Trio Arsenal sedia untuk akhir Piala Liga

Oleh Omar Shahid



Robin van Persie, Laurent Koscielny dan Abou Diaby akan disenaraikan untuk perlawanan peringkat akhir Piala Liga menentang Birmingham Ahad nanti.

Ketiga-tiga mereka tidak diturunkan semasa kemenangan 1-0 Arsenal kepada Stoke Rabu lepas kerana Van Persie mengalami masalah kecederaan hamstring, manakala pertahanan tengah, Koscielny mengalami masalah belakang.

Diaby pula baru sembuh selepas mengalami masalah betis, tetapi Wenger memaklumkan bahawa dia akan mendapatkan khidmat ketiga-tiga mereka dalam skuad untuk perjalanan singkat ke Stadium Wembley.

"Ketiga-tiga mereka akan disenaraikan," beritahu Wenger kepada laman web rasmi kelab. "Ia merupakan berita baik. Dan yang lain-lain juga tidak bermasalah selepas perlawanan bersama Stoke."

Berita ini mungkin menjadi perkhabaran yang baik buat peminat Arsenal selepas Wenger tidak menyenaraikan Cesc Fabregas dalam pertembungan bersama Birmingham kerana kecederaan ringan.

Theo Walcott mungkin juga akan terlepas peringkat akhir tersebut selepas mengalami seliuh buku lali semasa melakukan perndaratan pada perlawanan menentang Stoke Rabu lepas.


(Sumber: http://www.goal.com/)

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil