#3 Update Arsenal


Wilshere bakal jadi ayah pada umur 19 tahun!

Pemain bintang Arsenal dan England,Jack Wilshere bakal menjadi ayah setelah bekas teman wanitanya,Lauren Neal disahkan mengandung.Wilshere dikatakan terkejut dan gembira dengan berita tersebut.Walaupun Jack dan Lauren dikatakan berpisah,mereka masih lagi berkawan rapat.Lauren mengatakan dia akan melahirkan anak Wilshere pada Ogos nanti.

Rumah keluarga Wilshere dekat dengan rumah keluarga Lauren di Hertfordshire.Wilshere yang mendapat gaji 55,000 pound seminggu telah menjadi prospek terhangat untuk Arsenal dan England.


Selepas Neuer,Arsenal kini dikaitkan dengan Buffon.

Arsenal kini sedang berkira kira untuk mendapatkan Buffon setelah Buffon bakal dilepaskan oleh Juventus dengan percuma.Selain Arsenal,Manchester City juga berkeinginan mendapatkan penjaga gol Itali ini.

Ini meragukan kerana Buffon mungkin meminta gaji tinggi manakala Arsenal pula terkenal dengan sikap "kedekut"nya.Tambahan pula,Buffon masih dibelenggu kecederaan lama.

Comments

  1. Harap dapat keeper yang OK bagi memberi saingan yang sengit musim depan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil