22 February 2011

Sebab kenapa Arsenal masih gagal.

Oleh CHARLIE WYETT

Mereka tewaskan Barcelona - dan mereka dalam perjalanan untuk 4 kejuaraan sekaligus - tetapi menurut salah seorang penasihat terdekat Arsene Wenger, Arsenal terlalu jauh dari sempurna!

Jacques Crevoisier khuatir jika skuad the Gunners tidak bersedia untuk menanggung cita-cita oleh psikologi dan jurulatih dari Perancis itu yang dikenalinya lebih dari 40 tahun, menurut the Londoners yang tidak cukup kuat dari segi mental setelah gagal menang pada perlawanan yang lebih lasak.

Crevoisier mengatakan bahawa pasukan ini tidak mempunyai 'Plan B' untuk perlawanan yang kasar dan pertahanan mereka masih belum cukup mantap.

Skuad the Gunners, yang telah bolos pada gol 1-1 di saat akhir perlawanan Piala FA menentang Leyton Orient pada hujung minggu lepas akan dikunjungi Stoke dalam Liga Perdana malam ini.

Selepas itu pemain-pemain Wenger akan meneruskan cabaran dalam pencarian piala pertama mereka selepas 6 tahun apabila bakal menentang Birmingham dalam akhir piala Carling Ahad nanti.

Kata Crevoisier: "Arsenal mempunyai gaya permainan yang bijak. Mereka sering meningkatkan pengusaan mereka, kecekapan, kepantasan dan bermain secara hantaran kemas.

"Hanya ada 2 pasukan di Eropah yang sangat menarik untuk ditonton - mereka dan Barcelona.


"Namun masalahnya di Arsenal adalah mereka tidak tahu bagaimana untuk memenanginya apabila pihak lawan mula bermain agak kasar, tidak seperti Manchester United.

"Arsenal tidak mempunyai sebarang Plan B, yang saya ketahui.

"Mereka sering kelihatan tidak punyai keseimbangan antara bahagian serangan dan pertahanan, dan jika mereka tidak berada di tahap yang cemerlang, mereka sukar untuk memperoleh kemenangan. Kita telah melihat perkara ini berlaku sekali lagi baru-baru ini di Newcastle, apabila mereka mendahului dengan 4-0 dan berakhir dengan 4-4, walaupun kesilapan pengadil dan sikap sesetengah pemain lawan turut menjadi salah satu faktor."

Crevoisier, yang telah menjadi jurulatih sementara di Liverpool di bawah Gerard Houllier, melakukan ujian psikometrik untuk pemain-pemain muda the Gunners.

Sebanyak 117 senarai soalannya telah membantu Wenger untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan mereka.


Pada waktu yang lepas, Crevoiser telah bekerja bersama Thierry Henry, Nicolas Anelka, Jack Wilshere dan Theo Walcott.

Dan dia menegaskan bahawa Arsenal sangat perlu untuk menguatkan di 4 bahagian terakhir mereka. Tambahnya: "Di atas semua ini, mereka memerlukan seorang pertahanan tengah utama yang mana akan bekerjasama bersama Thomas Vermaelen atau Laurent Koscielny.

"Pemain yang mempunyai sifat seperti Rio Ferdinant, yang sangat handal dalam bertindak semasa satu lawan satu, atau seorang yang seperti Tony Adams.

"Arsene tidak pernah memiliki seseorang yang mempunyai kemampuan lebih daripada Adams sepanjang masa dia berada di dalam kelab.

"Saya juga merasakan bahawa pemain pertahan mereka seringkali terhukum dalam situasi dan sudut-sudut tertentu. Bacary Sagna, Koscielny, Gael Clichy - masih belum cukup baik, bukan?

"Dan sekiranya Arsene berpeluang melakukan pelaburan dalam bahagian ini dalam pasukan,nya siapa yang boleh dibawanya dan berapa pula kosnya?


"Dia tidak mempunyai pilihan secara langsung.

"Pasukan ini kelihatan semakin matang dan berpengalaman berbanding tahun sebelumnya.

"Seandainya mereka mampu mengekalkan cara permainan mereka, mengelak kecederaan besar dan mendapatkan semula khidmat Vermaelen, mereka akan semakin hampir untuk memenangi Liga Perdana.

"Tahun ini mungkin boleh menjadi milik mereka. Ia akan menjadi perebutan antara mereka dan Manchester United dan ia mungkin perebutan hingga ke saat-saat akhir. Mereka turut terlibat dalam bersaing untuk 2 piala tempatan juga.

"Saya sering bercakap dengan Wenger dan saya tahu dia tidak boleh untuk terus tidak memenangi apa-apa lagi. Dia gemarkan permainan yang menarik tetapi dia akan menyaingi kesemuanya."

(Sumber: http://www.thesun.co.uk/)

2 comments:

  1. Gua setuju sgt kenapa Arsenal sentiasa gagal....memang betul ape yg dikatakan Crevoisier...,,...

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan