15 February 2011

Preview UEFA CL (Round of 16) : Arsenal v Barcelona at Emirates Stadium - 1st Leg

Salam kawan2..sori dah lama tak berkeudara kat ArsenalMalaysia nie, bz sket sejak dua menjak nie..sib baik tuan tanah tak kick lagi dari list blogger..ya ampun ye tuan tanah..hehe

Dah melalut dh aku nie..ok entry kali nie sudah pasti berkisar pada perlawanan paling penting Arsenal musim nie. Pusingan kedua Champion League, Arsenal kali nie tak dapat lari dari bayangan Barcelona selepas musim lepas berjumpa di suku akhir, kini lebih awal di pusingan 16 pasukan terbaik..so Arsenal nak tak nak kena menang tuk 1st leg dekat Emirates awal pagi nanti.

Sejarah telah tercatat yang Barcelona merupakan pasukan terbaik dunia ketika ini, dengan rekod kejuaraan dan pemain yang Barcelona ada ketika ini sudah cukup untuk mengambarkan bertapa gerunnya pasukan yang akan menghadapi mereka. Tetapi Arsenal, pasukan muda (walaupun tak da la muda mana pun) bukanlah pasukan yang mentah ketika ini, selepas hampir 6 tahun bersama, mereka kini mahu membuktikan yang kali ini Arsenal akan tampil dengan aksi yang berbeza dari musim lepas.


Musim lepas kita kehilangan ramai pemain ketika Barcelona berkunjung ke Emirates. Arsenal bermain dengan Gallas tidak cergas, Robin van Persi cedera, Song juga cedera dan Clichy juga. Perlawanan musim lepas menyaksikan Arsenal sekadar seri 2-2 di Emirates. Tetapi kali nie Arsenal bakal tampil dengan aksi berbeza, dengan prestasi semasa Arsenal berada pada tahap terbaik untuk mengegar Barcelona.

Cuma masalah sekarang nie, boleh ka Arsenal mengekang kawalan bola Barcelona seperti yang biasa mereka lakukan sebelum ini?Ini la persoalan yang harus anak buah Wenger fikirkan. Tidak mustahil sekiranya, Arsenal mampu memecah penguasaan Barcelona di bahagian tengah, kita mampu mencipta peluang untuk memenangi perlawanan pagi ini. Aku berharap sangat komitmen pemain Arsenal kali ini.

Arsenal mendapat berita baik sebelum perlawanan, dengan Samir Nasri kembali ke dalam skuad kali nie. Tetapi perlu ke Wenger mengambil risiko untuk menurunkan Nasri yang baru sembuh dari hamstring ketika berkunjung ke Huddersfield tempoh hari? Bagi aku elok Wenger mengekalkan Arshavin dan Walcott di bahagian sayap, prestasi Arshavin juga semakin baik sekarang nie. Bagi aku perlawanan kali ini Arsenal perlu bergantung kepada counter-attack yang sempurna, so kita perlu pemain yang cukup cergas dan laju untuk memerangkap pertahanan Barcelona.

Barcelona juga bagi aku dilihat bakal mencuri sesuatu di Emirates, sekurangnya bekalan gol ditempat lawan. Messi dan Villa merupakan pemain yang perlu diberi perhatian oleh pertahanan kita kali ini. Musim nie aku cukup yakin dengan prestasi pertahanan kita selepas gandingan Koscielny dan Djourou telah menunjukkan prestasi yang cukup bagus, kemudian masalah gol keeper yang selalu menghantui kita, tetapi selepas Szczesny menjadi pilihan No.1 Arsenal, kita dah tak dengar dah orang komplain pasal gol keeper Arsenal musim nie. Dah selesai la kot ye masalah yang menghantui Arsenal sejak Lehman blah dari Arsenal.

Musim lepas Walcott menjadi ancaman Barcelona selepas dibawa masuk pada separuh masa kedua ketika Arsenal ketinggalan 2-0 dengan menyumbat gol pertama bagi menyaksikan kebangkitan Arsenal pada malam tersebut. So kali ini, Walcott merupakan pemain kesebelasan utama Arsenal yang dalam prestasi yang baik. Walcott bakal memberi masalah kepada Barcelona kali ini, aku cukup yakin dengan beliau ketika ini. Gandingan dengan Robin van Persi bakal memberi lebih ancaman kepada pertahanan Barcelona kali ini.

So segalanya tidak mustahil bagi anak buah Wenger, kita mampu mencipta sejarah kali ini. Kita ada pemain muda terbaik di England dengan Wilshere bakal menimba pengalaman menakjubkan apabila turun beraksi menentang pasukan terbaik dunia ketika ini. Sekiranya beliau beraksi dengan baik, bersama gandingan Fabregas dan Song...aku yakin Arsenal mampu menjelmakan sesuatu pada awal pagi nanti.

So barisan terbaik malam ini, seperti berikut;

ArsenalMalaysia's Predicted XI

Szczesny
Eboue---Djourou---Koscielny---Clichy
Cesc---Song---Wilshere
Walcott---RvPersi---Arshavin


Malam ini Arsenal bakal melayan kunjungan Barcelona di Emirates dengan pemain terbaik mereka seperti David Villa, Lionel Messi, Pedro, Xavi, Iniesta dan Valdes bakal diturunkan. Aksi yang dinanti-nantikan oleh semua penyokong kedua-dua pasukan kali ini bakal memberi persembahan yang terbaik untuk di sajikan. So jangan lupa temu janji korang di Astro jam 3.45 pagi ini waktu tempatan. So apa jadi awal pagi ini kita harus dibelakang Arsenal. Perjuangan tidak akan selesai selagi bola sepak masih wujud, so malam ini korang predict Arsenal v Barcelona brapa?? Aku predict Arsenal mng 2-0..ok??haha..pa pun jangan lupa kunci jam pagi nanti..Adios!!!

1 comment:

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan