Diaby, Denilson, Almunia

Salam kepada semua fans Arsenal. Satu lagi episod duka yang perlu kita tempuhi dalam tempoh masa 12 hari. Tewas kepada Birmingham (Final Piala Carling), gagal merapatkan kedudukan mata setelah seri 0-0 dengan Sundalland, ditunjukkan jalan keluar dari saingan Champion League oleh Barsial dan terbaru... ya paling terbaru sekali lagi ditunjukkan jalan keluar dari saingan Piala F.A oleh seteru utama, Man U.

Berdasarkan pemerhatian, Incik Alex Young Ferguson tidaklah menyenaraikan pasukan yang kebiasaan digunakan. Kali ini Incik Alex menggunakan anak kembarnya yang ternyata memberi impak kepada taktikal MU. Dari side Arsenal, Incik Wenger pula seperti biasa menyenaraikan pemain-pemain yang sama cuma Gibbs menggantikan Clichy manakala Almengelamunia menggantikan wojciech szczesny yang cedera jari pada perlawanan tempoh hari. Tidak ketinggalan Fabregas juga direhatkan akibat masalah hamstring kembali berulang.

Harapan melihat Arsenal menambah duka Man U tidak kesampaian apabila Fabio dan Rooney pula yang menambah derita Arsenal. Tidak tahu apa lagi yang mahu diungkap namun kali ini rasa-rasa tiada pemain ke-12 muncul dalam perlawanan tersebut. Wenger sendiri seolah-olah tidak mengerti ke mana semangat juang, ke mana pergi semangat berpasukan, ke mana sikap atau perasaan laparkan kemenangan menghilang. Tatkala Arsenal berada pada tahap top form, para pemain dengan mudah menukar mode perlawanan, semudah aku menekan switch off tv. Di sini, beberapa pemain yang sudah lama aku perhatikan bermasalah walaupun Incik Wenger sendiri tidak mahu menyatakan terdapat beberapa keputusan kurang baik perlawanan berpunca daripada sikap dan kesilapan individu.

Waacchhaaa.... Sekali kena Si Terry daa.. 
(musim ini juga menyaksikkan Arsenal kehilangan beberapa kejuaraan dalam tempoh seminggu)

Diaby, antara pemain yang kadang-kadang top form dengan skill dummy, kadang-kadang top form dengan sikap selamba dan "ada aku kesah". Aku cukup-cukup tidak gemar melihat kelibat Diaby di padang. Angan-angan mahu jadi seperti Viera tapi tidak setahap itu. Ketika ada peluang untuk shoot, dia lebih rela gentel menggentel, last-last bola kene curik. Hantaran banyak merapu, sering kali berada di kedudukan yang tidak sepatutnya, selalu miss comunication dan macam-macam lagi la. Aku sampai tidak tahu apakah posisi sebenar yang sesuai untuk diaby. Agak-agaknya, mesti ramai yang berharap Diaby akan berada dalam transfer list.
Antara pemain yang kurang digemari sejak akhir-akhir ini...

Denilson, si kaki rembat jauh lagi padu (pada sebelum ini la). Namun, sejak dikatakan mengalami kecederaan misteri pada perut, prestasi yang ditunjukkan semakin jauh dari yang sebenar. pernah dianggap antara anak emas Uncle Wenger kerana Wenger gemar menurunkan Denilson sebelum tempat tersebut diambil alih oleh Si Cilik Jack Wilshere. Sebelum ini, denilson merupakan antara si kaki rembat jauh, pemain kelahiran brazil pernah diharap menjadi New Gilberto namun semakin lama, semakin mengecewakan membuatkan para peminat merindui kelibat-kelibat geng-geng old skool. Jika Denilson terus meningkatkan prestasi, tidak mustahil dia akan terpilih untuk mewakili Brazil yang ketika pincang dengan pemain-pemain yang sedia ada.

Almunia: Fab, wa rase wa nak tukar profession la, cam best la plak men kamera ni, 
curik2 gambar awek ke, ape ke...
Fab: Ho... molek sangat la ngan mung.. Aku suruh mung jage gol molek-molek, 
mu koya pah ceroh.. Degil sungguh la

Almunia.. erm, satu-satu nya goalkeeper yang mempunyai pengalaman namun selalu melakukan silly mistake. Sejak posisinya diambil alih oleh Fabianski dan wojciech szczesny. Sejak pengambil alihan posisi goalkeeper ditambah pula dengan top form oleh johan djourou, Arsenal kini masih berada dalam perebutan kejuaran liga. Namun dalam tempoh 12 hari, 3 kejuaraan telah terlepas, kecederaan bertimpa-timpa (skrip musim-musim lepas masih berulang) mula menimbulkan keraguan mampukah Arsenal mendakap satu-satunya lagi kejuaraan yang masih mampu dimenangi. Almunia dilihat bakal kembali ke posisinya untuk tempoh masa sekurang-kurangnya 6 minggu (wojciech szczesny dikhabarkan berehat 6 minggu). Selepas ini Arsenal akan berkunjung ke The Hawthorns, bertemu dengan West Brom, di mana Almunia telah melepaskan 3 gol mudah ketika di Emirates. Ooooo... satu lagi situasi yang merisaukan.


Kini, Johan Djourou pula dikhabarkan akan terlepas baki musim 2010/2011 setelah disahkan mengalami masalah dislocating shoulder ketika menentang Man U malam tadi. Pasti Sebastien Squillaci, seorang lagi pemain yang timbul tenggelam prestasinya yang tidak seperti digahkan sebelum menyertai Arsenal, akan mengisi kekosongan posisi Djourou. Masih mampukah Arsenal bertahan di landasan memburu peluang kejuaraan yang terakhir ini. Cuba congak dan renung-renungkan...

Comments

  1. kena fokus untuk liga perdana, kena menang juga kalau tak ada jawapnya tunggu musim depan le

    ReplyDelete
  2. itu sudah semestinya.. harapan yang ada hanya pada liga perdana

    ReplyDelete
  3. semoga AW dapat jual Denilson, Rosicky, ngan Diaby pada harga yang tinggi lepas nih..

    ReplyDelete
  4. Rosicky simpan dulu r kot.. syang lgi ngan aksi die tu..

    ReplyDelete
  5. aku masa tgk muka diaby,almunia ngn si deni tue..aku dah rasa akan kalah..n defend arsenal pun teruk.2 gol degan man u tue..gol yang sangat-sangat mudah.tak perlu gentel2 cm diaby dah boleh gol

    ReplyDelete
  6. diaby kaki gentel.. klau laju mcm nasri x pe gak.. di die gentel2 tp x sedar ade orng bleh curik bola.. adusssss

    ReplyDelete
  7. diaby tu perasan zidane. gentel2 bola x gi mana pun. situ2 je. patut jual je diaby ni kat MU. biar dia ciumolot ngan evra.

    ReplyDelete
  8. dengan barisan yang sedia tinggal, sememangnya ia satu yang merisaukan.

    ReplyDelete
  9. ~smpai ke nk wt mcm tu..?? kn ke diaby galah.. hehehe.. diaby skill dummy je best, tp lembab sket..

    ~memang merisaukan.. midfield x de key/arktiek, defender plak yg x ngam (harap defend muda yg men utk f.a cup di beri pluang, Laci tolak tepi dulu).. keeper plak... adoi.... parah btoll

    ReplyDelete
  10. bertuah la kalo arsenal mng cup musim ni

    ReplyDelete
  11. booo wenger badut

    ReplyDelete
  12. aku pon x suke mereka bertiga.. nyampah btol la...

    ReplyDelete
  13. diaby dan denilson entah ape2..hahaha..jual la derang dapatkan keeper dan defender..

    arap sudahhh..

    ReplyDelete
  14. diaby tu mmg malapetaka kat arsenal nih.. patut jual dari dlu2 lg.. merosakkan gem je..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil