23 February 2011

Menang dengan bijak, guna akal dan sabar


Pengurus Arsenal Arsene Wenger memuji persembahan 'professional' menentang Stoke

Oleh Oliver Yew di The Emirates

Arsene Wenger telah memuji pemain Arsenalnya untuk sikap yang professional dan kesabaran bermain selepas mencapai kemenangan menentang Stoke City, yang membawa the Gunners hanya satu mata di belakang pendahulu liga, Manchester United.

Arsenal melakukan ancaman ke gawang gol dalam ketika-ketika tertentu seawal minit permainan bermula dan mendapat peluang terbaik melalui Sebastian Squillaci, yang menjadikan ia satu-satunya gol dalam perlawanan tersebut.

Stoke kembali untuk separuh masa ke dua dengan pasukan yang berlainan dan mula memecahkan rentak permainan Arsenal, tetapi pasukan dari Utara London itu mempertahankan mata dan mendapat 3 mata, cukup untuk menggembirakan pengurus mereka.

Kata Wenger: "Kami melakukan kerja ini selepas masa-masa kecederaan dalam cara yang amat professional menentang pasukan Stoke yang dikenali mempunyai pertahanan yang cukup kental. Mereka sangat padat tetapi kami amat bijak, berhati-hati, sabar dan secara keseluruhannya kami sangat kukuh."



Jurulatih dari Perancis ini sedar kemampuan balingan pemain Stoke, Rory Delap dan menyatakan akan kebimbangan terhadap bahaya balingan jauh tersebut.

Sambunganya: "Saya rasa kita perlu mengubah sedikit peraturan. Ini kerana apabila mereka mendapat balingan kedalam mereka membalingnya hingga ke kotak penalty jadi setiap kali itu anda akan berhadapan dengan bahaya dan ia amat sukar untuk bertahan. Kami melakukannya dengan baik dan kami tidak dibolosi sebarang gol.

"Saya amat berbangga dengan ini kerana ia sangat sukar menentang Stoke. Mereka boleh menukar corak permainan dalam tempoh minit-minit tertentu. Ia merupakan salah satu masalah yang anda akan hadapi di Emirates tetapi di Stoke, dia [Delap] mampu membaling dari jarak separuh, maka dengan itu anda perlu bersiap sedia."

Tentang samada Wenger mempunyai isu berkaitan cara permainan Stoke, kata Wenger: "Tidak. Saya tidak mempunyai apa-apa isu dengan balingan jauh itu dan saya tidak juga punyai isu-isu lain berkaitan dengan aspek permainan mereka. Ia merupakan sebuah pasukan yang mana anda sedar anda perlu bersiap-sedia secara mental untuk sebelum perlawanan kerana anda tidak akan mendapat mata jika tidak melakukannya.

"Tiada siapa yang suka bermain menentang Stoke kerana mereka mempunyai cara istimewa dalam bermain, tetapi saya harus mengatakan malam ini bahawa bagi saya pemain bertahan dengan sangat bijak. Jika kami mendapati ruang mereka segera menghalangnya dan kami tidak mampu mengambil kesempatan.

Dengan perlawanan pada Rabu lepas yang telah melengkapkan jadual mereka, Wenger sangat gembira kerana pasukannya mengambil peluang secara penuh untuk menghampiri Manchester United dan meninggalkan Manchester City dan Tottenham.

Bekas jurulatih Monaco itu menambah: "Malam ini adalah malam di mana tiada pasukan lain bermain dan jika anda mengambil kesempatan dengan 3 mata dan mendekatkan jurang beza dengan pendahulu maka ia malam yang baik. Jika anda mampu melakukannya ia menunjukkan bahawa anda dahagakan kejayaan kerana dengan bilangan perlawanan yang kami ada baru-baru ini, tidak melakukan kesilapan adalah sesuatu yang baik. Kami agak kekurangan dalam bahagian serangan tetapi anda dapat rasakan bahawa pasukan tidak mahu melakukan sebarang kesilapan.""

Wenger juga turut percaya bahawa pasukannya bermain dengan matang yang mana ia merupakan kekurangan yang ada pada tahun sebelumnya.

Dia menjelaskan: "Kami telah matang kerana kami menang sebuah perlawanan semasa kami keletihan. Kami menang dengan bijaksana, menggunakan akal dan sabar dan itulah perubahan yang telah berlaku. Satu atau dua tahun lalu semasa kami bukan berada di tahap sebenar kami telah kehilangan mata. Malam ini kami telah tunjukkan yang kami tidak boleh melakukan sebarang kesilapan dan saya harus memberi pujian kepada pemain-pemain kami untuk itu."

(Sumber: http://www.goal.com/)

1 comment:

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan