Ledakkan meriam akan menentang syaitan



Gunners Ganas: Arsenal tak sabar temu United

LONDON: Arsene Wenger dengan wajah ceria menyaksikan Arsenal mudah mara ke suku akhir Piala FA, awal pagi semalam untuk bertembung kelab gergasi, Manchester United pada 12 Mac ini.

Tambahan, The Gunners juga kini terus menghambat The Red Devils dalam saingan memburu mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan pengendali berbangsa Perancis itu kini ghairah mahu merakamkan kemenangan berganda.



“Kami masih lagi dalam perlumbaan jika menang perlawanan berikut. Segala-galanya bergantung kepada kami,” kata Wenger.

Kemenangan Chelsea ke atas United tempoh hari turut membuka kembali saingan merebut gelaran, musim ini kerana Arsenal boleh memintas anak didik Alex Ferguson jika menang perlawanan berikutnya dan kemudian mengatasi United di Stadium Emi­rates pada 1 Mei ini.

Dalam perlawanan ulangan pusingan kelima, jaringan hatrik Nicklas Bendtner serta masing-masing satu daripada Marouane Chamakh dan pemain gantian, Gael Clichy membantu Arsenal membelasah Leyton Orient 5-0 buat mencari penawar duka selepas tewas kepada Birmingham dalam final Piala Liga, Ahad lalu. -Agensi.


(Sumber: http://www.bharian.com.my/)

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil