27 February 2011

Hatiku Hampa....

"Pernahkah kau merasa, hatimu hampa.. Pernahkah kau merasa, hatimu kosong.."
Inilah lirik yang sesuai buat masa sekarang jika anda menyaksikan kekalahan Arsenal lewat malam tadi. Apa sudah jadi.. apa.. apa.. apa....!!!!!!!! Kali ni nak salahkan siapa...?? Wenger..?? Pat rice..?? Pengadil..?? Bola..?? Pemain..?? Birmingham..?? dan lain-lain lagi...??

Jika dilihat kepada pemain yang diturunkan, ia adalah satu team yang cukup kuat walaupun ketiadaan fabregas dan walcott. Jika dilihat, bukan lah silap wenger, namun mengeluarkan Arshavin mungkin akan menjadi sebab. Kenapa bukan Rosicky yang dikeluarkan...?? Hanya wenger yang mampu menjawab persoalan tu.

Secara keseluruhan, memang pelik tengok Arsenal main malam tadi. Hantaran banyak mengarut, tak macam biasa. Seolah-olah mereka memandang mudah ke atas keupayaan Birmingham. Aii.. tak kan tak serik0serik lagi dengan kisah lalu, di mana Philip yang di bawa masuk penghujung perlawanan akhirnya dapat menghasilkan gol penyamaan dalam saingan EPL musim lepas.

Cuma kali ni Martin yang menjadi hero Birmingham kerana dapat menghukum kealpaan Wojezh. Mungkin Kos tak nampak Wojezch nak tangkap bola tersebut lalu cuba cleakan bola, namun, Kos yang hilang keseimbangan badan gagal mengeluarkan bola, lalu bola terbias dari dakapan Wojezch. Akhirnya Martin yang bertuiah berada di tempat kejadian tidak mensia-siakan peluang terhidang. Pergh.. Marah nye aku.. Marah...!!!! Wojezch tak ade mulut ke nak jerit kat Kos yang die nak tangkap bola tu... (first time aku rase marah dengan Wojezch)

Birmingham bermain mati-matian kerana psikologi mereka mendesak mereka untuk menang Piala Carling setelah kedudukan mereka dalam EPL agak tidak konsisten. Bagi Arsenal pula, mereka seolah-olah memperkecilkan Birmingham kerana kedudukan Birmingham tidak jauh dari zon penyingkiran.

Birmingham bijak memanipulasi perlawanan. Mereka tahu, Arsenal tidak bermain secara kasar, lantas mereka menggunakan taktik itu untuk menyekat permainan Arsenal. Taktik mereka berhasil dengan lakonan baik dari Bowyer, R.Johnson, Carr..

Come on la, ini semua mentaliti pemain. . Hari tu lawan wolve, elok je tembak serigala tu dengan dua das selepas Wolve tewaskan MU. Haa.. mungkin la mase tu, pemain bimbang dimalukan lalu bermain dengan serius.. Mungkin la kan..

Sekarang Piala Carling dah terlepas. Mesti Fabregas lagi kecewa. Kalau aku jadi salah seorang daripada pihak yang mneguruskan team Arsenal, confrim aku akan diam diri, tak akan cakap apa-apa dengan pemain. Protes secara diam macam Rexy pernah buat dulu kat team beregu badminton. Baru diorang menggelabah..

Ape-ape pun, Arsenal dah hilang satu piala, harap-harap moral tidak merudum jatuh, macam musim-musim lepas, hilang Piala Carling, Champion League dan F.A Cup dalam tempoh 2 minggu sahaja. Next game akan lawan untuk F.A Cup, jumpa Seunderlad untuk EPL dan Barceona untuk CL. Bersediakah mereka untuk memenangi ketiga-tiga perlawanan agar tidak terkandas dalam perlumbaan mengejar kejuaraan..????????????

11 comments:

  1. hatimu dan hatiku same bro..
    luka giler nie..

    ReplyDelete
  2. bisa betul.. makan dalam punye.. last minit lak tuh.. hadui.. xleh tido aku smlm.. hampeh betul la..

    ReplyDelete
  3. klh dgn memalukan la..tak dpt terima kekalahan dengan gol yang mcm tu...pergh kecewa betul daa.smpi ke pagi tak blh nk tido..adoiyai....

    ReplyDelete
  4. bro afham: dah kujangka hati akan hampa.. same error from goalkeeper

    saiful nizam: mmg makan dalam.. x tido lena bila igauan gol kemenangan Birmingham masuk dalam mimpi

    Cesc Luzeza: mmg memalukan sbb sblm ni keeper tngh top form tpi skrng mcm jelmaan almunia je

    ReplyDelete
  5. kene jgak slahkan diorng..
    diorng pndng rendah sngat kt lwan..
    tngok game utk F.A Cup plak.. ape jdi.. lgi 2 hri utk game tu

    ReplyDelete
  6. memang tension dengan keputusan dan agree yang rosicky sepatutnya dikeluarkan, apa-apa pun yang penting kena bangkit

    ReplyDelete
  7. insyaallah diorang akan bangkit.. tp bimbang jugak la.. mmg moral tngah down skrng.. aku sjak smlm dihujani sms kutukan dari fans MU.. hampeh

    ReplyDelete
  8. mmg school boy mistake la.. silap koscielny clearance merapu.. sepak tak kena.. tapi ben foster pun satu.. menjadik lak dia semalam.. berapa kali dia saves.. nasri rembat berapi tu..

    anyway.. kalah tu dah kalah.. steady bro.. adat la.. be a true gooners.. jangan jadi lalang.. jangan jadi glory hunters..

    senang cite.. mmg takde luck.. boleh pulak bola tuh elok je gi kat obafemi martins..

    ReplyDelete
  9. takpe.. ni sumer menunjukkan yang kite betol2 amek berat tntng arsenal.. anyway, teruskan sokongan kepada team kite yer..

    ReplyDelete
  10. walaupun kalah,aku tetap menyayangi mu arsenal sampai bila2.....

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan