01 February 2011

Preview: Arsenal lwn Everton


Rabu, 2 Februari (Waktu Malaysia)
Emirates Stadium

Arsenal mempertaruhkan kemenangan terhadap Everton untuk kali kedua musim ini setelah menang 2-1 di Goodison Park dua bulan lepas.

Arsenal telah memenangi 5 perlawanan terakhir dalam kesemua kejuaraan dan dan tidak kalah dalam Liga Perdana sejak pertengahan Desember.

Walaubagaimana pun, perlawanan kali ini mungkin tanpa kelibat pertahanan tengah Sebastien Squillaci, yang telah di ketepikan akibat dikelurakan semasa menentang Huddersfield pada Ahad lepas. Sementara itu Samir Nasri (hamstring) pula mengalami kecederaan.

Pemain tengah Denilson (hamstring) dan penjaga gol Lukasz Fabianski (bahu) juga tidak akan diturunkan.

Tapi pemain pertahanan Bacary Sagna (kepala) mungkin boleh kembali bersama Robin van Persie, Theo Walcott, Jack Wilshere, Johan Djourou, Gael Clichy dan penjaga gol Wojciech Szczesny, yang mana telah direhatkan pada kemenangan pusingan ke-4 Piala FA menentang Huddersfield.

Thomas Vermaelen (tumit) mungkin belum boleh beraksi untuk beberapa minggu lagi manakala Emmanuel Frimpong masih di bangku simpanan.

Pengurus Everton David Moyes akan memeriksa kecergasan pemain pertahanannya Tony Hibbert dan penyerangnya Victor Anichebe.

Hibbert didapati tidak sihat selepas seri 1-1 pada Piala FA menentang Chelsea pada Sabtu manakala Anichebe tidak dapat bermain untuk pusingan ke-4 kerana masalah pangkal paha.

Tim Cahill telah dijadualkan untuk kembali ke England pada hari ini selepas beraksi di kejohanan Piala Asia untuk mewakili Australia dan Moyes mengatakan bahawa dia merancang untuk merehatkan pemain tersebut untuk beberapa hari lagi.

Musim ini: Everton 1 - Arsenal 2.

Musim lepas: Everton 1 - Arsenal 6, Arsenal 2 - Everton 2.

Statistik perlawanan: Arsenal tidak pernah ditewaskan dalam 7 perlawanan menentang Everton.


Arsenal (Posisi berkemungkinan, 4-2-3-1): Szczesny; Sagna, Koscielny, Djourou, Clichy; Diaby, Wilshere; Walcott, Song, Arshavin; Van Persie.

Everton (Posisi berkemungkinan): Howard; Neville, Heitinga, Distin, Baines; Coleman, Arteta, Fellaini, Rodwell, Osman; Saha.

Referee: Lee Mason.

(Sumber: http://www.telegraph.co.uk/)

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan