15 March 2011

I'm Back...... Jens Lehmann

seringkali bertindak pantas menyelamatkan pintu gol

Our former goalkeeper will back...??? Wow.. Ini berita yang sangat mengejutkan. Jens Lehmann, bekas penjaga gol Arsenal dan Jerman dikhabarkan bakal membuat penampilan bersama Arsenal bagi menyelamatkan krisis penjaga gol. Lehmann merupakan salah seorang penjaga gol yang cemerlang sebelum jersi No 1 bertukar milik kepada Almunia dek kemerosotan prestasi sebelum meninggalkan Arsenal untuk ke kelab Stuttgart. Lehmann kini telah mengumumkan persaraan sejak 9 bulan yang lalu.

Bye.. Bye.. Lambaian terakhir sebelum meinggalkan Arsenal

Namun begitu, Lehmann begitu teruja dan gembira sekiranya Arsene Wenger sedia memanggil beliau untuk menyelesaikan masalah di posisi penjaga gol. Adakah ini membuktikan Wenger tidak lagi yakin dengan kemampuan Almunia. Ketika Lehmann mengalami kemerosotan prestasi, Almunia muncul sebagai pengganti dan telah menunjukkan persembahan yang amat memberangsangkan sehingga Lehmann hanya berada di bangku simpanan.

Namun kini, segalanya telah berubah. Kedudukan Almunia tidak kurang berbeza seperti keadaan Lehmann suatu ketika dahulu. Agak mengejutkan apabila berita mengenai kembalinya Lehmann ke pangkuan Arsenal walaupun hanya untuk seketika (mungkin sehingga Wojciech sembuh). Mungkin ini merupakan langkah berani mati Wenger kerana Arsenal ketika ini hanya mempunyai peluang untuk mendakap kejuaraan EPL.

Menjulang Piala F.A 2005

Begitupun, Arsenal masih lagi perlu berhadapan Liverpool (17 April, di Emirates), Spurs (20 April, di WHL) dan Man U (1 May, di Emirates). Ini merupakan perlawanan tumpuan yang mungkin akan menentukan Arsenal berjaya atau tidak membawa pulang kejuaraan EPL ke Emirates. Wenger sendiri meminta agar penyokong terus memberi sokongan kerana para pemain kini berada dalam situasi yang sukar digambarkan.

"I know this Arsenal team and I am sure we can go on and win the title. If I can play a part in that, so much the better,"

"It never crossed my mind that I might end up saving it [Arsenal's keeper crisis]. But when they asked me, I was more than happy to oblige,"

 "It was just over the last few days that they contacted me to see if I could help out for the rest of the season and I agreed straight away."

Ini merupakan kata-kata Lehmann yang menunjukkan beliau amat berbesar hati untuk kembali ke Arsenal. Sekiranya Lehmann benar-benar kembali, diharapkan beliau dapat memberi komitmen yang tinggi dan tidak mustahil sekiranya Henry akan membuat kejutan untuk kembali ke Arsenal.


Lehmann: Henry, aku nak blek Emirates.. Ko nak join tak..??
Henry: Erm.. Maybe la.. Ko pujuk Wenger yer.. hehehe
 

2 comments:

  1. yeye...aku nak sangat wenger dan henry main utk arsenal walaupun seketika...lebih2 lg krisis kecederaan ni...biarlah dorang bersara di arsenal pun xpe..aku rindu aksi mereka walaupun mungkin tidak sehebat dulu...kembalilah hero ku....

    ReplyDelete
  2. Lehmann dikhabarkan dalam urusan nk blek ke Emirates.. tp msti kne test dulu sbb die dh 9 bulan bersara.. Henry plak, kne tunggu lagi r, dh ade dngr ura2 yg die nk rejoin arsenal blek..

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan