01 March 2011

Jimmy Smith: Saya akan ketawa menentang Arsenal

PEMAIN tengah Leyton Orient, Jimmy Smith ketawa terbahak-bahak apabila Arsenal kalah dalam akhir Piala Carling, terima kasih kepada jaringan minit terakhir itu.

Dan kini bekas pemain Chelsea, Jimmy Smith menjangkakan untuk menambah derita skuad the Gunners pada malam ini dalam pertemuan semula Piala FA pusingan ke-5 - dan membuktikan sesuatu kepada Chelsea.

Orient akan menentang Arsenal yang masih berduka ini di Emirates selepas mengikat mereka seri 1-1 di Brisbane Road.

Dan Smith tahu bahawa mereka masih berasa perit selepas Wojciech Szczesny dan Laurent Koscielny melakukan kesilapan sehingga Obafemi Martins mampu menjaringkan gol untuk pihak Alex McLeish’s bagi ­Birmingham.

Smith, 24, berkata: "Saya ketawa semasa Martin menjaringkan gol. Mungkin sepatutnya saya tidak patut begitu kerana tentu mereka akan marah dan mereka akan bertindak kepada kami - tetapi kami telah bersedia untuk mereka.

"Mereka pun bukanlah berbeza sangat dengan kami. Kami tahu mereka bertahap antarabangsa dan pemain berkelas dunia tetapi mereka tidak langsung membimbangkan kami sedikit pun.

"Semua orang menjangkakan bahawa Arsenal mampu menang dengan selesa menentang Birmingham dan mereka sekali lagi menjadi pilihan, semasa menentang kami.

"Namun pada malam ini ia mungkin akan berlaku sebaliknya.

"Pada mula kami bermain kami agak sedikit gentar, tetapi kami telah tahu bagaimana mereka dan saya pasti mereka sudah kenal kami ini bagaimana.

"Oleh itu kami akan melakukan usaha 100% dan ia akan bergantung kepada siapa yang berkeinginan lebih pada malam itu.

"Kami sedar jika anda memberi tekanan kepada mereka dan tidak banyak mensia-siakan bola kepada mereka, anda akan mendapat sesuatu melalui perlawanan itu."

Pemenang malam ini akan bertemu dengan Manchester United, tetapi Smith mengharapkan lebih dari itu sebagai motivasi.

Dia mahu tunjukkan kepada Chelsea apa yang mereka telah hilang.

Smith telah menghabiskan 15 tahun di Stamford Bridge sejak berusia 8 tahun, dan mengambil keputusan untuk berpindah ke Orient berbanding berada di Chelsea sebagai pemain simpanan yang tidak digunakan.

Tambahnya: "Saya mahu buktikan sesuatu. Saya boleh terus berada di Chelsea tetapi saya mahukan permainan setiap minggu.

"Saya mahu lakukan sesuatu yang membanggakan keluarga saya."

(Sumber: http://www.dailystar.co.uk/)

6 comments:

  1. wah.... lantang giler mamat nih.. Gunners, please do something.. please..

    ReplyDelete
  2. harap arsenal jgn lemah semangat...budak ni menangguk di air keruh..wilshere patah2kan kaki dia..

    ReplyDelete
  3. heh!..ckp macam terer...padan muka ko Smith, kene titik 5-0

    ReplyDelete
  4. kini, saya plak nak ketawa.. hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha
    nah.. amek, lantang sangat..

    ReplyDelete
  5. gelak la puas2...duk gelak sngt...
    kena 5 titik 5bjk...

    ReplyDelete
  6. boleh tumpang ketawa terbahak2 sampai termuntah tak?puas ati aku tgk kena blasah 5-0...HAAHAAHAAHAAAAHAAAAAAHAAAAAAHAAAAAAAAAHAAAAHAAAHHAAAAHAAAAAAAHAAAAAHAAAHAAAAHAAAAAHAAAAHAHAHAAAAAHAAHAAHAAAHAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan