Kebangkitan Arsenal Tewaskan Ego Barcelona!!

Arsenal membuat kebangkitan menakjubkan awal pagi tadi bagi membenam ego Barcelona yang di awal permainan mendahului dengan jaringan David Villa. Perlawanan pagi tadi juga menyaksikan yang tidak mustahil dalam bola sepak, segalanya bertitik tolak dengan semangat untuk menang. So Arsenal berjaya akhirnya menewaskan pasukan terbaik dunia ketika ini di Emirates, menjadikan rekod tanpa kalah kepada pasukan sekitar Eropah terus kekal sejak 2003.

Aksi pagi tadi berkisar kepada kapten pasukan Arsenal, Cesc Fabregas. Beliau dilihat beraksi baik sepanjang permainan dengan beberapa umpanan kepada Robin van Persi cuma Valdes yang menjadi penyelamat Barcelona. Villa mencuri tumpuan dengan gol awal di separuh masa pertama selepas menerima umpanan dari Messi. Bagi aku pertahanan Arsenal sangat cemerlang pagi tadi, hanya 1 kesilapan saja memberi kelebihan kepada Barcelona. Szczesny juga begitu konfiden di gawang Arsenal, memang budak nie berani mati la..berapa kali halang Messi, Pedro dan Alves dengan aksi menyelamat yang cukup baik. Aku dapat lihat budak nie bakal jelmaan Casilas versi Gunners.

Perubahan yang dibuat separuh masa kedua memberi kelebihan kepada Arsenal. Arshavin dibawa masuk mengantikan Song sebelum Walcott keluar diganti oleh Bendtner. Selepas tu Arsenal mendapat inspirasi dengan gol penyamaan dari RvPersi, gol dia memang magic giler..Valdes tertipu n terpaku dengan rembatan deras yang memerangkap pergerakan Valdes. Kemudian Arshavin pula menganas dengan gol kedua. Aku rasa gol nie antara gol mudah terbaik Arshavin, lagi2 gol nie gol kemenangan Arsenal. Bertuah tol Arsenal malam nie..Walaupun Arsenal gagal mengawal permainan, tetapi peluang yang kita ada dapat digunakan sepenuhnya. Arsenal memang terbaik, dan macam biasa..fan musuh Gunners just bleh cakap kita menang nasib..geli ketiak aku..hehe.

Apa pun good job pemain Arsenal selepas berjaya merantai pergerakan Messi and the gang. So tak mustahin 2nd Leg kat Nou Camp nanti kita mampu mempertahankan kelebihan ini dan mencari sekurang-kurangnya 1 gol lagi untuk terus memberi tekanan kepada Barcelona di Nou Camp nanti. Djourou dan Koscielny sangat baik, Wilshere plak bagi aku pemain terbaik Arsenal pagi tadi..walaupun baru 19tahun, tapi gaya permainan beliau tak mengambarkan umur beliau dengan aksi yang tenang dan mantap. So mari kita berdoa yang tiada kecederaan baru dalam kem Arsenal sebelum berkunjung ke Nou Camp.

Tahniah kepada Arsenal, tidak ada yang mustahil dalam bola sepak. Kita mampu melangkah lebih jauh musim ini. Go Arsenal Go!! Next..FA Cup..kemudian Carling Cup Final.!!Adios!

Comments

  1. go gunners!! pas ni kiter mengganas ni carling pula! <3

    ReplyDelete
  2. kena main lagi bagus kat barcelona since diaorang dah dapat satu away goal.

    ReplyDelete
  3. Salam semua...
    Apa2 pun saya x suka ayat ini: "So mari kita berdoa yang tiada kecederaan baru dalam kem Arsenal sebelum berkunjung ke Nou Camp."

    Seolah-olah merelakan kecederaan selepas game di Nou Camp atau semasa game itu nti... Takutnyer.....

    ReplyDelete
  4. huhu..ayat tu sbb aku fokus game kat nou camp je..tp kalau boleh tak mau la ada kecederaan baru lepas nie..

    game pagi td memang luck juga, Barcelona kawal game..Arsenal yang menang..tahniah!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil