Neuer ke Arsenal?


Neuer mungkin akan berpindah ke kelab Arsenal pada musim panas nanti sekiranya Wenger bersungguh sungguh ingin mendapatkannya.

Penjaga gol utama Jerman ini dikatakan sebagai prospek terhangat masa kini di Eropah dan sudah dikaitkan dengan beberapa kelab berprofil tinggi.Antaranya Manchester United yang inginkan Neuer sebagai pengganti jangka masa panjang Edwin Van Der Sar manakala Bayern Munich turut menyatakan minat.

Walaubagaimanapun,Wenger telah memerhatikan aksi Neuer selama 12 bulan dan dijangka membawa masuk penjaga gol tersebut apabila musim perpindahan di buka pada musim panas nanti.Ini jelas setelah Arsenal mempunyai krisis penjaga gol yang berkualiti walaupun Wenger menyatakan Sczezsny sebagai penjaga no 1.

Wenger mungkin menginginkan penjaga gol berpengalaman seperti Neuer dan Neuer mungkin bakal mengikut jejak langkah sperti penjaga gol Jerman yang sedang beraksi untuk Arsenal iaitu Jen Lehman.

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil