#1 Update Arsenal


Kecederaan Robin Van Persie

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menunggu cemas untuk mengetahui keadaan sebenar Van Persie samada Van Persie menghadapi kecederaan serius atau tidak.
Striker terpaksa keluar dengan kecederaan lutut sebelum waktu separuh masa pertama setelah membantu Belanda  menang 5-3 atas  Hungary pada Kelayakan Euro 2012.


Van Persie  menjaringkan gol pembukaan bagi Belanda selepas 13 minit perlawanan bermula tetapi dipaksa meninggalkan padang setelah diterjah keras oleh Vilmos Vanczak.
Ini akan menjadi tamparan buat Wenger yang ingin memberi cabaran kepada Manchester United dalam merebut takhta Barclays Premier League.Persie telah dibelenggu oleh masalah pergelangan kaki sama seperti dulu yang menyebabkan beliau terlepas aksi dua bulan sebelum Krismas.
Jurulatih Belanda,Van Martwijk menyatakan kecederaan Van Persie tidak terlalu serius.

Lehmann dan Alidiare bermain untuk pasukan simpanan Arsenal.

  

Lehmann kembali semula beraksi sepenuh masa selama 90 minit setelah bersara dalam arena bola sepak pada tiga tahun lalu.Lehmann telah beraksi untuk pasukan simpanan Arsenal menentang Wigan yang menyaksikan pasukan Arsenal tumbang kepada Wigan 2-1.

Dalam perlawanan tersebut,Arsenal terpaksa bermain dengan sepuluh pemain setelah kapten,Ignasi Miquel telah diarahkan keluar padang.Perlawanan bermula dengan garang setelah Arsenal tampak banyak melakukan serangan demi serangan.Namun,McManamm meletakkan Wigan di depan pada minit 52.

Joe Holt memperkukuhkan kedudukan Wigan pada minit 83 sebelum Murphys merapatkan jurang pada minit 89.Perlawanan tersebut juga disertai oleh bekas pemain Arsenal iaitu Jeremie Aliadiare.

Comments

  1. siut jerk..lehlak injured van persie ni..mcm ader komplot jerla..tugasan antarabangsa jerk mseti dia ni injured..adoiyai...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil