Pemain Arsenal 'menderita' selepas kalah, kata Wenger



LONDON: Arsene Wenger berkata bahawa kekalahan mengejutkan oleh Birmingham City dalam akhir Piala Liga Inggeris pada Ahad mungkin memberi pukulan kepada desakkan kelab untuk tiga trofi lain pada musim ini.

"Kesemuanya kecewa di bilik persalinan, mereka (para pemain) kehilangan semangat, saya tidak mahu menambahnya," pengurus Arsenal memberitahu wartawan selepas Birmingham telah mengalahkan pihaknya 2-1 di Wembley.



"Saya juga turut kecewa seperti keseluruhan pasukan. Kami mengalami sedikit masalah ketika bermula, bilangan permainan yang telah kami lalui juga mempengaruhi prestasi kami."

Pasukan Utara London, yang berjaya merangkul kejuaraan terakhir di Piala FA 2005, sekali lagi mengundang kritikan yang mana mengatakan bahawa mereka kekurangan kekuatan mental dan kekuatan fizikal untuk membuktikan bakat mereka melalui trofi.

Kemenangan Birmingham tiba pada minit ke-89 selepas kesilapan bertahan oleh penjaga gol Wojciech Szczesny and pemain pertahanan Laurent Koscielny, menyebabkan para pemain tunduk ke tanah selepas wisel akhir dibunyikan.

Ditanya jika kekalahan ini boleh memberi kesan kepada baki musim Arsenal, Wenger mengatakan: "Mungkin juga. Kami kalah dalam keadaan yang cukup mengecewakan, dan kami berdepan dengan pelbagai persoalan selepas kesilapan itu.

"Kami perlu cukup kuat untuk menghadapinya dan tunjukkan bahawa kami mempunyai kekuatan mental untuk bertindak balas.

"Itulah yang dimaksudkan dengan sesebuah pasukan; perkara seperti ini adalah salah satu yang sering terjadi dalam perlawanan. Kami mempunyai cukup banyak peluang untuk menyudahkan perlawanan ini semasa ia 1-1, tetapi kami tidak melakukannya.

"Apa yang telah kami capai sehingga kini adalah sangat membanggakan -- hanya kalah sekali dalam 18 perlawanan, dan ia kalah di saat-saat akhir di sini."

BULAN YANG SANGAT MENDEBARKAN

Arsenal berdepan dengan bulan March yang sangat mendebarkan. Mereka akan bermain untuk kelab di liga ketiga, Leyton Orient di Piala FA pusingan ke-5 untuk pertemuan semula di Emirates pada Rabu dan, jika mereka berjaya, mereka akan bertemu dengan Manchester United di suku akhir.

Pada 8 Mac mereka akan merentas ke Barcelona dengan harapan untuk mengekalkan kelebihan 2-1 di pertemuan kedua untuk ikatan 16-pasukan akhir Liga Juara-juara dan mereka akan menyambung pencarian untuk menjejak United yang berada lebih 4 mata dalam pendahulu liga.

"Kami mesti tingkatkan kembali semangat kami kerana cabaran akan datang amat berat," kata Wenger. "Kami sekarang berada di kedudukan yang amat baik."

Pengurus dari Perancis ini khuatir kecederaan akan terus menghamcurkan harapan pasukannya.

Mereka akan bermain tanpa pemain tengan Spanyol, Cesc Fabregas dan pemain sayap England, Theo Walcott pada Ahad, dan penyerang Belanda, Robin Van Persie yang terpaksa dikeluarkan menentang Birmingham.


(Sumber: http://timesofindia.indiatimes.com/)

Comments

  1. always stand behind the Gunners...no matter what!

    ReplyDelete
  2. kecewa....tp harapkan plyer tlg jgn down .. ada 3 piala dan smgt kememnngan stiap game perlu ada...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil