16 February 2011

Emirates Masih Kebal Untuk Champion League


Berdebar, mencemaskan, penuh emosi.. Rata-rata inilah yang bermain dalam hati para penyokong Arsenal awal pagi tadi. Mana tidaknya, 20 minit pertama, Arsenal tidak memberi muka kepada Barcelona, terutamanya kepada Messi. Agresif corak permainan yang ditunjukkan. Gol mesti dijaringkan seawal yang mungkin. Namun, minit ke-26, gawang Wojciech Szezesny bolos jua. Gerakan menarik gabungan skill tahap tinggi, Messi berjaya melorongkan bola kepada David Villa lantas disudahkan dengan jayanya. Argghhh... dh kena sebijik.. sebelum tu pun, RVP juga ada peluang untuk menjaringkan gol tapi Victor Valdes cekap menahan serangan RVP.

Bengkek gak ngan reff.. sebab kejap-kejap tiup wisel.. lambat sangat tiup hingga menjejaskan tempo permainan. Kekadang foul kecik je yang bleh diberi advantage pun dia tiup gak.. Resah tengok gaya reff macam ni. Song dilayangkan kad kuning, semenjak itu, bile Song sentuh je pemain Barca, diorang mesti jatuh (tetibe jadi lembik). Kang tak pepasal Song dapat second yellow card, naye r.. Tak mustahil sebab akhir-akhir ni, kerap jgak Arsenal mengharungi perlawanan dengan 10 pemain.

Ketika rehat separuh masa pertama, aku yakin Wenger pasti sudah siap sedia nak basuh budak-budak ni. Ye la, sampai ade satu mase, Arsenal macam tak pegang bola (barca tunjuk sape yang paling superb bab-bab passing).

Bermula separuh masa ke-2, seperti awal babak pertama, cuba menjaringkan gol secepat yang mungkin. Dapat dilihat, setiap posisi mempamerkan kesungguhan untuk merealisasikan gol sekurang-kurangnya gol penyamaan. Minit ke-68, Villa digantikan denganKeita, erm.. ape yang cuba dilakukan oleh Gurdiola..Mungkin memberi ruang kepada Messi untuk menjaringkan gol. Wenger juga tidak duduk diam.. Keadaan semakin cemas apabila belum ada gol penyamaan. Minit ke-77, Bendtner dan Arshavin dibawa masuk menggantikan Walcott dan Song.

Bertitik tolak pertukaran inilah, akhirnya minit ke-78, RVP berjaya menjaringkan gol yang magic. Terima kasih Clichy untuk umpanan yang menarik. Aku bangga cara RVP raikan gol. RVP terus berlari ke arah Wenger. Mengalir gak air mate.. air mate kegembiraan. Permainan kembali bersambung dengan kedua-dua pasukan sibuk mengatur serangan. Gerakan menarik terhasil apabila Nasri berjaya melakukan larian yang mengelirukan dari sebelah kanan. Terdetik dalam hati, gol ke-2 bakal dijelmakan. RVP dan Arshavin bergegas ke arah gol Barca, ketika itulah, Nasri yang seakan-akan mahu melorongkan bola kepada RVP, namun option tambahan dapat dihidu Nasri. Nasri melorongkan bola kepada Arshavin, lalu sepakan ashavin melencong tepat ke kiri Valdes yang ketika itu telah tertewas. Yang mneariknya, bola tersebut melepasi beberapa pemain pertahanan Barca.

Wah...!!!!! Suasana gamat tercetus, para penyokong kelihatan puas hati, seolah-olah Arsenal telah memenangi CL. Percaturan membawa masuk Ashavin membuahkan hasil dan terima kasih kepada Arshavin kerana melakukan yang terbaik berbanding perlawanan-perlawanan sebelum ini. Namu, Barca tidak menyerah kalah selagi perlawanan belum ditamatkan. Mereka mendapat peluang terbaik menerusi Alves, tetapi Wojciech Szezesny dapat menahan asakan tersebut. Keputusan penuh, Arsenal 2-1 Barcelona.

Jika dilihat kembali secara keseluruhan, gandingan Djourou dan Kos seolah-olah dapat menahan asakan Barca. Manakala, kombinasi Eboue dan Walcott pula tidak menunjukkan persefahaman. tidak seperti gandingan Sagna dan Walcott yang sering kali melakukan gerakan menarik dari sebelah kanan. Nasri belum mencapai tahap terbaik seperti mana yang ditunjukkan sebelum ini, mungkin baru sembuh dan memerlukan beberapa perlawanan untuk kembali ke tahap top form. yang paling mencuri perhatian adalah Jack Wilshere yang bergandingan mantap dengan Song dan Fabregas. 3 serangkai ini diliaht sedang membina kombinasi yang mantap. Pengulas sendiri menyatakan Wilshere merupakan Star dalam pembikinan yang memiliki corak hantaran seakan-akan Fabregas. Tahniah Wilshere...

P/S: Berdebar-debar menantikan 2nd leg di Nou Camp di mana Messi menjaringkan 4 gol ketika 2nd leg CL musim lepas...

1 comment:

  1. tidak dinafikan kedua2 pasukan merupakan gergasi dlm gelecek & hantaran one-two...good passing team, namun begitu Barcelona kelihatan lebih cekap yg menunjukkan pass dr bahagian pertahanan hingga ke serangan, ada jer 3-4 pilihan pemain yg hendak di hantar...screen camera tu x kire bergerak ke bahagian Arsenal atau Barcelona, penuh jer dgn pemain Barca. Kalau Sagna ada, mgkin bnyk membantu utk cross dr tepi dan Walcott ada pilihan utk ke tengah. Arsenal plak beruntung kerana mereka bersungguh2, tidak sambil lewa. Bak kata Pep Guardiola, melawan Arsenal seolah2 berlawan dengan bayang2 sendiri. Sepatutnya game seperti ini adalah hidangan utk game akhir dgn corak permainan pantas dan hantaran2 menarik serta gerakkan2 padu dari bawah hingga ke atas bg kedua2 pasukan. Sepanjang 90 minit suspense jer.

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan