Ramsey gets ready to roll!

Aaron kembali untuk Arsenal untuk 4 kejuaraan.

Oleh Sami Mokbel
Arsene Wenger akan melepaskan ikatan pinjaman Aaron Ramsey di dalam pemburuan untuk merangkul 4 kejuaraan bersejarah kini.

Pemain tengah Wales ini telah tidak menyertai kelab sejak mengalami kecederaan kaki pada February tahun lepas menentang pasukan yang sama akan ditentang pada Rabu ini, Stoke - tetapi pemain pinjaman Cardiff ini hanya mungkin kembali menyarung jersi Arsenal semula pada Rabu akan datang.

'Dia mungkin boleh diturunkan untuk pertembungan semula Piala FA menentang Leyton Orient,' kata pengurus Arsenal itu.

'Saya mendapat laporan yang baik dari Cardiff. Dia tidak akan diturunkan pada Sabtu nanti kerana dia mengalami masalah pangkal paha dan kami juga mahukan dia mendapat rehat.'

Pemain berusia 20 tahun ini berkeadaan cergas semasa mewakili Cardiff pada perlawanan hari Selasa dan telah menjaringkan gol dalam Liga Championship menentang Leicester. Dia dijadualkan akan kembali ke Arsenal selepas perlawanan Sabtu ini dan akan menjadi senarai pilihan kerana pada pertembungan menentang Stoke nanti merupakan perjalanan 5 perlawanan dalam masa 14 hari bagi pasukan Wenger.

Pengurus Arsenal menambah: 'Inilah masa yang amat sibuk pernah kami hadapi. Kami tidak pernah terlibat dalam 4 kejohanan pada peringkat sebegini dalam satu-satu musim, maka ia menjadi satu taruhan kepada skuad.

'Ia amat sukar untuk meramal pasukan ini tetapi ia sangat mengujakan kerana ia memberi persaingan.'

Jurulatih dari Perancis ini juga telah memberitahu bahawa Cesc Fabregas boleh direhatkan sebelum akhir musim ini. Katanya: 'Saya mesti katakan, dan Cesc pasti akan beritahu ini dahulu, bahawa setiap pemain adalah amat penting mulai dari sekarang hingga ke akhir musim.

'Sudah tentu, kita mahu dia terus cergas, tapi anda tidak mampu putuskan berapa lama satu-satu pemain itu akan terus cergas atau tidak. Adakah dia hanya akan bermain satu perlawanan atau lebih? Tak siapa tahu.'


(Sumber: http://www.dailymail.co.uk/)

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil