Feyenoord selesai kontrak pinjaman Ryo Miyaichi


The Gunners dan Gergasi Belanda mengeratkan hubungan

Oleh Michael Burke

Arsenal secara rasmi telah menyempurnakan kontrak perjanjian bersama penyerang Jepun Ryo Miyaichi dan dengan segera meminjamkannya kepada Feyenoord.

Pemain berusia 18 tahun itu sebelum ini telah mewakili sekolahnya Chukyodai Chukyo pada Pertandingan Bola Sepak Seluruh Sekolah Tinggi Jepun di negaranya.

Arsene Wenger telah memutuskan untuk menghantar pemain remaja tersebut melalui pinjaman dengan tujuan mendapat pengalaman bernilai demi mempertingkatkan kemahirannya. Penyerang tersebut yang telah diperbandingkan seperti Cristiano Ronaldo dan Thierry Henry telah menandatangani perjanjian jangka masa panjang di Emirates.

Wenger memberitahu laman web rasmi kelab: "Kami amat gembira Ryo Miyaichi telah bersama dengan kami. Dia telah membuat latihan bersama kami pada musim panas dan dia punyai kemampuan yang asli yang menjadi tarikan banyak kelab di dunia ini. Kami berharap dia berjaya di Rotterdam bersama Feyenoord dan kami akan memantaunya dalam membantu usahanya apabila dia kembali ke Arsenal."

Skuad The Gunners sering menjalin hubungan bersama Feyenoord, yang mana mereka boleh menawarkan pemain muda Arsenal dalam skuad utama, yang mampu memberi tawaran permit kerja lebih lanjut walaupun di luar waktu.

Arsenal telah memutuskan untuk tidak menguatkan lagi pasukan utama mereka sepanjang musim perpindahan walaupun masih berada dalam 4 kejohanan dan belum menang apa-apa kejuaraan sejak kemenangan dalam pertemuan akhir Piala FA menentang Manchester United pada 2005 lepas.

(Sumber: http://www.goal.com/)

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil