou menerjah jaring sendiri. Setelah bermula separuh masa ke-2, Arsenal berjaya menundukkan Chelsea 2-1 hasil jaringan Van Persie. Selain itu, pada musim lepas, ketika menentang Liverpool, kita ketinggalan 1 gol. Namun bangkit pada sepruh masa ke-2 hasil jaringan sendiri Glenn Johnson dan jaringan Arshavin yang cukup cantik.

Para pemerhati dapat melihat satu kelainan yang dipamerkan Arsenal sehingga mereka berjaya memenangi perlawanan tersebut. Ketika ditemubual, Arshavin menyatakan, Wenger telah menyedarkan mereka. Wenger kelihatan sangat marah terhadap persembahan pasukan. Arshavin sendiri tidak pernah melihat Wenger begitu marah dengan sedemikian rupa.

Kedua-dua perlawanan tersebut menggambarkan bilik persalinan yang harmoni mampu meningkatkan keyakinan, semangat juang para pemain. Namun kini, apa situasi sebenar di bilik persalinan? Tiada lagikah kapten seumpama Henry? Henry dilihat sebagai General perang yang berkaliber. Dia dilihat telah dapat menyatukan Arsenal hingga dia telah dilabel sebagai Lagenda Arsenal (King Henry). Usah disalahkan Henry kerana keluar dari Arsenal kerana dia keluar ketika prestasinya sudah mula merosot. Ini membuktikan Henry telah mencurahkan segala-galanya kepada Arsenal dan mustahil untuk dia berbuat sedemikian rupa di kelab-kelab lain.

Namun kini, apa yang sebenarnya terjadi di dalam bilik persalinan..?? Lebih-lebih lagi ketika Fab Si Kapten yang diketepikan gara-gara kecederaan? Bagaimana pula dengan Wenger? Bilik persalinan umpama Bilik Kebal yang menempatkan kertas-kertas peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM dan yang seangkatan dengannya. Jika kelab-kelab lain sering kali kita dengar mengenai maslah di bilik persalinan, berlainan pula dengan Arsenal. Tidak banyak yang diketahui apa yang berlaku ketika rehat 15 minit dan ketika habis perlawanan. Mungkinkah kita perlu terbang ke Emirates dan cuba melihat keadaan di sana?

Makin banyak difikir, makin bercelaru fikiran dan hati, apakah kesudahan musim 2010/2011. Juara EPL? Naib Juara? atau tragis jika Chelsea sempat memotong untuk tempat ke-2? Jika Arsenal menjulang gelaran EPL yang pertama sejak 2004, sudah pasti ini akan menarik perhatian semua pihak termasuk juri pengkritik. Tidak mustahil juga ia akan menarik minat pemain-pemain lain untuk mencuba nasib di Arsenal. Harus diingat, musim depan tidak menjamin Fab akan terus kekal di Emirates. Jika gagal menjulang kejuaraan diiringi pemergian Fab pada musim depan, Arsenal seolah-olah mengalami situasi ketika Reyes, Pires, Henry, Flamini, Hleb, Ljunberg meninggalkan Arsenal sekaligus memaksa Arsenal membina kembali pasukan untuk terus bersaing.

p/s: doa-doakan agar tidak ada pemain Arsenal yang injured ketika mewakili negara masing-masing untuk aksi persahabatan... Adios

Comments

  1. musim2 sblom ni pon arsenal slalu down mse penghujung musim
    mcm badi plak

    hrp baki 9 game lps ni ade sesuatu yg dpt naikkan smangat dorg..klo x...

    ReplyDelete
  2. bila hati kapten sendiri bukan pada klab ape hal tu?

    ReplyDelete
  3. sharinginfoz: bangkit, akan bangkit, cume tkut bngkit sekadar seri mcm game lpas

    Al: badi sejak dulu lgi.. time2 ade pluang nk pintas, mesti jdi smething wrong

    aaron: itu r pasal... kapten pn mcm x de jiwa pd kelab.. yg ada jasad aje.. x mcm die jdi top scorer utk klab musim lpas

    ReplyDelete
  4. AKU DAH NYAMPAH TGK AL KAPITAN TUH...

    BERBELANJA LA WENGER..ORG DAH BAGI DANA YG KO TAKNAK BELI TU PEHAL BODOH~!!!

    AKU SAKIT HATI TUL...BERBELAS TAHUN DAH AKU SOKONG KORANG KERANA JIWA YG KORANG PAMER KAN PADA BOLA TU SENDIRI...

    SEKARANG NI KORANG BERTAMBAH BUAT TAIK DGN PLAYER2 YG BANGANG CAM DIABY DENILSON ALMUNIA....

    SENGAL LA...TAU TAK KITEORG KELAPARAN CUP...

    TAPI TAK BERMAKNA LA SAMPAI NAK TUAKR KELAB...

    KALAU KORANG RASE NAK MENANG TOLONG LA BUAT BEBETUL...DAH MCM BADI MASUK BULAN FEBRUARI JE MULA DITIMPA MUSIBAH MCM TSUNAMI JEPON TU SAMPAI KAT KEPALA HOTAK KORANG...

    BERDERAU JE DARAH AKU SKRG NI BILA TGK PRESTASI YOYO KORANG YG LAHANAT

    ReplyDelete
  5. bab bli player aje yg aku heran ngn si wenger ni..
    risau jgak la sbb ketiadaan fab terpaksa ganti nasri ngn wilshere baru nmpk seimbang. stkt ni x de lgi playmaker yg bleh gnti fab.. only gabungan wilshere ngn nasri je yg nmpk mnjadik.. Ozil pn dh masuk Real.. adus...

    ReplyDelete
  6. harapkan ader keajaiban untuk baki2 perlawanan di hujung seaeson ni..brula fans arsenal takder tunduk jerk..adush...huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. An impressive share! I have just forwarded this onto a co-worker who has been doing
    a little homework on this. And he in fact bought
    me breakfast due to the fact that I discovered it for him..
    . lol. So allow me to reword this.... Thank YOU for the meal!
    ! But yeah, thanx for spending some time to discuss this subject
    here on your blog.
    Take a look at my weblog ... football transfer news 2013

    ReplyDelete
  8. hello!,I really like your writing so so much! share we keep
    in touch extra about your post on AOL? I require an expert in this house to solve my problem.

    Maybe that's you! Having a look forward to peer you.
    My webpage latest arsenal transfer news

    ReplyDelete
  9. Magnificent beat ! I would like to apprentice whilst you amend your site, how could i subscribe for a weblog site?
    The account aided me a appropriate deal. I had been a little bit familiar of this your broadcast provided
    bright clear idea
    Feel free to surf my site transfer news premier league

    ReplyDelete
  10. I was able to find good advice from your blog articles.
    Take a look at my blog post ... transfer rumours tottenham

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil